Dear blog,
Sedar tak sedar lagi 2 hari kita nak menyambut Ramadhan. Bulan yang penuh keberkataan dan kemulian. Disambut oleh semua umat Islam di dunia nie.
Apa yang best nya Ramadhan kali nie, ia jatuh pada 10 julai 1990, hari lahir aku ! aahhhhhhh. meraung aku.
Kenapa aku excited sangat ? Sebab Ramadhan kot. Bukan senang tau. Selama 23 tahun aku hidup, ini pertama kali aku sambut pada Ramadhan yang pertama. Malangnya awal2 puasa aku dah tak boleh puasa.
So untuk kali nie aku tak mengharapkan lebih pada ulangtahun aku. Aku cuma excited bila ia jatuh sama hari dengan Ramadhan. Itu je.
Rasa sekejap je dah nak sambut ulangtahun ke 23th. Rasanya macam baru semalam sambut yang ke 22 tahun. Masa berlalu dengan pantas.
In advanced,
Selamat hari lahir untuk diri sendiri. Moga hidup akan terus diberkati. Moga sikap rajin kau bertambah dan buang sikap malas tuh. Habiskan degree cepat2. Then boleh kerja, bantu keluarga. Dan kawen. HAHAHA. And please buang sikap bad mood kau yang makin melampau tuh. Kasihankan orang sekeliling kau ! -,-
Mengharapkan ada sesuatu yang baik berlaku :)