Jul 8, 2011

Sketeriat Rakan Muda (SRM)

salam semua.
dikala diri tengah rushing nak buat nota math sebab next week dah mid term, tapi dikala ini jugak la saya gedik dan bersemangat nak update pasal event last week bersama Skeriteriat Rakan Muda (SRM) yang telah diadakan di Teluk Kemang, Port Dickson. 1st event yang saya involve dalam masa sebulan berada disini. 

program nie actualy tak ramai yang pergi. dalam 30 orang je rasanya pergi termasuk exco dan ada ahli kelab lain yang join. even tak ramai, kemeriahannya sangat best..tapi tetap lah takleh dibandingkan riuh nya kalau pergi 1 campus kan. apa-apa pun, exco SRM memang best.. oh! actualy saya pun dah jadi exco SRM. fuh! 1st time terlibat dalam prrogram club mcm nie. dulu masa diploma mana pernah libatkan diri dalam apa-apa program pun. tapi kali nie rasa macam nak pengalaman yang berbeza dari lepas. then lepas balik je dari program nie, terasa macam exco dan seniors semua nya terbaik. semua sekepala. memang boleh masuk la. jadi macam selesa bila dengan dyorg. insyaAllah, lepas nie akan lebih banyak involve dengan aktiviti mereka. 
ok now, lets pictures tell the story. Enjoy!  :)


sebahagian ahli dan exco yang terlibat.
biar saya kenalkan sorang sorang.
belakang : shira
depan kiri (kiri anda) : akila, veni, wani dan aini

akila, veni dan aini adalah classmate saya. kenal mereka masa dalam class la. sebab class tuh ada berapa kerat girl je. erm. mereka memang baik. tapi masih belum boleh jadi macam kesayangan2 saya macam kat kolej dulu. but, mereka tetap kawan saya.
hope lama lama nanti boleh jadi sekepala dan sederia rasa.

oh! akila suka karaoke. tuh yang best tuh. dekat mana je kami duk, mesti dengat suara kamu melalak.
pas nie ada la geng karaoke. 
tapi saya tetap rindu dengan MEREKA.
:)


ni group kteorang. nama group : Merong Malay
tema hari tuh ialah HERO. so terasa macam Merong tuh kuat la kot, sebab tuh pinjam nama dia jap. (penangan tengok Merong Mahawangsa) hahahaha.



2 group diatas saya dah lupa nama group dyorg. hahaha.

ada 3 group je. masing masing kepala gila gila. naik sewel layang dyorg.


yang jejaka kat depan tuh, exco paling TAK BETUL!
asal nak snap pic je dia nak join sekali. duk buat kerja pun boleh lagi menyempatkan diri dia nak join bergambar. suka la tuh dikelilingi bunga2 mekar. hahaha. :))

check point 1 : baju merah tuh nazir, vise president.

ingatkan dia abang, rupanya sebaya. T__T


check point 2 : bersama kesha. (takde pic plak. hehe. )


check point 3 : khalil. sikumbang comei. hahaha.


ready nak main game. bergambar dulu! 

bersama paan. rovers punya orang. tapi dia sanggup join kteorg sebab kteorg happening macam dia!


baju orang tuh penasihat SRM MMU. dia pekerja kat MMU but dia ex-student MMU. dia cakap dulu masa jadi student, dia tak pernah rasa nak join SRM tapi sekarang dia sangat berminat nak jadi sebahagian dari kteorg. memang terbaik la bang wan!

1 things about abg wan nie : dia suka JAMBU!

1 benda je dia akan sebut kalau dia takde point lain, iaitu " boleh tuju lagu? "

dan saya akan jawab "apa pun tak boleh ! "

haha. kelakar kalau cakap ngan abg wan nie. :)


bergame-ing di tepi pantai.
sedapsedap duk main game, tengok tengok air laut dah naik sampai atas. tak sempat nak habiskan semua game yang dah plan.


pergi PD tak sah kalau tak naik banana bot. bukan main syok lagi dyorg. jeles !


suka pic nie. :)

baiti!

tukang snap pic. dia ikot dyorg naik banana bot tapi dia naik bot la, tak naik banana. hehehe.


baju biru yang depan pengang bola tuh president SRM MMU.

