Aug 18, 2011

puasa vs exam vs assignment vs raya vs POKAI!

arrghh~ dah dekat nak raya nie macam macam kena settle. exam la. assignment la. adeh~ 1 apa pun tak jalan lagi nie. esok jumaat malam ada exam programming tapi 1 haram apa tak baca. ok. saya dah study sampai chapter 2 daripada 5 chapter. petang nie ada class operating system. sumpah BOSAN! esok pagi ada seminar or knowledge sharing untuk subjek technopreuer venture. macam tak nak pegi tapi member suruh pegi. ok pegi! = = ' malam exam. then kena balik pedas.! mak bising kalau tak balik. sebab dia bosan duk rumah sorang. ok untuk mama cek sanggup terbang balik pedas bila bila masa saja walaupun melaka sebelah je dgn rembau. haha. :)) petang nie kekasihati ajak pegi beli baju raya. 1 hal lagi. kl dengan melaka macam dekat je kan. boleh je pecut naik PJU tapi masalahnya esok exam. belum study! uwaaa~ sory sayang. shoping la sorang2 k. save bajet sebab tak payah belanja kita. hahaa. * dalam hati sedih sebab belum berbuka sama sama lagi ramadhan nie. :( * next week ada 2 assignment kena submit. 1 dah siap. 1 lagi pending kejap sebab nak exam. * alasan * baju raya belum beli sebab TAKDE DUIT. pakai je baju tahun lepas. tapke. tak kisah. memang bukan slalu beli baju raya pun. sebab tak excited sangat raya tanpa abah. tahun lepas buat baju sebab abah ada. :) abah?? dekat china. otw rasanya balik malaysia. tapi maybe singgah bintulu nanti. so raya takde dekat dekat area sini. macam besa raya tahun nie dekat PEDAS!:) puasa tahun nie biasa biasa saja. berbuka dengan geng kepala gila. saya pun dah naik gila. eh. saya gila sebab dyorg or dyorg gila sebab saya?? = =" tapi kami memang dah gila. adeh~ :P ok ada plan yang pending lagi. plan dengan dak tecik nawal. ala. macam takleh je nak buat plan tuh. hope ada kesempatan nanti. berdoa saja la. macam macam dah plan tapi 1 pun tak jalan sebab saya tak tau nak start dari mana. so macam akan cancel semua. buat saja apa yang mampu. yang mampu tuh kita tak tau apa. haha. susah betul bila tengah pokai nie. ptptn cepat la bagi duit. kering kontang dah nie. * nampak tak saya dah kurus sebab tak cukup makan? nampak tak?? TAK?? memang la. sebab saya maintain je gemuk sebab saya dah terlebih makan. haha. duit saya habis sebab saya kuat makan la. bukan sebab kuat enjoy. sekian. :)) *

ok la. saya macam dah gila kan buat entry tak taip ENTER. ok malas! so korang baca la panjang panjang nie yea. bukan slalu. nak chow study programming kejap. 
salam. :)

Aug 15, 2011

perasaan

saya sungguh tak suka bila saya ada masalah dengan perasaan saya. yea saya seorang yang cepat semburu. kekadang saya cemburu kan kawan saya yang lebih sikit dari saya even sebenarnya benda tuh takde apa apa pun. tapi saya tetap nak marah. dan bila saya dah set mind untuk marah atau merajuk dengan seseorang atas alasan yang tak munasabah, perasaan tuh akan datang dengan cepat dan terus melekat untuk beberapa ketika.

akibatnya..banyak hati yang saya sakiti secara tidak sengaja. dan yang paling saya benci saya buat orang tersayang saya sedih dan kesal dengan sikap saya yang maca budakbudak nie. 

harap hari esok lebih baik dari hari ini. teruskan senyum walau hati tengah sakit. prinsip yang selalu saya pengang. :)

Aug 1, 2011

sudah datang !

selamat menyambut bulan ramadhan semua.

semoga ramadhan kali ini akan jadi bulan yang bermakna untuk kita.

semoga kita akan lebih menghargai bulan ramadhan tahun ini.

jangan ponteng ponteng puasa yea ! :)

Jul 23, 2011

kampung OH kampung

sekarang nie saya selalu je RINDUKAN kampung saya.
yeah! kampung dimana saya dilahirkan dan dibesarkan.
kampung dimana tempat saya berteduh. bermain. melompat. jatuh. kenal dunia.
segalanya disitu.
bila saya pegi mana mana then ternampak kampung kampung yang bukan kampung saya, automatik saya akan ingat kampung saya.
mula la semua kenangan bermain diminda. terbayang bayang. T_T

saya ada 1 impian. 
 suatu hari nanti saya nak habiskan sisa sisa hidup saya bersama kekasihati di sebuah kampung.
kampung yang aman damai. indah dan permai.

dan dan dan dan 
yang paling penting kampung tuh mesti ada sungai atau air terjun.
kalau boleh saya nak buat rumah yang belakang dia ada air terjun.
senang nanti free je boleh terus terjun.
* saya memang suka berendam *


nie la rumah kampung saya. OPSS ! dah bukan rumah saya. dah dijual. huhu.
tokcik saya ada bagitau dulu, sapa je yang duk rumah nie mesti akan sakit or demam. mesti tak tahan lama kat rumah nie sebab dengar cerita ada "benda" yang kacau. betul atau tak saya tak tau la.

tapi sepanjang saya,mak saya,tok saya, membesar kat rumah nie, takde plak dyorg cerita yang bukan bukan pasal rumah nie. saya pun tak penah lagi la jumpa atau kena kacau. Alhamdulillah.. kami semua tinggal snie dengan aman damai. even ada je yang tak suka kami tinggal snie. 

rumah nie nampak macam sunyi dan suram je kan? saya pun akui. tiap kali balik penang dan jenguk rumah nie * dari jauh * mesti nampak macam tak best je. tapi masa saya tinggal snie dulu, rumah saya la paling riuh rendah. kampung tuh bising pun sebab penghuni rumah tuh sangat bising. macam berpuluh je adik beradik ada. padahal saya,adik,mak dan tok saya je yang tinggal situ.

jiran saya pun cakap sekarang suasana dah tak best.! T_T 
dan yang paling tak best, kampung saya makin teruk. takde perubahan. tempat lain makin maju. kampung saya ??? HAMPEH ! tak tau la nak salahkan sapa. dulu kecik kecik kampung tuh meriah je. nak jalan kaki pun tak rasa apa. best lagi ada. sekarang ? macam seram je. sunyi. banyak hutan. tak terjaga. 

saya harap kampung tuh ada la perubahan satu hari nanti. dengan itu perasaan saya akan lebih membuak buak tuk balik.

saya RINDU rumah kampung saya.yang pada zahir dan batinnya milik orang lain. OH kampung ! :'(