Dec 18, 2011

Hospital Pantai Melaka

menemani kawan pergi hospital sebab di gastrik. untuk pertama kalinya saya jejakkan kaki dekat Hospital Specialist. boleh percaya tak? first time ! ^^ menapak dekat hospital tuh agak lama. kteorg masuk yang kecemasan punya sebab dia sakit sangat. duduk dekat situ, Tuhan je tahu perasaan saya. perrggh~ keluar masuk orang sakit tak payah cakap. ramai kot. kejap kejap ada je orang sakit datang. fuh~ lemah semangat. tapi maintainkan lagi. T__T

pointnya nak story kat sini sebenanrnya nak bagitau kos dia ambik ubat tadi tau tak berapa?? Rm 416.55 ! GILO !
mahal  nak mampus ! dia bajet seratus lebih je sekali pergi bayar * nak mati rasanya * nasib baik kawan ada duit lebih. pinjam kan dulu sebab masa tuh kawan yang sakit tengah di masukkan ubat dalam badannya. =.=

oh. kalau dalam rupee indonesia RM 416.55 bersamaan dengan SEJUTA DUA RATUS RUPEE. * kawan saya seorang indonesian. :) * dia pun terkejut tadi tapi dia cakap dia tak nak pergi hospital kerajaan sebab layan kat sana tak bagus. tapi kalau nak bagus kena la korbankan duit kan. walaupun tercekek darah !

HOSPITAL SPECIALIST PANTAI, MELAKA
oh yea. dah alang alang kat hospital pantai, saya pun men'skodeng' salah satu nama doktor pakar yang ada kat situ. sebabnya?? mengikut LAGENDA, seorang pakcik saya ada berkerja di situ. as a pakar urat sarah or NEUROLOGIST. DR ABU BAKAR ABDUL RAHMAN, memang sah dia ! * yea yea je konfirm * HAHA. 

actually, mak dengan abah memang penah cerita yang abang sulung abah kerja kat PANTAI nie. dulu asal lalu PANTAI je slalu sebut nama dia. tok penah suruh datang cari dia, tapi abah malas nak cari sebab dyorg dah lama terpisah. since kecik. oh yea. abang sulung nie ialah anak isteri pertama tokwan saya, abah pulak anak isteri ketiga kot. dipendekkan cerita tokwan saya kahwin empat. cukup kuota. abang dan abah dah terputus hubungan so kami tak rasa yang dia nak jumpa kami sebab dia memang marah sangat kat tokwan sebab tokwan abaikan anak anak dia. T_____T

sempat jugak saya stalker papan nama nie.
terjumpa la namanya.
Neurologist, Dr Abu Bakar b. Abd Rahman
sempat jugak skodeng gambar doktor kat papan kenyataan. cari punya cari, denggg jumpa !

yang tengah nie la 'pakcik' saya.
saya rasa la sebab saya tak penah kenal dia.
^^
disebabkan lama gilo nak tunggu kteorg bedal roti dulu alas perut.
kang tak pasal pasal semua masuk hospital sebab perut kosong.
=,=

disinilah keajaiban berlaku.

RM 416.55?
untuk services yang tak sampai 1 hari. setengah hari pun tak sampai.
suku hari lagi la tak. tapi harga ----
 ok memang mahal !!


saya dan hospital adalah musuh ! 

sekian :)



Dec 17, 2011

Currently

; Working with CodeBlock
; Preparation for Lab Test Computer Programming 2
; Preparation for 1st Quiz (Repetition) Data Communication And Networking
; Preparation for 1st Lab Test Data Communication And Networking
; Preparation for second Test Discrete Structure
; Preparation for Assignment Computer Programming 2


wish me Luck :)

Dec 15, 2011

Babies


kurnia Illahi yang tidak terkira nilainya. 

Congratez buat mereka yang saya sayang, makcik saya dan sahabat terchenta, Dilah dan Salam kerana selamat melahirkan baby girl yang sangat comel baru baru nie.  
semuanya berlaku dengan pantas. hari sabtu makcik deliver, keesokannya buka facebook dan dapat tahu dilah pun deliver. tapi tak sure hari sabtu or ahad. 

nampaknya, nanti babies nie sama umur lah ! ^^

10 12 2011

WELCOME TO THE WORLD SAYANG 
:)

BE A GOOD GOOD GIRL TO YOUR FAMILY AND BE A ' ANAK YANG SOLEHAH '
JADI MANUSIA YANG BERGUNA DAN BERJAYA KELAK


1st day.
anak makcik saya.
belum decide lagi nama apa.


* sumpah awak sangat comel sayang. :) *

even menagis pun awak still comel . T__T

 * suka punya pasal, pic nie saya buat wallpaper hanset ! :D *

QASEH NURMARISSA BINTI NURSALAM

baby sahabat saya.
putih ikot ummi dia, muka tak tau ikot muka sapa.
budak baru lahir saya rasa muka semua sama je. T__T

who next ?? ^^



Dec 14, 2011

downs

hari hari yang dilalui makin sukar untuk di tempuh. 

Dec 7, 2011

tumpang happy :)

tadi bukak facebook, sekali dapat invitation seorang sahabat yang dah lama gila tak jumpa since masing masing dah sambung menangah, means sahabat disekolah rendah dulu,imvitation untuk majlis pertunangan dan perkahwin. i guess majlis nie berlangsung serentak except resepsi akan dibuat kemudian. rasanya maybe after they grad. bila ? saya tidak lah tahu. sebabnya tarikh masa belum ada. rasa macam sekarang semua orang dah dapat seru untuk dirikan rumah tangga pada usia muda. benda nie baik bagi saya sebab apa kita nak tunggu lagi bila orang yang dah kita sayang depan mata kita kan, ditambah plak dapat mengelak semua perkara perkara buruk. cumanya ada ada jodoh dan bila kita dapat seru tuh, mengikut takdir yang Dia dah tetapkan. kalau dah awal, bagus lah. kalau tak, mungkin akan datang. siapa tau lepas nie saya plak hantar invitation kat org kan. hahah. ^^  

untuk sahabat saya, selamat menempuh hari hari bahagia, even lambat lagi nak sampai saat tuh, saya kat sni nak wish awal awal. mana la tau nanti tak sempat nak wish kan. hahaha. semoga semua perancangan berjalan dengan lancar. :) bahagia selalu hendakNya. :)

* tadi baca story awak berdua. so sweet. both of u deserve for each other. :) *

bila seru dah sampai, jodoh dah ditetapkan, insyaAllah semuanya akan di berkatiNya.


dan kegembiraan tak terhenti disini sebab one of my BFF, sahabat sepermainan, bakal melahirkan baby dalam sedikit masa lagi. i means masa terdekat nie. seronoknya nak ada baby baru kan ! saya harap dapat melawat awak nanti bila dah deliver.  sekarang masa untuk berehat so jangan ganas sgt. jaga diri jaga kandungan. 
sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah. :)

moga dapat baby secomel baby ni! haha


saya tahu mesti saya akan dapat invitation majlis bermakna lagi lepas nie. who next ? 
tak sabar nak tunggu !
^^