semua pic muka yang sama je. nampak sangat  tak ramai. tapi hakikatnya, sangat best join dyorg. 

baru pergi PD sehari tapi pic dalam kamera saya dah dekat 200++.
gila banyak. sampai habis bateri saya. tak sempat nak simpan untuk BBQ malam tuh.
tapi banyak banyak tuh semua bukan muka saya.
pic saya sorang je ada 3 keping je.
how come??

takpela. bukan selalu kan.

yang tak boleh blah tuh, tukang bawak DSLR tuh boleh plak tak cas bateri kamera.
last cas 3minggu lepas.
boleh macam tuh?

aish~ kalau tak pic mesti gempak dah! 
haha


thanks kepada semua exco sebab terima kami budak budak baru dengan hati dan tangan terbuka. langsung tak rasa macam kita baru kenal. rasa best sangat !

next event, daki gunung angsi. hope dyorg tukar tarikh pas mid term. nak sangat join. 

ok la. dah habis story. macam apa je cerita nie. nak tulis banyak banyak tak boleh sebab laptop nie asyik heng je. geram! 

nak kemas baju, naik balik penang. hope semuanya berjalan lancar. selamat pergi dan selamat balik.

doakan saya yea! :)



Jul 1, 2011

Tomorrow~

GOING TO TELUK KEMANG, PD WITH SKETRIAT RAKAN MUDA (SRM). HOPE CAN GOT MORE FRIENDS. I'LL ENJOY IT. :)

Jun 29, 2011

BUAT YANG TERSAYANG, ABAH !

dear
my sweetheart,

Selamat hari abah, Abah!!
Cek saya abah sesangat. Kami semua sayang abah. Lebih dari segalanya. :)
Abah lah segalanya bagi kami. Kalau abah takde cek tak tau apa akan berlaku sekarang. Mesti cek tak kan bernafas atas dunia nie dengan sempurna.


Abah banyak berkorban untuk keluarga kita. Terlalu banyak! Abah sanggup kerja jauhjauh semata-mata nak cari rezeki. Abah tau kalau abah tak buat macam tuh dulu, hidup kita mungkin tak sesenang sekarang. Walaupun kita bukan la dari keluarga yang kaya raya tapi kami sekeluarga dah bersyukur sangat sangat dengan apa yang ada sekarang. Sekurang kurang nya kita ada kehidupan yang lebih terjamin dimasa depan. Biar lah kita susah dahulu, tapi kemudian hari kita dapat senang lenang. Tuh yang selalu abah cakap, kan. :)
Walaupun abah tak banyak memori masa zaman kami kecik kecik dulu, tapi cek tak penanh sesekali lupakan segalanya kenangan dengan abah. Cek ingat lagi, dulu masa cek umur dalam lingkungan 6 thn macam tuh, abah penah bakar botol dan bantal busuk cek kan. Sebab abah tak nak cek isap botol sampai cek masuk tadika, kan. Tapi cek tak sedih pun sebab time tuh cek takde perasaan sangat. Tapi sekarang kalau abah sorokkan bantal busuk cek ( yang mama buatkan masa cek form1 tuh) , cek dah nagis nagis, meraung raung kan. Sebab sekarang dah terlebih perasaan. Hahaha. Tapi abah tau cek sayang bantal busuk cek. Sebab tuh abah tak nak buang bantal busuk cek tuh kan. :D

Dulu masa cek kecik kecik, abah suka masak masak. Abah paling suka masak ikan belah belakang sebab tuh kan paverate cek. Kan kan. Hehe. Abah suka dukung cek ngan adik. Cek belah kanan, adik belah kiri. Sebab adik pun sibuk je nak dukung bila abah dukung cek. Sibuk je kan adik tuh. Tapi sampai sekarang pun abah suka dukung cek lagi kan. Malam malam bila cek tertido depan tv, mesti abah angkat cek masuk dalam bilik sebab bila abah kejutkan, cek tak nak bangun. Sebenarnya, saja je cek buat buat tido. Nanti dapat dukung.. Tapi cek ringan lagi kan. Tak macam adik, sebab tuh dia selalu jeles. Haha.
 

