Dec 18, 2013

Interview part 1: HONDA MELAKA

Assalamualaikum semua :)

Dear blog,

Sihat ? Harap sihat hendaknya. Okey, dikesempatan romie aku takde nie, boleh lah aku update blog yang bersawang nie. Pertama kali, aku nak story pasal pengalaman pertama aku pergi interview hari tuh. Interview untuk internship program. Kalau intern nie masuk kali kedua lah, tapi yang pertama dulu takde interview. Terus kena accept tapi kali nie ada plak interview.

HONDA, MELAKA

Pertama, aku, romie dan aini dapat interview kat honda melaka. Disebabkan apply sesama, sesama la jgk dapatkan. Hehe. Berfikir2 jgk nak pergi interview nie, yealah masing2 takde pengalaman kan, tapi kami fikir positif lah walaupun dah tau mesti takde rezeki sebabnya company besar kot. HONDA okey ! Memang besar lah kat melaka nie. Tapi nak pengalaman punya pasal, tetap harungi jgk.

Hari interview (RABU, NOV 2013) tuh ada 4 orangg candidate. 3 orang budak degree, seorang lagi diploma. Semua bidang IT. Panel plak ada 2 orang. Seorang melayu seorang cina. Dua-dua orang penting. Berpuluh tahun dah pengalaman dyorg dalam bab syarikat honda nie. HAHAHA.

Hari sebelumnya tak prepare apa2 sangat sebab busy siapkan assignment lah, exam lah. Bangun awal pagi iron baju, prepare sijil2 yang patut, siapkan diri. Appoinment pukul 2.30 tapi kteorg gerak awal. pukul 1 dah gerak memandangkan honda kat Alor Gajah, so takut jem nanti sebab ikot jalan dalam. (KONON DEDICATED GILA SAMPAI AWAL)

Sampai sana lapor diri then akak HR datang jemput kteorg. Relaks jap sebab tunggu panel. Sambil tuh sembang dengan akak HR. Akak tuh kebetulan dia pun intern kat situ tapi extend kerja sana sementara dapat kerja tetap. Dia graduan UKM kalau tak silap.

Masa sembang dengan akak tuh, dia ada bagitau rules kat company tuh. Antaranya, walaupun dalam jadual start kerja pukul 8am tapi dyorg kena datang seawal pukul 7am untuk rebut parking memandangkan ramai gila pekerja kat sana dan parking agak tak cukup. Tapi kawasan dia memamg luas gila. =_=
Selain sebab tuh, pada pukul 7.45am dyorg ada senaman lagi. Semua pekerja WAJIB join senaman tuh.

Sedia maklum yang honda kan syarikat Jepun, jadinya kerja pun cara orang jepun lah. Kena tepati masa. Masa itu emas bagi mereka. Dyorg jgk ada dress code, uniform semua dah tersedia. Pakai baju ala2 engineer bai, baju sarung putih. Perghh. benci gila putih. ==" Setiap orang pakai baju sarung putih tuh hari2.

Dyorg jgk sedang buat rule baru iaitu tak boleh guna telephone masa bekerja. Maksudnya kau tak boleh bawak telephone lah. Masa kteorg pergi ritu dyorg dah praktik dah. Ada seorang pekerja lelaki nie nak call siapa tah pinjam hp akak HR nie sebab pekerja laki nie takde telephone. Akak HR nie lepas bawak hp sebab dia kan nak handle budak interview so nak call sesiapa senang. Masa tunggu panel pun berapa kali dia buat panggilan sebab lama jgk kteorg tunggu. Tapi dyorg ada bantah rule tuh sebab susahkan kalau ada emergency case macam mana. Hurm. orang jepun kan displin, so mungkin dyorg tau yang orang malaysia nie buat kerja sambil lawa atau suka nau cari tulang, sebab tuh dyorg wujudkan rule tuh. Tapi tak tau masih berjalan ke tak rule nya sebab dah kena reject kan. HAHAHAHAAHAHAHA

Masa interview, panel nak 2 orang sekali gus, masuknya ada 2 sesi je. Aku dengan romie, aini dengan budak diploma. Masa aku dengan romie kena interview, gila nebes. Kena speaking bai ! Haishh. Macam aku cakap awal tadi, panel dia dah berpuluh tahun pengalaman dalam company honda plus dia berpuluh tahun jgk dalam bidang networking. Sekali dia test IQ kteorg pasal network, berterabur bagi jawapan. Padahal soalan senang je. YA ALLAH, malu gila. (menyorok belakang kerusi)

Macam2 soalan dia tanya, gelabah bai. Tobat lepas nie tak nak pergi interview lagi. BOLEH ? HAHAHAHA. Apa2 pun aku ambik sebagai pengalaman dan pengajaran. Berfikir POSITIF, walau dah malukan diri. =_=

