Sep 13, 2013

Gila bayang, gila sungguh version 2

Assalamualaikum semua :)

Dear blog,

Aku sebenarnya takde cerita pun nak menaip tapi jari jemari nie gatal nak menaip. Boleh ? Okey lah,aku cerita serba sedikit pasal apa dah jadi hari nie ok. :)

Pagi2 tadi pegi class crypto, class revision. Lecture crypto aku tuh boleh tahan la, berjaya jugak buat aku tergoda. HAHAHA. tapi Chinese lah. Dia superb okey ! Bukan aku nak kata or puji tapi lecture MMU memang superb ! Kan aku post pasal "Gila bayang, gila sungguh" itu post pasal lecture SE, itu pun hebat jugak. Baru lepas Phd (kalau tak silap) kat obersea. Aku slalu stalk dia, kat blog, instagram tapi malangnya dia dah private blog dengan instagram dia. Meroyan lah aku kejap. Sampai sekarang dok berkira2 sama ada nak follow insta dia or tak. Gila bayang kan. Gila bayang sampai lari topik. HAHAHA.

Okey back to story, lecture crypto aku nie kecik2 je orang dia. Tapi pertama kali jumpa dia dalam class, dalam hati terus cakap " Macam arwah sudirman ahh" , seyes. sama ! Dengan keciknya, putih. Muka arwah sudirman kan ala2 chinese skit so memang sama ah. Sejak tuh terus jatuh hati. Dia cakap pun lemah lembut je.

Hari tuh suppose kena present assignment dia tapi aku dgn group aku tak pegi sebab seyes blank pasal assignment tuh. Senang kata memang copy dari senior punya. Susah kot bagi aku yang tak teror programming nie. Dah tuh tak faham plak tuh. So ambik keputusan tak nak p presentation. 1st time ada niat macam tuh. So seperti yang dah dikatakan presentation berlangsung dan ketika itu aku dah selamat balik pedas. Zareef besar classmate aku siap call tanya kenapa tak datang, lecture suruh present jugak. Budak2 class bagi alasan tak present sebab aku balik kampung. Aku terus macam,  "ha ? ala. macam mana nie"

Tapi disebabkan tak nak spoil mood kat rumah, tak nak mama tau, sebab kalau mama tau habis lah. HAHAHA so aku buat muka slamber je. Dengan relaks nya aku call kilah, bagitau apa yang berlaku. Masa tuh kilah dengan aini kat bilik SRM ada meeting. Lagi best lah. Aku skip presentation, skip meeting. Teruk sungguh ! HAHAHA

Then Zarif kecik plak boleh jumpa dyorg kat bilik SRM then buat dyorg cuak. Cakap lecture mengamuk bagai. Budak2 terus cuak betul2 ah. Balik rumah terus email lecture cakap sebab aku balik rumah ada hal kematian (ini tipu) katanya, Lecture replay, dia kecewa lah sebab takde sapa inform dia. Dan tipu macam mana nak inform. Terus dia suruh pegi bilik dia. Sampai bilik dia, dia just cakap suruh buat next week nya. Budak2 nie macam, " ha. fine. ingat nak marah ke apa. tapi dia relaks je" terus aku sayang kat dia. BHAHAHAHAHA

Tapi sebenarnya hari yang sama kteorg skip presentation marketing jugak. Basically aku skip 2 presentation dan meeting. Tapi kilah dengan aini tetap pegi presentation marketing sebab cuak dah kantoi pasal tak pegi present crypto. Jadinya alasan yang sama dyorg bagi kat lecture marketing aku. Baik punya cover. ppfffttttt Memang gila. Kan aku dah cakap, semester nie memang aku gila. Kami semua gila. Teruk gila ah ! Tak sanggup nak mengaku betapa teruknya kami. T_T

Next week nya kami pegi presentation, tapi sebenarnya tak ready pun. 2 jam sebelum pegi present, Netbean buat hal. Tak boleh run coding. Lagi lahh cuakk. Try dan try dan akhirnya boleh jugak run. Sebelum masuk bila dia sempat baca doa, hembus2 dulu sebab takut nak ngadap dia. Takut dia tanya soalan cepumas seperti "kenapa tak datang presentation" dan bla bla bla. Tapi dia cool je. Senyum je. Kami pun senyum je lahh. Sampaikan dia tanya soalan pun kami senyum je. Sengih je. Tak mampu nak bagi jawapan sebab kami takde jawapan. Yeala, dah tak faham macam mana nak tau kan. Dah tuh tak study dulu coding tuh. Lupa nak tukar declaration semua. Coding yang kteorg run declare lain, dalam report declare lain, memang takk ahhh. Tapi dia relaks je, macam biasa, senyum, tak marah. Buatkan aku cair. Oh lecture !