Abah selalu bawak cek p mandi waterfall masa cek kecik2 dulu kan. kalau ada duit, abah mak cuti mesti abah bawak. waterfall tuh macam dah sebati dengan kami dulu2. sampaikan sekarang cek suka sangat berendammmmm~~! :))

Abah bukan macam abah orang lain. Abah terlepas banyak benda yang abah orang lain dapat buat masa anak dyorg kecik. Contohnya, abah tak pernah hantar cek atau adik masuk sek. Tadika, sek ren, sek men, asrama, kolej dan sampai la sekarang. Bila abah balik je, abah dah tengok anak anak abah besar. Abah tak sempat pun nak tengok kami membesar macam orang lain yang tengok anak dyorg membesar. Bila abah balik je, cek pun dah habis study. Tuh la berkat usaha abah. Sehingga ketahap nie cek sampai. 




Mama selalu cakap, cek anak kesayang abah. Yeake? Tapi memang pun kan. Kita banyak persamaan. Banyak sangat. Bila mama marah cek, abah pun kena tempiasnya. Kalau abah kena marah, cek pun mesti kena. Kita memang tak leh berpisah. Sebab tuh muka cek macam abah. Cek rasa gent abah banyak sangat dalam badan cek. Hahaha. Tapi cek tak kisah pun. Keburukan abah, keburukan cek. Kebaikan abah, kebaikan cek. Kita berkongsi kan. :)

Abah sangat prihatin tentang kami. Masa cek form5, abah tau cek nak amek SPM, abah pun tau, bila SPM je nanti jadual exam mesti tak tentu. Jadi abah suruh cek amek lesen motor sebab senang nanti cek nak pergi exam sendiri. Lepas tuh abah belikan motor untuk cek. Semata mata cek nak SPM je. Lepas beberapa bulan cek masuk kolej abah pun jual motor tuh sebab abah cakap bahaya plak tengok cek naik motor. Rasa macam tak seimbang. Tapi cek pun memang rasa macam tuh. Kita memang ada instinct yang sama kan. Haha. Jadi abah pun jual kan motor tuh.
Tahun ke2 cek kat kolej, abah suruh cek amek lesen kereta sebab senang nanti kami  nak bergerak kemana mana. So tak susahkan orang. Lagipun kereta kat rumah tuh bukan ada orang bawa pun. Jadi cek pun amek lesen kereta. Walaupun cek takut tapi cek beranikan diri sebab cek fikirkan keluarga kita.
Masa ujian computer nak amek lesen motor pun cek terikut jejak abah kan. Cek kena repeat ujian computer 3x. mama cakap abah pun repeat ujian tuh 3x. samakan! Hahaha. 

Tapi perkara paling cek rasa bertuah bila abah hadiahkan cek kereta viva berwarna orange yang sangat comey tuh, PJU. Abah belikan PJU sebab abah cakap senang nanti bila cek nak praktikal. Sebab abah tau, bila praktikal mesti cek kena duk jauh. Bila dah jauh, mesti la kena ada transport sendiri sebab tak nak susahkan orang lain. Masa dah dapat PJU, hari hari abah cakap; “ nie je abah mampu bagi kat cek. Nak belik myvi tapi myvi mahai sangat la cek.” Abah tau cek suka myvi kan. Sebab tuh abah cakap macam tuh. Tapi takpe bah, cek dah sayang sangat kat PJU sekarang. Nanti bila cek banyak duit, cek beli myvi sendiri k. ada PJU pun dah bersyukur.  :)


Kami selalu risaukan keselamatan abah. dulu masa kecik kecik tak tau lagi apa makna berjauhan. Sekarang nie, setiap kali hantar abah dekat airport, mesti  rasa sedih. Tapi cover la. Tak pernah lagi menagis depan semua orang. Tapi dalam hati, Tuhan je tahu. Cek pasti mama pun mesti sedih time tuh. Setiap kali hantar abah, cek pandang mata mama, cek Nampak kesedihan yang terpancar. Tapi mama kuatkan semangat sebab tak nak abah sedih juga. Mama tau abah pergi jauh lama lama untuk mencari rezeki untuk kita semua.
Banyak sangat perkara yang abah buat untuk keluarga kita sampai cek rasa cek tak mampu balas semua tuh. Boleh ke suatu hari nanti cek jaga abah macam abah jaga cek sekarang nie.? Semua tuh sentiasa bermain diminda cek.  Pergorbanan abah untuk keluarga terlalu besar. Suatu hari nanti, cek berdoa agar cek dapat membalas segalanya untuk abah. insyaAllah, cek cuba jadi yang terbaik.





