Jul 21, 2013

No title

Assalamualaikum semua :)

Dear blog,

Sedia maklum, ritu first puasa melaka cuti so harus la cuti2 pulang ke pedas kan. Dah kata HOME SWEET HOME. eh. :D Sepatutnya class cuti sehari je tapi memandangkan hari khamis class 1 jam je then class cisco cancel, apa lagi. ambik kesempatan la. And suppose balik jumaat pagi sebab class pukul 10 pagi tapi gedikkss sungguh, hati nie berat gila nak balik. So kesimpulannya saya cuti 5 hari termasuk sabtu ahad. Cuti sendiri yang paling heaven. HAHAHA. Dan sekarang terus rasa malas nak pergi class. Entah penyakit apa yang sampai.

Sepanjang kat rumah 5 hari tuh, aku rasa best gila sebab aku tak boleh puasa so sewenangnya aku makan kat rumah siap buat milo tabur tengahari buta, kesian adik aku. Tapi apa boleh buat, mama asyik suruh makan. Aku cakap la segan, dia paksa jgk. Sayang sungguh kat aku. Sayangggg mama. :)

So, permintaan abah untuk balik awal ditolak atas sebab contract tak cukup 8 bulan katanya. Masa mama bagitau ritu aku okey je sebab dah biasakan raya abah takde so tak kisah la sebab dah faham. Tapi lepas tuh mama asyik cakap rindu abah lah, tak sabar tunggu abah balik la. Mood raya pun macam takde sebab baju dah siap, baju abah pun dah tempah so lagi sedih bila takde orang nak pakai baju tuh kan. Then aku yang hati tisu nie turut sedih sebab tengok mama macam tuh.

Aku dengan bijak bestari cemerlang gemilang pun bagi suggestion suruh abah mintak tolong kapten dia recommend kan abah kat pihak office untuk luluskan permohonan nie. Kononnya la kan -,- Sebenarnya masa cakap dengan abah tuh aku tahan je air mata nie. Kena stedi depan mama. Hahaha.

Tapi macam biasa, abah kalau orang cakap A, A lah dia. Tak reti bantah kalau dia rasa tak perlu, macam aku. eh :P Aku paksa2 abah suruh bagitau kapten dia macam tuh. Jawapan abah tetap sama "dah bagitau dah. Kalau ada rezeki ada lah" Itu je la jawapnya.

Bila dah asyik suruh abah buat macam tuh, adik plak marah aku. Katanya aku bagi harapan kat abah, sedangkan harapan tuh memang mustahil. Tapi entah la, aku memang rasa sebak sebenarnya. Kalau boleh nak abah ada juga sebab excited nak pakai sedondon pagi raya nie. Tapi rezeki mungkin takde. Jadinya kena tunggu abah balik hujung raya.

Itu satu hal. Dah plan dah bila ambik abah kat airport nanti kalau abah sampai petang, semua kena pakai baju raya. Sedondon. Abah tukar baju kat airport and mama cakap nak ambik gambar family memandangkan asyik tangguh plan tuh sebelum nie. Dan aku plan lagi, sebelum tuh suruh mama masak rendang ke apa yang patut ada masa pagi raya, masak2 then bawak bekal. Lepas ambik abah semua terus pergi berkelah mana2 macam sambut birthday abah dengan adik tahun lepas. Then gediks2 depan camera. Kalau abah sampai malam, plan dibuat hari berikutnya. InsyaAllah.

Mama ada ajak kekasihati ambik abah juga nanti then ambik gambar family sekali, aku dengan adik aku terus cakap "mana boleh, dia belum jadi family." Mama cakap, "kan bakal" Okey, bakal je belum sah. So aku dengan adik tak setuju. HAHAHA. Kejam gila aku. :D Aku kalau boleh nak spend time dengan family je so bebas aku nak gediks. :P

Tahun nie takde gambar family di pagi raya. Bakal cemburu nanti bila semua orang upload gambar raya kat insta. :(

Okey dah sebak. Rindu abah :')

Wassalam.


10julai dah lepas

Assalamualaikum semua :)

Dear blog,

Been 11 days past since my birthday. Dah meningkat dewasa remaja dah aku nie. Haha. Pejam celik pejam celik dah 23 tahun. Rasa macam baru 12 tahun je. Huahuahua. Aku lebih rela ambik UPSR dari FYP akan datang. Grrr -,-

So aku just nak cakap,
Terima kasih untuk semua doa dari mereka. Semoga Tuhan merahmati kita semua, tak kira dimana kita berada, bersama siapa atau apa yang kita lakukan.