Habis je present rasa lega gila kot. Penat aku renyih kat dia dengan harapan dia mark yang memuaskan. Mark dia boleh lahh. 0,0

Okey kesimpulannya semester nie aku memang TERUK. Lecture aku HANDSOME, BAIK, COMEL ! weweweweeewewewe~~

Aku harap dia pass kan aku lah subjek nie. Tak nak ngadap subjek yang susah nie. Doa2kan lah. Nie pun tengah ngadap nota dia lah nie. grrr~ tapi yang aku tau lecture nie memang tak kedekut markah. Asal kau tulis benda logik yang kena dengan soalan, dia tetap bagi markah. Lecture HANDSOME aku memang baik. Macam lecture SE aku yang aku gila bayang tuh. HAHAHAHA.

Asal aku menaip panjang plak nie. Tadi takde idea. Masuk bab lecture HANDSOME BAIK COMEL terus berkobar nak menaip. HAHA.

Okey nak sambung study. Bye !

salam.

Sep 11, 2013

Entry salingan

Assalamualaikum semua :)

Dear blog,

Rajin tak aku update blog sekali 3 entry. Kalau rajin tuh yea-yea je dia ber-update. HAHAHA. Anyway, tadi tangan gatai tengok previous posted. Gila ah ! burok gila kot penulisan aku. Entah apa2 font lah aku guna. Maybe masa tuh masa menaip post tuh rasa cantik je guna font berbagai. Sekarang nie rasa annoying plak tengok. HAHAHA. Nasib lah. takkan nak delete plak kan. Memories kot. Banyak gila kenangan kat sni. Mestilah kebayakannya cerita kesayangan. Andai satu hari nanti aku hilang ingatan, at least aku ada sumber nak cari balik ingatan tuh. 

Tapi kalau betul2 berlaku pun best jugak. So tak payah nak ingat benda2 yang tak best. Hilang ingatan, cipta kenangan baru. SOund good. Tapi kalau kita yang hadapinya mungkin susah. InshaAllah kenanagn akan sentiasa diabadikan dalam kepala hotak nie. Andai sesuatu berlaku kelak pandai2 lah ingat sendiri. :D

Okey chaw. Promise nie entry last. Study wey study !

salam. 

Sedih BETOL !

Assalamualaikum semua :)

Dear blog,

Aku nak buat luahan hati nie. Tadi roomie aku bagitau yang jadual MUET dah keluar. Apa tuh MUET ? Muet tuh maksudnya Malaysian University English Test. Peperiksaan nie wajib diambil oleh pelajar tingkat 6 dan jugak kebanyakan pelajar ipta dan ipts. Ada setengah ipts tak ambik pun takpe. Tapi bagi student MMU, memang WAJIB lah. Kalau idok tak dapat konvo nanti. Sijil pun tak dapat. Satu benda yang gerun pasal MUET nie adalah untuk lulus paling minimum pun Ban 3. Itu pun kira low level je. Kalau gempak ada je Ban 4 dan keatas.

Hari tuh aku, aini, roomie dengan fatah register sekali untuk MUET nie. Tempat pun kami ambik sama lah, dekat sekolah teknik area melaka jugak. Tak jauh pun sekolah tuh. Masalahnya sekarang speaking date aku tak sama dengan dyorg. Dyorg semua 30hb Oct nie, aku plak 29hb Oct. Memang menangis tak berlagu lah kan. Aahhhhh. Why this happen to me ?? -,- Kena pegi speaking sorg2. :(

Okey nak bawak diri. Anyway, harap2 ada sinar nak pegi batu pahat, kawan sanding. Target utama bukan nak jumpa pengantin pun tapi lebih kepada nak jumpa kakak2 kesayangan.

Okey chaw dulu. Kantoi tengah update blog dengan sayang. Bye !

salam.