 

Kami semua sentiasa rindukan abah, terutama sekali mama. Bagi cek, Mama seorang yang kuat kerana dapat melepaskan suaminya pergi berkerja sejauh itu. Tapi cek tau, hari hari mama rindukan abah. itu yang pasti. Cek harap sangat lepas habis je study nie cek dapat cari kerja yang bagus yang boleh beri kesenangan untuk keluarga kita. Jadi abah tak payah nak pergi kerja lama lama macam sekarang sebab cek dah ada untuk mambantu family kita.
Cek juga selalu berdoa suatu hari nanti cek dapat cari suami sebaik abah. yang penting keluarganya dari diri sendiri. Sentiasa melakukan yang terbaik untuk isteri dan anaknya. Segalanya untuk orang yang dia sayang. 

Keep safety there and always be carefully. We’re here always waiting for u. 

I love u dad! :)

sincerely, 

your daughter

Jun 6, 2011

Im back after long time dissepear!


salam semua..

ada sesiapa rindukan saya??
ada?? ada?? takde??? :(

gila lama saya tak mengupdate blog terchenta nie..blogwalking?? lagi la tak. kesian followers saya. kejam sungguh saya tak melawat blog mereka. haha. :)

actually, saya malas nak bukak laptop dan mengpost segala cerita yang menarik. malas betui. tapi hari nie tetiba rajin. ok! 5minit je rajin. sebab saya dah rasa malas. 

straight to the point.. now im currently study at Multimedia University, Melaka in Bachelor IT (Honours) Data Communication and Networking. 


orientasi?? Awosome!! 

first class??  pening kepala. hope i can go through all the lectrure and tutorial session smoothly. Doakan saya Yea! :)

need to go. have same revision for the subjek pagi tadi. 

jumpa lagi! daaaaaa. :)


Apr 12, 2011

CERITA BASI 1 : saya sekarang officialy dah menjadi PENGANGGUR BERJAYA! yeahh.. +______+

salam semua.

HA..dah tengah hari nie. ada yang baru bangun ke?? aishhh..anak dara tak baik bangun lambat2 tau. *bajet bagus* :))

hari nie hari SELASA yea anak anak.. 4bulan yang lepas,time2 macam nie saya duk depan pc sambil pening2 buat testing. sambil2 kira waktu nak p TEA BREAK with NEWBIES. *rindu time nie* sekarang dah takde lagi semua tuh. erm..bunyi mcm bestkan sebab tak payah keja lagi. takde tekanan hidup semua. takde la nagis depan pc sorang2 lagi dah. tapi saya rindu mereka. rindu time mereka gila2 nak p lunch. 11.45 mesti manager lunch iaitu KANES akan buat conferences dekat office comunicator tuk tanya semua orang.sapa nak p join sapa tak. tak selalu la kteorg lunch sama2. sebab saya dan JOTHI selalu breakfast so bila lunch dah kenyang. kadang2 ekot je join kuar lunch. tapi pening bila dah conferences ramai2 nie. lain di tanya lain dijawabnya. merepek panjang hilang dari topik sebenarnya. tergelak tengok gelagat dyorg. disebabkan kteorg nie dah mcm geng budak2 baru *sebab masing2 masuk pun jarak takde la jauh.* so pegi lunch sama2.balik pegi fun room main foosball pun sama2. semua sama2. sampaikan KANES buat group dekat facebook tuk kteorg merepek kat situ sama2.nak merepek kat office comunicator mcm tak best la kan.nanti ICT leh detect. pandai KANES~! hehehe. :) 

itu kisah lunch. kalau tea break plak lg best. bising2 dekat pantry reramai. dulu kteorg slalu tea break kul 5.30 sebab lepak dalam setengah jam then dah kul 6, terus balik la kan. haha. then makin lama makin dyorg banyak meeting around kul 5-6 so kteorg tukar la waktu break gorup kteorg.dalam kul4.20 dah lesap dah. time tuh la tahap kelaparan perut memuncak. gila tak tahan. lepak sampai kul 5 lebih, pastu sambung buat keja then kul6 lebih balik terus. hehe. dalam geng kteorg yang slalu balik awal mesti la KANES. alasan sebab masuk opis kul8. den slalu masuk awai gak tapi tak penang balik awai. = = ". BOBY plak slalu balik lambat. dy penah stay kat opis sampai kul 10 dengan AMIR. yang lain?? awai la jugak. hehe. :)