So agak2 dah layak kawen belum ? HAHAHA. Okey, itu je nak cakap. Selamat menyambut Ramadhan. :)

Jul 8, 2013

Julai dah tiba, Ramadhan makin menghampiri

Assalamualaikum semua :)

Dear blog,

Sedar tak sedar lagi 2 hari kita nak menyambut Ramadhan. Bulan yang penuh keberkataan dan kemulian. Disambut oleh semua umat Islam di dunia nie.

Apa yang best nya Ramadhan kali nie, ia jatuh pada 10 julai 1990, hari lahir aku ! aahhhhhhh. meraung aku.
Kenapa aku excited sangat ? Sebab Ramadhan kot. Bukan senang tau. Selama 23 tahun aku hidup, ini pertama kali aku sambut pada Ramadhan yang pertama. Malangnya awal2 puasa aku dah tak boleh puasa. perempuan punya hal.

So untuk kali nie aku tak mengharapkan lebih pada ulangtahun aku. Aku cuma excited bila ia jatuh sama hari dengan Ramadhan. Itu je.

Rasa sekejap je dah nak sambut ulangtahun ke 23th. Rasanya macam baru semalam sambut yang ke 22 tahun. Masa berlalu dengan pantas.

In advanced,

Selamat hari lahir untuk diri sendiri. Moga hidup akan terus diberkati. Moga sikap rajin kau bertambah dan buang sikap malas tuh. Habiskan degree cepat2. Then boleh kerja, bantu keluarga. Dan kawen. HAHAHA. And please buang sikap bad mood kau yang makin melampau tuh. Kasihankan orang sekeliling kau ! -,-

Mengharapkan ada sesuatu yang baik berlaku :)

Jun 30, 2013

Lima Tahun Kita

Assalamualaikum semua :)

Dear blog,

Engkau bagai diari bergerak aku. Tempat aku meluah keluhan ketika aku tak mampu luahkan pada yang lain.

Sebenarnya malam nie officially aku dan kekasihati genal 5 tahun 1 bulan 6 hari. Cettt. Dah lepas sebenarnya. Saja nak heboh :P

5 tahun yang banyak gila kenangan. Pahit manis tawar perit. Segalanya. Perkenalan yang singkat di "ruang saya" membawa kepada perkenalan kami yang dah panjang nie. Setahun pertama perkenalan, kami masih bergelar student. Ketika itu, pertemuan hanya terbatas. Sebulan mungkin sekali. Yeala. Student kan. Msg pun tak lah rancak sangat tapi boleh la. Dengan gayut hp nya. Masa tuh boleh la, org kata "kentut pun bau wangi". Memang rasa bahagia je.

Masa tuh ada jgk dilanda masalah buat seketika. Tapi nasib baik la masalah tuh tak berlarutan dan selesai dalam masa yang singkat dan tak berulang lagi. Syukur.  :')

Setahun kemudiannya, aku masih lagi bergelar student tegar, dan kekasihati dah bergelar seorang pekerja. Walaupun kerja masa tuh biasa2 je, tapi ada juga perubahan dalam hubungan nie. Dari sebulan sekali jumpa, mengenjak ke 2 kali sebulan. Hurm. Masa tuh rasa heaven gila. :D

Selepas 2 tahun, kekasihati dapat kerja baru. More better. Even not much but at least ada kan :) Satu sikap yang aku suka pasal kekasihati, dia tak pernah buang masa melepak sana sini, merayap dengan kawan2, buang duit kot arah bukan2, atau rasa nak rehat je kat rumah. Lepas dia habis je study terus dia part time, lepas tuh dapat kerja baru. But then still buat part time kat tempat lama. Dia dah la tak merokok. Duit jimat gila. Perkara paling tak boleh elak, dia suka buang duit kat aku. HAHAHAHA.

Bila dia dah part time plus ada kerja tetap, lagi la sakan dia nak berjumpa. Boleh dikatakan tiap2 minggu. Kadang2 kesian dia. Kerja tunggang terbalik, tapi duit habis kat aku. Mama cakap " rugi man dapat awek kaki kikis " (aku kikis kadang2 je, yang lain dia merelakan sendiri -,- ) Tapi kekasihati selalu cakap " ala, duit yang kita cari bukan untuk orang lain. untuk sayang jgk. " (okey, bangga ! )

Bab kawen ? Memang slalu timbul lately nie. Start je dari kawan aku kat kampung dah kawen dalam 2 tahun lepas, start dari situ memang menanah lah telinga kekasihati duk dengar aku merepek pasal kawen. -,-

Ayat standard kekasihati " insyaAllah sayang. dah sampai masa kita kawen k :) " (okey smile tuh aku tambah  T_T ) Kemudiannya BFF sendiri plak naik pelamin, memang teruk la kekasihati kena ngadap aku. Boleh dikatakan setiap kali kawan kawen je isu nie akan timbul. tapi jawapan kekasihati tetap sama. Nak marah tak boleh, nak paksa pun tak boleh. Ada jodoh insyaAllah (menanti)