Final Exam trisemester 1 2013/2014

Assalamualaikum semua :)

Dear blog,

Do you miss me ? I miss you so much. Ecewah. Okey kau kena faham aku busy sekarang jadinya untuk bermanja dengan kau adalah sangat tak penting. :P eh. okey gurau. Aku rindu nak menaip sebenarnya. Banyak kali jugak aku bukak new post nie nak menaip tapi tak kesampaian. Asyik tulis padam tulis padam macam apa tah. Tak tau nak keluarkan cerita mana satu. (padahal takde cerita pun) HAHAHA

Sepertinya title diatas, mesti dah tau kan apa yang bakal aku luahkan kat sni ? Mesti lah pasal PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER !

OH DAMN ! boleh gila dibuatnya. semester nie antara semester yang paling gila yang pernah aku lalui. Macam2 kegilaan aku dah buat. Sampaikan minggu2 nak final nie pun boleh buat kerja gila. Aishh. Tak faham -,-

Sekarang tengah pulun lima subjek yang kesemuannya subjek PEMBUNUH. Gila kaw ! Study subjek nie teringat subjek lagi satu, pegang buku nie teringat buku lagi satu. Lama2 otak pun melelong. Tapi takpe, ku gagahkan jua.

Dalam kepala otak nie, bila dah final bukan setakat dia nak fikir pasal study je, siap dah fikir pasal cuti sekali. Cuti nak kerja mana, apa nak buat, nak cari duit, nak buat itu ini. Tapi masalahnya tak tau mana nak kerja. Ingat nak kerja kat kedai maksu je so boleh lah cuti bila2 pun tapi kena plak bincang dengan adik sebab dia kerja sana jugak. Tak nak lah bebankan maksu memandangkan kedai dia pun tak perlukan pekerja yang banyak and dia baru nak stabil selepas meniaga bulan puasa ritu.

So tengah berkira2 nie. Time2 nie lah nak kira2 bagai. Aishh.

Okey lah sayang, aku chow sin ce dulu. Nak p mandi. HAHAHA. Then sambung study. Busuk sangat nie. Nota dah memanggil dah. :D

Moga jumpa lagi sayang.

salam.

Aug 26, 2013

Spesis perasaan

Assalamualaikum semua :)

Dear blog,

Tahun nie, tahun 2013 dari permulaan tahun bulan january sehingga la sekarang, detik 26 August 2013, dah bermacam perkara aku lalui. Ia nya spesis perasaan kebahagian, kegembiraa, kesedihan, kelukaan, dan segala macam lagi lah spesis perasaan yang ada dalam dunia nie.

Suku dari perasaan aku, aku dah luahan kan kat dalam nie. Mungkin kebayakannya kesedihan dan kelukaan yang aku dah lalu, hakikatnya itu lah yang paling susah untuk aku hadapi. Dan susahnya lagi bila kita berdepan dengan benda yang sesuatu kita tak jangka.

Walau aku belum sepenuhya terima segala hakikat itu, tapi aku masih dalam proses percubaan. Ia akan ambil masa, berapa lama, itu aku tak pasti. Cuma aku harap semua kembali normal.

Jika seseorang sudah mengambil keputusan untuk ambil langkah jauh dari kau, jangan cuba paksa untuk dia toleh kebelakang lagi. Mungkin ada 2 sebab;

1. Dia dah betul2 terluka, kecewa
2. Dia dengan sengaja untuk pergi dari kau sebab dia dah bosan.

Jika kedua-dua nya bukan, pergi lah tanya sendiri kenapa. Itu pun kalau dapat jawapan.

Tapi bila kita sedang bahagia, jangan pula kita rosakkan suasana tuh atas sebab orang lain. Aku bahagia bila aku dikelilingi sebahagian orang2 yang aku sayang. Sekurangnya aku tahu masih ramai yang sayang aku. Cukup lah bila dyorg ada bila aku perlukan dyorg. Masing2 ada peranan sendiri.

Terima kasih untuk perasaan yang pelbagai ini. Segalanya mengajar aku erti kehidupan :)


Oh ya. Blog adalah tempat aku menulis apa yang aku rasa. Mungkin kadang2 agak sensitif tapi ini saja tempat aku meluahkan perasaan aku. Secara pendek kata, aku suka menulis. Luah apa yang aku nak kata. Secara panjang kata, aku bukan jenis yang rajin menulis. Malas sekali nak ngadap lappy dan menaip. Tapi aku akan buatnya bila aku rasa aku nak. Got it ?

Aku perlu pergi. Banyak benda nak disiapkan sebelum hujung minggu nie. Lagi 3 minggu dan final. Harapnya ada sinar. InshaAllah. Semoga berjumpa lagi blog tersayang :)

Salam.