Apr 5, 2013

Untuk dia :')

Asaalamualaikum semua :)

Dear blog,

Malam nie aku terasa macam nak story pasal salah seorang sahabat baik saya atau lebih common we called as BestFriend. Yea, BFF. Seorang gadis yang cukup sopan santun, masa sekolah dulu ramai peminat, ayu, baik, pandai, berbudi bahasa, comel, dan segala waktu dengannya, beliau adalah Siti Aishah bt Amran. :) sedang menuntut di kolej kejurawatan di sg buloh dan sekarang sedang praktikal di semester yang terakhir dan kemungkinan lepas bulan 6 nanti akan posting di suatu tempat yang belum diketahui. Walaupun si gadis manis nie study kat sg buloh, kuala lumpur, percaya atau tak, aku belum pernah jumpa dia sebelum nie. Bermaksud selama 3tahun kat sana, kami sekali pun tak pernah keluar berjumpa. Si gadis manis nie ialah sahabat aku ketika di penang dulu. Kami satu sekolah. Satu asrama. Pernah satu dorm. Satu class, dari form 1-4. Duduk sebelah2. Pernah gaduh besar. Bayangkan lah bergaduh dengan sahabat baik sendiri dimana hari2 kau jumpa dia. Masa makan, mandi, tidur, belajar, dalam class, dalam dorm, kat sekolah, kat asrama, boleh jadi gila tau tak ! Tapi aku pun lupa kenapa kami bergaduh. Tapi sekali tuh je la aku gaduh dengan dia. Lepas tuh dah tak pernah lagi dah. Kami bertiga dulu. Aku, aishah, dan nana. Nanti2 aku story pasal nana plak, okey blog ;)

Si gadis manis nie dah pun berkahwin, dengan pilihan hatinya yang mana seorang guru. Aku tak kenal sangat dan tak pernah jumpa pun suaminya sebab aku kan jarang balik penang, dah tuh dia kat kl pun aku tak pernah jumpa dia. Sekarang dah jadi isteri orang baru nak jumpa. Hahaha. Last aku jumpa aishah adalah dalam 2 tahun lepas kot. Masa anak tokcik aku kawen. Time tuh sempat la jgk jumpa2 dyorg kat sana. Jumpa aishah, nana dan basirah. Kami geng ASPURI. Haha.

Masa dia nak kawen dulu, dia call aku then cakap

Aishah: eka, aku ada benda nak habaq kat hang.
Atikah: benda apa ?
Aishah: aku nak kawen.
Atikah: ha ? Biaq betul. *air mata mengalir*
Aishah: hang org PERTAMA aku bgtau.
Atikah: terharu aku.

Lepas je conversation tuh, aku jerit satu rumah, sambil menangis. Kenapa aku menangis ?
Sebab 1. Aku macam tak percaya sahabat aku sendiri nak kawen. 2. Aku terharu sbb aku org pertama yang tau. 3. Masih terkenang memory kami bersama 4. Aku tau, masa dia kawen mesti aku tak boleh balik :( 5. Confirm la aku jeles tengok kawan2 semua dah nak kawen. HAHAHAHA. Mama cakap, dah jodoh :')

So masa dia kawen, betul2 aku tak balik. Sebab apa ? 1. Aku tengah exam. 2. Tau2 je la masalah aku paling common. Jadinya aku rasa sebak. Aku tak pernah berkesempatan nak tengok sahabat2 aku kawen. Sebab yang kawen semua kt penang. Tapi aku gembira untuk dyorg, dari jauh. :')

Satu malam, kami ber-msg2 dan bermanja, yeala kan dia nak jadi isteri orang dah, so untuk kesempatam tuh aku manja2 untuk kali terakhir la. Hahaha. Dia berterima kasih kat aku tetba. Aku tanya kenapa. Dia cakap sebab aku slalu lindungi dia masa kat sekolah dulu. Kami berdua, dalam 1 class yang sama dimana dalam class tuh kami je budak asrama. Dan ada geng bajet gengster yang slalu buli kami. Tapi bukan la teruk2. Cuma bajet je dyorg tuh. Dyorg kira musuh kami la dulu. Sekarang nie, kira 0-0. Aku dah tak ambik port pasal dyorg. Sama jgk dengan aishah. Tapi dulu sebenarnya budak laki yang slalu backup kami bila budak bajet gengster tuh cari gaduh. Jadinya budak tuh lagi bengang tahap banggang la sebab budak laki slalu backup kami. Tapi sebenarnya aku pun tak pasti macam mana cara aku lindung dia masa tuh cuma mungkin aku garang sikit dari dia so aku lagi lantang bersuara menampakkan aku melindingi dia. Tapi memang tugas aku la kan lindungi sahabat sendiri masa tuh. Masa tuh la gunanya ada kawan. Aku terharu dan menangis kot masa dia cakap macm tuh. Terasa macam rupanya aku nie ada jgk gunanya kekadang. Hahaha.

Aku rindu si gadis manis nie. Bila kita nak ketemu nie. Sungguh lama rasanya. Aku tak sabar. Sayang, tunggu aku tiba, bila masanya aku akan berada didepan matamu. Eceehhh.

Dear siti aishah bt amran,

Terima kasih atas kasih sayang hang selama kita kenal dulu. Hang lah peneman aku ketika aku sunyi, ketika aku takut nak tdo sorang2, ketika aku sedih, ketika aku gembira, dan semua ketikanya, hang sentiasa berada disamping aku. Terima kasih kepada keluarga hang yang slalu caring pasal aku bila mana time weekend je aku keseorang bila tiada siapa datang melawat aku. Terima kasih kerana menyayangi aku hingga kini. Walau kita jauh, walau kekadang aku cemburu dengan apa yang hang ada, suami dan sahabat2 disana, aku slalu merasakan bahawa itu adalah nikmat untuk hang diatas semua kebaikan yang hang berikan pada aku. Walau kita jauh berbatu atau sejengkalnya kita, sayang kita sebagai sahabat tetap ada. Aku gembira tengok hang gembira. Layari lah kehidupan rumah tangga dengan sebaiknya. Kekalkan ke-comel-an hang dan keayuan hang tuh. Tapi kalau pun hang dah tak comel atau ayu, aku tetap sayang hang. Selamanya aku ada untuk hang disini andai hang memerlukan aku. Dan, terima kasih menerima baik buruk aku, kekurangan aku. Terima kasih kerna menganggap aku pelindung hang. Sesungguhnya aku rindu untuk bersama hang lagi. Jaga diri dan cepat2 berikan aku anak sedara yang comel2. Aku tak sabar nak jadi aunty lagi. :D  tunggu kedatangan aku :')

Ikhlas :)

Wassalam.