Satu masalahnya honda nie nak budak start kerja awal dan habis lambat sebab katanya nak kena tolong dyorg buat audit tahunan apatah. Kami budak degree confirm la tak boleh sebab cutinya lambat lagi kan. Tapi budak diploma tuh boleh je sebab intern nie semester last dia dan sekarang dia dah cuti then lepas intern dah tak payah susah2 nak start class bagai, tapi dia pun kena reject. Then call aini tanya boleh start awal ke tak, boleh habis lambat ke, padahal dah cakap dah. And dyorg ada option untuk accept budak tuh. Kata takde kerja berat2, coding bagai so boleh la kan accept budak diploma tuh kalau setakat buat documentation. Mungkin takde rezeki budak tuh. =,=


Aduh. penatnya menaip. Aku sambung part 2 kisat interview aku k. Yang nie seronok sikit. Indah je rasa. HAHAHA. Bila aku free aku update lagi. Stay happy k blog tersayang. Aku kena siapkan tutorial nie. WHAT A HECTIC SEMESTER ! see you soon.

salam.

Dec 16, 2013

Assalamualaikum semua :)

Dear blog,

pffttt. Lama jugak aku tak menjenguk kau kan. Maaf la sayang. Aku busy gila. Everyweeks got exam, so i dont have an enough time to spend with you (alasan  =___=)

Sebenarnya, hurm. Aku ada luahan nak buat kat sni tapi mood masih belum sampai. Lately nie macammacam benda dah jadi. Ada baik, ada tak. Tapi seingat aku semua yang tak baik je. :'(

Bila aku ada masa aku singgah sni lagi okey. kena tunggu roomate tdo nyenyak dulu baru boleh buat luahan :P

Okey sayang, i got to go. See you again.

salam.

Oct 30, 2013

The paling HECTIC semester

Assalamualaikum semua :)

Hai blog,

As u know, sekarang dah masuk semester baru. Sekejap je kan, rasanya baru hari tu bebel pasal exam bagai, tak sabar holiday lah, dah sekarang masuk mood stress nak buat assignment. Semester nie aku ambik 6 subjek, dan kesemuanya subjek yang berat. Seberat diriku ini =,=

5 dari 6 subjek tuh ada assignment, dan kesemua assignment tuh berat gila. Seberat diriku ini juga. Okey fine, assignment nya macam FINAL YEAR PROJECT ! aarrrgghhhh~ stress juga. Bila bincang pasal 1 assignment, risau pasal 1 lagi assignment. Bila bincang 1 assignment, terselit lagi 1 assignment. Dah habis pasal 1 assignment, sambung lagi 1 assignment. kalau dah 5 assignment, semua pakat berebut nak bincang. Due date pun boleh tahan. Tiap assignment kena buat proposal, submit next week. Tiap assignment ada banyak phase.

Buat masa sekarang, kteorg paling risau dengan assignment mobile and wireless, lecture dia paling scary. Scary gilossssss ! Assignment nya double scary. Macam FINAL YEAR PROJECT. Rasanya lepas buat assignment tuh dah boleh buat hard cover then submit je jadi FYP. =,=

Life last year student. sangaaatt~!

Esok ada 4 session talk Tundercloud and Lab mini. Kalau ikot semua kena pegi tapi ada plak clashing time antara session. Jadinya pegi mana  yang patut je. Kena pegi supaya dapat idea pasal cloud system. Padahal ambik attendance. 

Esok mungkin akan terjadi hari paling sibuk seantero dunia. So, better pegi tdo sekarang. Okey la chaw~

Salam.

Sep 22, 2013

Aku bukan rajin

Assalamualaikum semua :)

Dear blog,

Kau tau apa itu kebersihan ? kebersihan tuh kalau ikot definasi aku senang je, as long as benda tuh bersih dan tak menyakitkan mata aku, itu dah cukup. Baru aku sedar yang aku nie tak rajin atau pun boleh di kategorikan pemalas tapi aku nie tak suka tengok benda kotor. Kalau sikit2 takpe tapi kalau tahap sakit mata aku nak pandang, itu dah dikira kotor lah kan.

Perkara nie diakui mak aku sendiri. Berlaku satu kejadian dirumah makcik aku.

situasi pertama.

sesampai je rumah makcik aku;

Aku ke dapur mencari makanan, macam biasa lah kan. Sampai kat dapur tengok pergghhh berselerak, nie pun macam biasa. Walaupun makcik aku ada 5 anak perempuan tapi dapur dia tak pernah bersih. Kata erti bagi bersih disini ialah berselerak. Makan minum tak reti basuh. Pinggan tak terap. jadinya, bila dah aku yang pandang, terus lah aku basuh kemas sinki2 tuh. Pada ketika itu, makcik, adik, mama, syikin (anak makcik no 3) datang ke dapar.

