Dear blog,
Sebenarnya malam nie officially aku dan kekasihati genal 5 tahun 1 bulan 6 hari. Cettt. Dah lepas sebenarnya. Saja nak heboh :P
5 tahun yang banyak gila kenangan. Pahit manis tawar perit. Segalanya. Perkenalan yang singkat di "ruang saya" membawa kepada perkenalan kami yang dah panjang nie. Setahun pertama perkenalan, kami masih bergelar student. Ketika itu, pertemuan hanya terbatas. Sebulan mungkin sekali. Yeala. Student kan. Msg pun tak lah rancak sangat tapi boleh la. Dengan gayut hp nya. Masa tuh boleh la, org kata "kentut pun bau wangi". Memang rasa bahagia je.
Masa tuh ada jgk dilanda masalah buat seketika. Tapi nasib baik la masalah tuh tak berlarutan dan selesai dalam masa yang singkat dan tak berulang lagi. Syukur. :')
Setahun kemudiannya, aku masih lagi bergelar student tegar, dan kekasihati dah bergelar seorang pekerja. Walaupun kerja masa tuh biasa2 je, tapi ada juga perubahan dalam hubungan nie. Dari sebulan sekali jumpa, mengenjak ke 2 kali sebulan. Hurm. Masa tuh rasa heaven gila. :D
Selepas 2 tahun, kekasihati dapat kerja baru. More better. Even not much but at least ada kan :) Satu sikap yang aku suka pasal kekasihati, dia tak pernah buang masa melepak sana sini, merayap dengan kawan2, buang duit kot arah bukan2, atau rasa nak rehat je kat rumah. Lepas dia habis je study terus dia part time, lepas tuh dapat kerja baru. But then still buat part time kat tempat lama. Dia dah la tak merokok. Duit jimat gila. Perkara paling tak boleh elak, dia suka buang duit kat aku. HAHAHAHA.
Bila dia dah part time plus ada kerja tetap, lagi la sakan dia nak berjumpa. Boleh dikatakan tiap2 minggu. Kadang2 kesian dia. Kerja tunggang terbalik, tapi duit habis kat aku. Mama cakap " rugi man dapat awek kaki kikis " (aku kikis kadang2 je, yang lain dia merelakan sendiri -,- ) Tapi kekasihati selalu cakap " ala, duit yang kita cari bukan untuk orang lain. untuk sayang jgk. " (okey, bangga ! )
Bab kawen ? Memang slalu timbul lately nie. Start je dari kawan aku kat kampung dah kawen dalam 2 tahun lepas, start dari situ memang menanah lah telinga kekasihati duk dengar aku merepek pasal kawen. -,-
Ayat standard kekasihati " insyaAllah sayang. dah sampai masa kita kawen k :) " (okey smile tuh aku tambah T_T ) Kemudiannya BFF sendiri plak naik pelamin, memang teruk la kekasihati kena ngadap aku. Boleh dikatakan setiap kali kawan kawen je isu nie akan timbul. tapi jawapan kekasihati tetap sama. Nak marah tak boleh, nak paksa pun tak boleh. Ada jodoh insyaAllah
Kekasihati antara manusia yang faham perangai aku walaupun kekadang dia buat2 tak faham kerenah gila aku tapi dia antara insan yang paling sabar dengan aku setakat nie. Kalau aku marah dia try pujuk. Kalau dia merajuk aku pujuk. Tapi kalau dia marah, aku buat bodoh. Kalau 2-2 marah, 2-2 buat bodoh. Aku akan tunggu dia msg pujuk dulu. Ngegegeh~
Terima kasih sayang 5 tahun yang bermakna. Terima kasih untuk kali ke 5 tahun nie awak bawak saya naik bukit tinggi yang sejuk. Layan saya main mainan gila2. 5 tahun awak layan perut saya yang besau nie. Mengharap 5 tahun kehadapan, kita sambut dalam situasi yang lebih baik k. Terima kasih menyanyangi saya dengan penuh sabar. Halalkan makan minum saya :)
Semoga hubungan kita terus diberkati. InsyaAllah :)
5 tahun untuk segalanya.