Jan 9, 2012

....

macam biasa belum tido. buka facebook kejap. macam biasa, saya masih lagi mengharapkan dia online waktu
sekarang sebab bagi dia sekarang masih siang wahal kita dah nak pagi. macam biasa dia online. seperti hari hari lepas, saya tetap tegur dia kat im facebook. hari hari lepas tiada jawapan. senyap je. malam nie dia reply.
dia cakap dia sakit. saya percaya dia sakit sebab saya tau keadaan dia macam mana, apa yang buat saya tak percaya bila dia cakap dia tak pandang hp dia dan tak boleh reply bbm saya. sedangkan dia selalu up status. dia balas komen komen status. hakikatnya, balas komen orang lain lebih dari kami menegur dia difacebook. kami agak kecik hati. = = "  
dan akhirnya tergerak hati saya nak memberi msg sepanjang ini untuk dia. apa dia nak anggap terpulang la. at least saya dah sampaikan benda yang sepatutnya. 





kamu, saya tau kamu tak nak tahu pasal dia, tapi saya tak terdaya nak sembunyikan benda nie dari kamu. mahupun sembunyi hakikat dari dia yang kamu sangat risaukan dia. saya beritahu kamu melalu blog ini. jadi kamu jangan marah bila saya tak bagitau kamu direct tau. :D

saya sayang kamu berdua. <3

Jan 8, 2012

tomorrow :)

tomorrow her birthday. already plan something for you dear.
 i think this time will be more fun. 
i hope so. 
i hope u will really really surprise the day. really hope that, the plan will stick until the end and no more changes. 
* penat tau nak tukar plan banyak banyak kali :D *

krishnaveni rajendran
sweet 23 !
:)
waiting for tomorrow :)

Jan 5, 2012

salah ke ?

tak salah sekiranya awak nak bercinta. nak berseronok. nak menikmati kehidupan awak yang serba bebas di sana tapi tolong la ingat, tolong la mengerti bahawasanya ada insan yang bernama SAHABAT yang setia menungggu disini, yang mengharapkan perhatian dan ingatan awak terhadapnya. insan ini terlalu bermakna dalam hidup awak, awak kena paham. Dia terlalu berjasa untuk kita. tolong la awak ingatkan diri awak yang dia adalah SAHABAT awak bukan KAWAN awak. dia terlalu sayangkan awak. awak segalanya bagi dia. tolong la ubah sikap awak. jangan kerana seorang lelaki yang awak baru kena seminggu dua awak terus lupakan SAHABAT awak. saya kesal dgn awak. 


kalau lah saya mampu ungkapkan semuanya kepada awak. kalau lah saya mampu mengubah segalanya. 

Jan 4, 2012

selamat datang 2012 ! :)

SELAMAT DATANG TAHUN BARU. 
semoga tahun baru ini memberi seribu makna dalam hidup saya dan hidup hidup anda. :)

tahun nie saya rasa sambutan tahun baru lain daripada yang lain. bukan la saya nak kata saya pergi sambut tahun baru bersesak sesak dalam kesibukan orang ramai, SORRY TO SAY, NO. HEHE.

tahun baru dimulakan dengan hari yang indah bersama mereka. TAK BANYAK GAMBAR DI TANGKAP SEBAB TAK SEMPAT ! but, lets some picture story how wonderful that day :)


bunga api.
time nie dah pukul 1 lebih dah. 
kteorg lepak dekat Perkampungan Portugis, Melaka.
before tuh kteorg pergi tengok wayang dulu, habis wayang lambat.
so keluar je dari jusco semua dah senyap sunyi. 
tapi still ada beberapa das tembakan bunga api.
^^


here is my Girls.
oppss. belakang tuh tak termasuk. 
how happy ending with them, GREAT !
:)


here is my Boy. ehem ehem.
for the first time in 3 years we celebrate a new year. not really celebrate it.
thanks sayang for coming to Melaka for me, even last minute planning. 
<3

so, that my day for the last day of 2011. 
Please Be Good 2012. :)

Dec 31, 2011

pengakhiran ; permulaan ;

2011 ;

penghujungnya sudah tiba. hari nie dah 31 Dec 2011. tengah malam esok tepat 12 am, kita dah masuk tahun baru. bagi saya, tahun 2011 banyak memberi kenangan, pengajaran, suka duka, segalanya yang dilalui penuh liku. even hingga ke saat ini, masih banyak benda yang berlaku. masalah menimpa nimpa diri saya. ada kala nya saya rasa hidup ini tak bermakna. saya rasakan saya punyai segalanya kekurangan, apa yang orang lain ada, saya takde. kadang kadang rasa hidup ini tak adil. tapi patut ke salahkan Maha Pencipta jika ciptaanNya sangat mudah lupakanNya. berdoa agar suatu hari nanti, bila saya bangun dari tidur, semua mimpi ngeri nie hilang begitu saja. yang tinggal hanya la insan yang saya sayang. FAMILY, SAHABAT, dan mungkin dia

saya inginkan kehidupan ini berubah, walaupun bukan sikit tapi sekurangannya saya mempunyai keistimewaan seperti orang lain. tapi apa guna mengharap kalau tak berusaha.
 " sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib seseorang jika dia tak berusaha untuk mengubahnya "

apa apa pun, Alhamdulillah, ada yang berjaya saya tempuh, pada masa yang sama ada yang sangat sukar untuk saya menhadapnya. tapi apa kan daya, semua perlu dilalui juga.  :)

selamat tinggal 2011, terima kasih kerana menyinari hidup saya selama 365 hari ini. pergilah dengan penuh bangga kerana anda berjaya memberi saya seribu, sejuta pengalaman dalam hidup remaja ini. terima kasih untuk segalanya. :')

2012 ; 

selamat datang tahun baru ! tahun yang akan memberi seribu sejuta sebillion semillion cabaran untuk seluruh makhluk atas muka bumi ini. dan yang pasti, segala cabaran untuk saya sudah pun menanti dihadapan. apalah nasib saya untuk tahun baru ini ? akan diketahui sehingga la penghujung 2012 plak. lepas tuh boleh senaraikan banyak banyak cabaran yang dah-di-tempuh. yang pastinya, pelajaran akan makin mencabar. degree akan makin memberi sejuta tekanan untuk saya. kalau silap langkah boleh bunuh diri. tak lari juga dalam persahabatan mahupun percintaan. semuanya akan memberi pengalaman baru dalam hidup. 

berdoa agar saya dapat menempuhi segalanya dengan mudah. doa dari keluarga, sahabat terchenta sangat diharapkan. dipermudahkan olehNya untuk mencapai impian 2012 kelak.



2012
-4 tahun-


entri terakhir untuk 2011
jumpa lagi di tahun baru
wish all the best untuk semua. semoga impian di tahun baru akan dicapai dengan penuh kejayaan.
:)