Syikin: rajinnya kat eka nie basuh pinggan. selalu kalau datang mesti nak kemas dapur kami.
Aku: dah korg malas nak kemas, aku kemaskan lah.
Mama; *mencelah* kak eka hang nie bukan rajin tapi dia tak suka tengok benda kotor, jadinya dia kena lah buat srndiri.

tetba aku terfikir, betul jugak apa mama cakap. Aku memang bukan jenis rajin. Contohnya kalau mama cakap je nak mengemas, alih perabot semua, mesti aku akan cakap "tak payah lah ma. baru susun kan" Itu alasan aku yang paling tak berkesan lah. Selalunya mama ubah je even aku cakap tak payah. erkkk. Mama aku memang rajin. Rajin mengemas dan memunggah.

Bagi aku plak, rumah tuh tak payah barang banyak pun takpe asal kan ada ruang untuk berehat dan senang untuk aku mengemas. Benda paling aku pantang sekali ada habuk dan rambut berguguran atas lantai. Jadinya hari2 kena sapu rumah tuh sebab rambut masing2 asyik musim luruh je. HAHAHA. Tapi masalahnya rumah aku tuh bamyak sangat barang, memang tak lah kan, tapi aku selalu cekalkan je hati untuk menyampu. Memang tak senang kalau tak menyapu sehari. Rasa habuk tuh berkati walau hari2 sapu.

Tabiat menyapu nie aku bawak bila aku duduk asing dari keluarga. Dari zaman kolej sampai lah sekarang, bilik aku mesti ada penyapu sendiri untuk memudahkan aku menyapu bila2 masa. Dan aku tak suka kalau kongsi penyapu sebab orang lain tak pandai jaga penyapu tuh. Aku bukan nak tuduh tapi memang kenyataan. Kang mana2 dyorg campak penyapu tuh. Lepas tuh kotor. Lepas tuh dah sapu tak reti nak buang rambut yang lekat2 dekat penyapu tuh. Itu aku pantang. Geli lah rambut2 berkumpul kat penyapu. ggrrrr -,-

Jadinya lagi, memang aku je lah yang mengeemas. Bukan nak berkira tapi kadang2 takde orang appreciate pun. At least kalau dah tau diri tuh tak berapa nak rajin pegang penyapu so jangan lah buat sampah. Sudahnya hari2 aku kena menyapu. Tak paham betul macam mana dyorg boleh pandangggg je lantai tuh kotor bersepah. Kotor dalam konteks nie bukan lah kotor yang kotor tuh cumanya penuh rambut je, tak pun bekas pemadam tuh. Itu lagi 1 aku pantang, pantang nampak ! Dah padam tak reti2 nak sapu balik. Lepas tuh bersepah atas lantai. Aku pandang pun tak selera hitam2 kat bawah tuh. Nak jalan pun melekat. aiishhh. sakit pulok hati kita.


pffttt~ banyak plak ngadunya. sebenarnya banyak lagi. Tapi nie je aku mampu taip. Anyway, penyapu aku baru patah semalam akibat aku bunuh cicak. Penyapu tuh dah berjasa selama 2 tahun. Sedih betul. Tengah fikir nak sapu pakai penyapu apa. Terpaksa pinjam penyapu bilik sebelah. errkk. 0.0

Okey lah, Dah subuh nie. Bye.

salam.

Sep 13, 2013

Gila bayang, gila sungguh version 2

Assalamualaikum semua :)

Dear blog,

Aku sebenarnya takde cerita pun nak menaip tapi jari jemari nie gatal nak menaip. Boleh ? Okey lah,aku cerita serba sedikit pasal apa dah jadi hari nie ok. :)

Pagi2 tadi pegi class crypto, class revision. Lecture crypto aku tuh boleh tahan la, berjaya jugak buat aku tergoda. HAHAHA. tapi Chinese lah. Dia superb okey ! Bukan aku nak kata or puji tapi lecture MMU memang superb ! Kan aku post pasal "Gila bayang, gila sungguh" itu post pasal lecture SE, itu pun hebat jugak. Baru lepas Phd (kalau tak silap) kat obersea. Aku slalu stalk dia, kat blog, instagram tapi malangnya dia dah private blog dengan instagram dia. Meroyan lah aku kejap. Sampai sekarang dok berkira2 sama ada nak follow insta dia or tak. Gila bayang kan. Gila bayang sampai lari topik. HAHAHA.

