10 julai 2011, genap la umur saya 21 tahun. dan disaat saya entry nie dipost, saya dah berumur 21 tahun 3 hari. dah 21 tahun hidup atas muka bumi nie tapi apa yang telah saya lakukan untuk diri sendiri dan orang lain tak sebesar umur saya. sekecil kuman pun belum tentu pengorbanan saya.
tarikh yang penuh besar nie, saya hanya mampu sambut di kampung halaman saya, penang. sebab balik kenduri pak lang saya kawin. tapi yang bermaknanya hari tuh, saya dapat jumpa sahabat yang dah lama saya tak jumpa. even 3orang ja yang dapat datang, itu pun saya dah berSYUKUR. bukan senang saya nak jumpa mereka. rindunya..jangan cakap la. Tuhan je tahu. bila dah jumpa, macam2 cerita keluar. macam2 benda saya nak bagitau mereka. sampaikan takde FULLSTOP langsung. berapa jam je jumpa tak cukup nak tampung segala rindu saya terhadap mereka. tapi sekurang kurangnya, terlepas setengah rindu itu. berdoa semoga kita dipertemukan lagi dilain masa. saya sayang semua sahabat saya. :)
dihari itu juga, kami sempat sambut birthday saya secara kecil kecilan yang sememangnya kecil. BASIRAH, kawan saya, belikan kek untuk saya dan kami makan ramai2 dirumah DILAH. separuh kek juga kami habiskan even 5orang je ada kat situ. hehe. :D
anyway, thanks SAHABAT ! :)
selamat hari lahir untuk saya.
:)
potong kek jum !
SAHABAT !
IZNI, BASIRAH, SAYA, DILAH
dilah, kawan saya dari kecik. masa kecik dulu banyak benda kami buat sama2. antaranya, terjun longkang, tangkap ikan, masuk bendang, merempit ! semua kenangan kami sempat juga kami bercerita hari tuh. rasa sebak je masa ingat balik semua kenangan tuh, tapi tahan dalam hati cover jangan bagi sapa2 perasan perasaan saya sebab saya tau pasnie lambat lagi kami nak kumpul macam tuh. dan saya taknak dyorg tau yang saya sangat la sensitif. :'(
makan jom !
tuh suami dilah. see~ kawan yang saya main masa kecik2 dulu dah kawin. paham tak perasaan saya sekarang?? terasa macam diri nie tak laku. ahahahahahahahahahahaha. :))
apa2 pun saya doakan mereka bahagia hingga ke akhir hayat !
salam..jaga dilah baik2. kalau ang buat apa2 yang tak patut siap la ang ! ^_^
dilah..jangan gatai sangat nak p balajq jauh jauh. duk malaysia sudah. aman damai. :)
11 julai 2011, dah berada di KL, jumpa yang tersayang, menyambut belated day saya secara sederhana juga. :)
menuju ke sunway piramid, yang dah jadi macam tempat faverate kami dah. hehehe. :D sampai je macam kejadian dah berlaku. menguji kesabaran sungguh ! settel semua benda, terus terjah NANDO'S. terasa makanan faverate bila keluar bersama sebab saya suka ayam dan sos dia. SEDAP !
hari tuh, kekasihati saya orderkan ayam 1/2 bersama nasi. bayangkan ayam dia kecik je sekali datang.. pergh! besar siot. tak larat nak habiskan.
sementara nak tunggu ayam tuh turun ke perut, sambil mengah mengah saya pun buka present yang dah diberi. * tak sabar nak tunggu balik rumah. *
before buka, kekasihati berkata " bukak la. kang terkejut nak terjun bangunan tak tau la. kang ada yang tak lalu makan kang. makan dulu baru bukak. "
saya yang degil balas " takpela. nak bukak sekarang jugak. :P "
kekasihati, " kalau tak suka jangan marah k. "
saya, " mesti tak marah punya. :) "
saya pun buka...mula mula nampak kotak hitam je. dengan terkejut bila dah tarik kotak tuh keluar dari pembalut hadiah.. lidah terkelu !
BLACKBERRY wei BLACKBERRY !!!!
time tuh muka saya dah teruja habis !
pandang kekasihati disebelah yang buat muka slumber cover habis sambil berkata " kan kita dah cakap, jangan bukak lagi. kan dah tak lalu makan. suka tak? "
dengan muka teruja saya jawab " mesti la suka. orang gila je tak suka tau tak ! thanks sayang. :) "
dalam hati duk fikir lagi, 'betul ke nie. macam tak percaya je. '
memang betul betul tak lalu makan dah. ayam semua tak habis. nasib la. perut dah kenyang, hati dah senang. lupakan yang lain. ^_^
sebenarnya ada 2 hadiah yang kekasihati bagi hari tuh. 1 sempena belated day saya, 1 lagi untuk anniversary kami yang ke3 tahun. SYUKUR pada 24 MEI yang lepas kami dah genap 3 tahun. pejam celik pejam celik dah 3 tahun. banyak benda yang kami dah lalui. setiap masa ada je benda yang menguji hubungan kami. sampai ada 1 ketika terasa macam dah give up dah dengan semua nie tapi tetap kuat untuk teruskannya sebab dah terlalu sayang dengan semua nie. semua tentang dia. :)
berdoa agar semuanya berjalan lancar dan mencapai masa depan yang dirancang. amin ~ :)
thanks sayang for everything. everything that u done for me. u make my dream come true.
saya sayang awak sangat ! <3<3 :)
*abaikan pic saya tuh. +_+ *
dulu masa sama sama tengah belajar, hubungan nie berlalu dengan penuh kesederhanaan. sekarang saya terasa macam kekasihati dah manjakan saya. dulu bila saya cakap saya nak anak bear besar, kekasihati mesti cakap " nanti bila kita dah kerja kita belikan bear besar untuk sayang k. sekarang tak boleh la. kan tengah study lagi. " saya mesti cakap " yeake? nanti bila dah kerja mesti lupakan kita kan. :'( "
dan sekarang...keinginan saya tuh dah tercapai. bukan setakat sekor bear yang dibelikan, termasuk yang di atas nie, dah 3 ekor bear dah ada atas katil rumah saya nie. sampaikan saya dah tak muat nak tido atas katil tuh sebab besar no bearnya.
tapi yang diatas adalah yang terbesar. :)
tapi yang diatas adalah yang terbesar. :)
masa blackberry, iphone keluar, time2 tuh la hp sony rosak, time2 tuh la keinginan nak pakai 2 hp yang canggih nie.
dan sekarang...keinginan tuh tercapai lagi. sebagai hadiah hari lahir yang ke 21. :)
segalanya yang kekasihati lakukan terasa macam tak terbalas. whatever is I LOVE U, dear. <3
akhir kata, saya ucapkan thanks kepada semua warga facebook yang wish birthday saya dan doakan kesejahteraan saya. saya doakan kita semua sentiasa dirahmatiNya selalu. thanks peeps ! ;)