Nov 26, 2012

apa salah aku ?

Assalamualaikum semua :)

dear blog,

aku sangat runsing sekarang. hidup macam tak tentu arah. setiap masa fikirkan benda yang sama, "apa salah aku" "aku ada sakitkan hati org ke?" 'aku terkasar bahasa ke?" "apa yang aku dah buat?" "dimana salah aku?" semua menjadi tanda tanya yang tiada jawapanya. bukan aku tak cuba mencari tapi entah la. ada jgk aku selidik dari awal apa sebenarnya yang dah berlaku, tapi aku tak tau nak mula dimana dan apakah penghujungnya. kenapa ini semua berlaku ? macam mana aku nak dapat jawapan ? perlu ke aku bertanya sedangkan aku cuba utk tak menampakkan apa yang tak elok berlaku, tapi ia tetap nampak seperti ada sesuatu berlaku. aku cuba utk jadikan ia nya seperti biasa tapi..tiada respon dari sesiapa, menunjukkan sepertinya aku yang bersalah. benci utk terus rasa sebegitu tapi itulah yang aku rasa. menyebabkan orang sekeliling menjadi mangsa emosi aku. aku takde tempat mengadu seperti mereka. dengan siapa perlu aku bgtau rasa hati aku ? dengan siapa pun, jawapan mereka hanya "bersabar". tapi sampai bila ? sampai tiada siapa mahu bersahabat dengan aku atau pun tiada siapa lagi mahu mengaku yang aku nie kawannya ? aku dah pernah lalui semua ini tapi aku lupa cara menyelesaikannya kerana dahulunya ada sahabat yang setia membantu dan menyokong aku dari belakang dan sekarag bukan la semua orang peduli dengan apa orang lain rasa. terlalu banyak masalah orang lain dari nak dengar apa yang aku kata. tapi mujur la masih ada yang sudi mendengar bebelan aku walaupun bosan tapi at least aku dapat melepaskannya walaupun tiada jalan penyelesaian. mungkin aku perlu diamkan diri kerana jawapan takkan datang dengan segera. walau apa kita sedang lakukan, moga kita terus bahagia. teruskan mencapai cita2 yang kita bina, semoga Tuhan pemudahkan segalanya. amin.

wassalam.