Okey back to story, lecture crypto aku nie kecik2 je orang dia. Tapi pertama kali jumpa dia dalam class, dalam hati terus cakap " Macam arwah sudirman ahh" , seyes. sama ! Dengan keciknya, putih. Muka arwah sudirman kan ala2 chinese skit so memang sama ah. Sejak tuh terus jatuh hati. Dia cakap pun lemah lembut je.

Hari tuh suppose kena present assignment dia tapi aku dgn group aku tak pegi sebab seyes blank pasal assignment tuh. Senang kata memang copy dari senior punya. Susah kot bagi aku yang tak teror programming nie. Dah tuh tak faham plak tuh. So ambik keputusan tak nak p presentation. 1st time ada niat macam tuh. So seperti yang dah dikatakan presentation berlangsung dan ketika itu aku dah selamat balik pedas. Zareef besar classmate aku siap call tanya kenapa tak datang, lecture suruh present jugak. Budak2 class bagi alasan tak present sebab aku balik kampung. Aku terus macam,  "ha ? ala. macam mana nie"

Tapi disebabkan tak nak spoil mood kat rumah, tak nak mama tau, sebab kalau mama tau habis lah. HAHAHA so aku buat muka slamber je. Dengan relaks nya aku call kilah, bagitau apa yang berlaku. Masa tuh kilah dengan aini kat bilik SRM ada meeting. Lagi best lah. Aku skip presentation, skip meeting. Teruk sungguh ! HAHAHA

Then Zarif kecik plak boleh jumpa dyorg kat bilik SRM then buat dyorg cuak. Cakap lecture mengamuk bagai. Budak2 terus cuak betul2 ah. Balik rumah terus email lecture cakap sebab aku balik rumah ada hal kematian (ini tipu) katanya, Lecture replay, dia kecewa lah sebab takde sapa inform dia. Dan tipu macam mana nak inform. Terus dia suruh pegi bilik dia. Sampai bilik dia, dia just cakap suruh buat next week nya. Budak2 nie macam, " ha. fine. ingat nak marah ke apa. tapi dia relaks je" terus aku sayang kat dia. BHAHAHAHAHA

Tapi sebenarnya hari yang sama kteorg skip presentation marketing jugak. Basically aku skip 2 presentation dan meeting. Tapi kilah dengan aini tetap pegi presentation marketing sebab cuak dah kantoi pasal tak pegi present crypto. Jadinya alasan yang sama dyorg bagi kat lecture marketing aku. Baik punya cover. ppfffttttt Memang gila. Kan aku dah cakap, semester nie memang aku gila. Kami semua gila. Teruk gila ah ! Tak sanggup nak mengaku betapa teruknya kami. T_T

Next week nya kami pegi presentation, tapi sebenarnya tak ready pun. 2 jam sebelum pegi present, Netbean buat hal. Tak boleh run coding. Lagi lahh cuakk. Try dan try dan akhirnya boleh jugak run. Sebelum masuk bila dia sempat baca doa, hembus2 dulu sebab takut nak ngadap dia. Takut dia tanya soalan cepumas seperti "kenapa tak datang presentation" dan bla bla bla. Tapi dia cool je. Senyum je. Kami pun senyum je lahh. Sampaikan dia tanya soalan pun kami senyum je. Sengih je. Tak mampu nak bagi jawapan sebab kami takde jawapan. Yeala, dah tak faham macam mana nak tau kan. Dah tuh tak study dulu coding tuh. Lupa nak tukar declaration semua. Coding yang kteorg run declare lain, dalam report declare lain, memang takk ahhh. Tapi dia relaks je, macam biasa, senyum, tak marah. Buatkan aku cair. Oh lecture !

Habis je present rasa lega gila kot. Penat aku renyih kat dia dengan harapan dia mark yang memuaskan. Mark dia boleh lahh. 0,0

Okey kesimpulannya semester nie aku memang TERUK. Lecture aku HANDSOME, BAIK, COMEL ! weweweweeewewewe~~

Aku harap dia pass kan aku lah subjek nie. Tak nak ngadap subjek yang susah nie. Doa2kan lah. Nie pun tengah ngadap nota dia lah nie. grrr~ tapi yang aku tau lecture nie memang tak kedekut markah. Asal kau tulis benda logik yang kena dengan soalan, dia tetap bagi markah. Lecture HANDSOME aku memang baik. Macam lecture SE aku yang aku gila bayang tuh. HAHAHAHA.

Asal aku menaip panjang plak nie. Tadi takde idea. Masuk bab lecture HANDSOME BAIK COMEL terus berkobar nak menaip. HAHA.

Okey nak sambung study. Bye !

salam.