Jun 9, 2013

surat buat kita

Assalamualaikum semua :)



dulu kita kenal rapat, memahami satu sama lain. walau ada yang buat salah tapi kita tetap maafkan. kita menerima seadaanya kita. baik buruk kita, kita tak pernah kisah. kita saling melengkapi. setakat perkara kecik2 tuh apa ada hal kan. hubungan mana yang tak pernah goyang, betul tak ? kita pun pernah laluinya suatu ketika dulu. dimana masing2 dengan amarahnya. tapi kita tetap bersatu. kenapa ? sebab takdirnya begitu. orang kata kita seperti adik beradik. hye, bagai dicincang air takkan putus. itu la kita. kemana saja kita berada mesti bersama. kita saling menyayangi. saling menolong. kita slalu buat kerja gila bersama. apa kita peduli siang atau malam. kita tak pernah takut sesat atas jalan. tak perlu gps bagai. kita slalu ada impian bersama. dah macam2 impian yang kita cipta. itu ini. walaupun nampak macam mustahil tapi kita tak peduli pun. sebab masing2 memang kuat berangan. 

tapi sekarang, kita dah jauh. kita dah saling tak memahami. tak fahami apa terjadi. kita mungkin memaafkan tapi mungkin tak seikhlas dulu. sebab itu kita jauh. kita dah tak saling lengkapi. ada orang lain lengkapi awak. hubungan kita dah goyang sekarang tapi kita dah tak boleh bersama. kita dah tak macam dulu. semua orang nampak benda tuh dengan jelas. air yang tak putus mungkin dah putus. masing2 ada haluan masing2. mungkin takdir kita. kita saling sayang tapi ada orang lain yang lebih layak untuk itu. dah takde kerja gila. kalau saya sesat, takde siapa lagi nak temani saya. saya akan terus sesat. impian yang kita inginkan dulu, awak dah mula capainya tapi bukan dengan saya. saya dah takde lagi dalam senarai sokongan kuat awak. benda yang mustahil sekarang menjadi kenyataan, bagi awak. dan saya hanya mampu pandang dicelah2 gelapnya jalan saya. 

dulu saya ingat kita akan berjaya bersama, saya disini awak disana. tapi saya silap. saya ingatkan saya akan terus jadi orang kuat awak, dibelakang awak tak kira apa terjadi, jatuh bangun awak, saya nak bersama awak untuk itu walau kita jauh, tapi saya silap. saya terlalu jauh untuk itu. tapi saya bangga dengan awak. teruskan perjuangan awak. capailah segala keinginan awak. saya tak pernah menyesal dengan hubungan kita. ia adalah yang terbaik untuk saya. Allah hantarkan seseorang yang kuat untuk saya dimasa saya keseorangan. Dia bagi saya peluang untuk bersama dengan orang yang paling hebat ketika itu. yang sentiasa ada dalam setiap celiknya mata saya, yang ada ketika mata terpejam, yang ada ketika saya sakit, yang ada ketika saya susah, dan ketika saya bahagia. seseorang yang boleh lakukan apa saja untuk saya. 

terima kasih atas nikmatNya yang dipinjamkan kepada saya. mungkin Dia kehendakan awak bahagiakan orang lain yang lebih layak dari saya. semoga yang lain lebih menjaga awak sepertinya saya supaya mereka merasa betapa bertuahnya mereka miliki awak. dan tidak sesekali menguris hati awak seperti saya dah lakukan. semoga segalan kebaikan awak dibalas kebaikan kelak. semoga awak terus berjaya. 

yang buruk tu datang dari saya, yang baik datang dariNya. 

sahabat :')