ok. skip cite untuk hari terakhir lunch dengan dyorg. contrak saya tamat pada 6hb April 2011 dengan EXACT but 5hb tuh hari selasa, saya dah set appoinment dengan geng NEWBIES tuk lunch sesama untuk LAST TIME. sebab 6hb tuh saya lunch dengan mentor saya. dia sangat baik. :)

kteorg gerak ke keramat tuk lunch dekat sana. nie semua KANES pun idea. kteorg ekot je sebab dah lama dia ajak tapi kteorg asyik malas jek. haha. makanan leh tahan la kat situ tapi agak panas. gila punya panas la. sian dyorg. haha. tapi takpe la.kenangan abadi tuh. :P

untuk hari itu saya sempat snap beberapa pic dengan mereka. pic diambil sekitar opis dan keramat. semuanya menjadi kenangan. :)


ini la geng group NEWBIES saya. ramai tak?? nie pun ada sorang MC so takde dalam pic. 

dyorg nie gila2 la. kalau duk lepak semua topik kuar. kadang2 topik budak bawah umur tak patut dengan pun dyorg cite. haha. tapi paling best kalau dyorg sembang pasal keja dyorg. yeala dyorg semua kan SE so mcm2 cite kuar. orang tuh ada masalah nie la.ada masalah itu la. jadi bila dyorg sembang saya pun dengar. bila saya tak tau dyorg terangkan. best sangat. tak rugi lepak dengan dyorg. mcm2 input saya dapat. tapi bila dah kuar topik bukan2, saya selalu kena. KANES slalu panggil saya 'small kid'. jahat punya KANES. haha. :))



nie antara pic yang saya sempat snap 6hb tuh.means last day saya dekat sana. pic ditangkap dekat luar bangunan GTOWER. dengan muka tahan malu berposing depan tuh. gila ke apa orang tengok. dah la time orang balik keja kan.jalan jem gila kot depan tuh. mesti dyorg terhibur tengok aksi kteorg. at least ada hiburan sementara nak tunggu keta bergerak. hahaha. yang baju purple tuh nama dia ARISA tapi kalau nama facebook dy PEAH TAPAI. tapi nama tuh lekat kat opis. geng semua suka panggil dia PEAH tambah2 BOBY. 'peah tapai tak jual tapai ke hari nie'
hahaha. kelakar BOBY tuh. 

sekarang...tinggal JOTHI je yang still keja sana sebab dy sambung contrak dekat EXACT tuk 1bulan lagi. takpela. at least ada gaji kan. :) banyak yang saya dah belajar dekat sana. kawan2 pun sporting. mentor yang best. tapi supervisor masa buat intern dulu tak best sebab dy bagi result tak baik tuk kteorg padahal kteorg rajin kot buat keja. = ="

before keluar tuh masa lepak kat pantry time tea break, saya sempat lagi tanya.. 'korang2.nanti rindu saya tak..' then dyorg jawab.. 'tak..kalau nak rindu2 sambung contrak dekat EXACT dulu.' ^^
bukan saya tak nak sambung.bunyi mcm tolak rezeki je kan.tapi saya betul2 tak sedia nak hadapi tuh semua. cukup la 4bulan tuh.mcm2 saya dah belajar. at least ada jugak inputkan. :)

KANES jugak sempat buatkan saya 1 video. happening je bunyi video tuh.maybe dyorg suka saya kuar. ahahaha. nak upload video tuh tapi still kat facebook.belum download lagi.nanti kalau berkesempatan saya download,saya upload kat snie yea.

erm.gila panjang entry kali nie. *bukan selalu kan*. ok lah. saya nak cite tuh je. tunggu next entry yea kawan2.

ingatlah! setiap insan pernah buat kebaikan. selalu lah ingat kebaikan orang pada kita. :)

jumpa lagi semua.. salam .:)