Kekasihati antara manusia yang faham perangai aku walaupun kekadang dia buat2 tak faham kerenah gila aku tapi dia antara insan yang paling sabar dengan aku setakat nie. Kalau aku marah dia try pujuk. Kalau dia merajuk aku pujuk. Tapi kalau dia marah, aku buat bodoh. Kalau 2-2 marah, 2-2 buat bodoh. Aku akan tunggu dia msg pujuk dulu. Ngegegeh~

Terima kasih sayang 5 tahun yang bermakna. Terima kasih untuk kali ke 5 tahun nie awak bawak saya naik bukit tinggi yang sejuk. Layan saya main mainan gila2. 5 tahun awak layan perut saya yang besau nie. Mengharap 5 tahun kehadapan, kita sambut dalam situasi yang lebih baik k. Terima kasih menyanyangi saya dengan penuh sabar. Halalkan makan minum saya :)

Semoga hubungan kita terus diberkati. InsyaAllah :)

5 tahun untuk segalanya.

Jun 9, 2013

surat buat kita

Assalamualaikum semua :)



dulu kita kenal rapat, memahami satu sama lain. walau ada yang buat salah tapi kita tetap maafkan. kita menerima seadaanya kita. baik buruk kita, kita tak pernah kisah. kita saling melengkapi. setakat perkara kecik2 tuh apa ada hal kan. hubungan mana yang tak pernah goyang, betul tak ? kita pun pernah laluinya suatu ketika dulu. dimana masing2 dengan amarahnya. tapi kita tetap bersatu. kenapa ? sebab takdirnya begitu. orang kata kita seperti adik beradik. hye, bagai dicincang air takkan putus. itu la kita. kemana saja kita berada mesti bersama. kita saling menyayangi. saling menolong. kita slalu buat kerja gila bersama. apa kita peduli siang atau malam. kita tak pernah takut sesat atas jalan. tak perlu gps bagai. kita slalu ada impian bersama. dah macam2 impian yang kita cipta. itu ini. walaupun nampak macam mustahil tapi kita tak peduli pun. sebab masing2 memang kuat berangan. 

tapi sekarang, kita dah jauh. kita dah saling tak memahami. tak fahami apa terjadi. kita mungkin memaafkan tapi mungkin tak seikhlas dulu. sebab itu kita jauh. kita dah tak saling lengkapi. ada orang lain lengkapi awak. hubungan kita dah goyang sekarang tapi kita dah tak boleh bersama. kita dah tak macam dulu. semua orang nampak benda tuh dengan jelas. air yang tak putus mungkin dah putus. masing2 ada haluan masing2. mungkin takdir kita. kita saling sayang tapi ada orang lain yang lebih layak untuk itu. dah takde kerja gila. kalau saya sesat, takde siapa lagi nak temani saya. saya akan terus sesat. impian yang kita inginkan dulu, awak dah mula capainya tapi bukan dengan saya. saya dah takde lagi dalam senarai sokongan kuat awak. benda yang mustahil sekarang menjadi kenyataan, bagi awak. dan saya hanya mampu pandang dicelah2 gelapnya jalan saya. 

dulu saya ingat kita akan berjaya bersama, saya disini awak disana. tapi saya silap. saya ingatkan saya akan terus jadi orang kuat awak, dibelakang awak tak kira apa terjadi, jatuh bangun awak, saya nak bersama awak untuk itu walau kita jauh, tapi saya silap. saya terlalu jauh untuk itu. tapi saya bangga dengan awak. teruskan perjuangan awak. capailah segala keinginan awak. saya tak pernah menyesal dengan hubungan kita. ia adalah yang terbaik untuk saya. Allah hantarkan seseorang yang kuat untuk saya dimasa saya keseorangan. Dia bagi saya peluang untuk bersama dengan orang yang paling hebat ketika itu. yang sentiasa ada dalam setiap celiknya mata saya, yang ada ketika mata terpejam, yang ada ketika saya sakit, yang ada ketika saya susah, dan ketika saya bahagia. seseorang yang boleh lakukan apa saja untuk saya. 

terima kasih atas nikmatNya yang dipinjamkan kepada saya. mungkin Dia kehendakan awak bahagiakan orang lain yang lebih layak dari saya. semoga yang lain lebih menjaga awak sepertinya saya supaya mereka merasa betapa bertuahnya mereka miliki awak. dan tidak sesekali menguris hati awak seperti saya dah lakukan. semoga segalan kebaikan awak dibalas kebaikan kelak. semoga awak terus berjaya. 

yang buruk tu datang dari saya, yang baik datang dariNya. 

sahabat :')