salam semua.
dikala diri tengah rushing nak buat nota math sebab next week dah mid term, tapi dikala ini jugak la saya gedik dan bersemangat nak update pasal event last week bersama Skeriteriat Rakan Muda (SRM) yang telah diadakan di Teluk Kemang, Port Dickson. 1st event yang saya involve dalam masa sebulan berada disini.
program nie actualy tak ramai yang pergi. dalam 30 orang je rasanya pergi termasuk exco dan ada ahli kelab lain yang join. even tak ramai, kemeriahannya sangat best..tapi tetap lah takleh dibandingkan riuh nya kalau pergi 1 campus kan. apa-apa pun, exco SRM memang best.. oh! actualy saya pun dah jadi exco SRM. fuh! 1st time terlibat dalam prrogram club mcm nie. dulu masa diploma mana pernah libatkan diri dalam apa-apa program pun. tapi kali nie rasa macam nak pengalaman yang berbeza dari lepas. then lepas balik je dari program nie, terasa macam exco dan seniors semua nya terbaik. semua sekepala. memang boleh masuk la. jadi macam selesa bila dengan dyorg. insyaAllah, lepas nie akan lebih banyak involve dengan aktiviti mereka.
ok now, lets pictures tell the story. Enjoy! :)
sebahagian ahli dan exco yang terlibat.
biar saya kenalkan sorang sorang.
belakang : shira
depan kiri (kiri anda) : akila, veni, wani dan aini
akila, veni dan aini adalah classmate saya. kenal mereka masa dalam class la. sebab class tuh ada berapa kerat girl je. erm. mereka memang baik. tapi masih belum boleh jadi macam kesayangan2 saya macam kat kolej dulu. but, mereka tetap kawan saya.
hope lama lama nanti boleh jadi sekepala dan sederia rasa.
oh! akila suka karaoke. tuh yang best tuh. dekat mana je kami duk, mesti dengat suara kamu melalak.
pas nie ada la geng karaoke.
tapi saya tetap rindu dengan MEREKA.
:)
ni group kteorang. nama group : Merong Malay
tema hari tuh ialah HERO. so terasa macam Merong tuh kuat la kot, sebab tuh pinjam nama dia jap. (penangan tengok Merong Mahawangsa) hahahaha.
2 group diatas saya dah lupa nama group dyorg. hahaha.
ada 3 group je. masing masing kepala gila gila. naik sewel layang dyorg.
yang jejaka kat depan tuh, exco paling TAK BETUL!
asal nak snap pic je dia nak join sekali. duk buat kerja pun boleh lagi menyempatkan diri dia nak join bergambar. suka la tuh dikelilingi bunga2 mekar. hahaha. :))
check point 1 : baju merah tuh nazir, vise president.
ingatkan dia abang, rupanya sebaya. T__T
check point 2 : bersama kesha. (takde pic plak. hehe. )
check point 3 : khalil. sikumbang comei. hahaha.
ready nak main game. bergambar dulu!
bersama paan. rovers punya orang. tapi dia sanggup join kteorg sebab kteorg happening macam dia!
baju orang tuh penasihat SRM MMU. dia pekerja kat MMU but dia ex-student MMU. dia cakap dulu masa jadi student, dia tak pernah rasa nak join SRM tapi sekarang dia sangat berminat nak jadi sebahagian dari kteorg. memang terbaik la bang wan!
1 things about abg wan nie : dia suka JAMBU!
1 benda je dia akan sebut kalau dia takde point lain, iaitu " boleh tuju lagu? "
dan saya akan jawab "apa pun tak boleh ! "
haha. kelakar kalau cakap ngan abg wan nie. :)
bergame-ing di tepi pantai.
sedapsedap duk main game, tengok tengok air laut dah naik sampai atas. tak sempat nak habiskan semua game yang dah plan.
pergi PD tak sah kalau tak naik banana bot. bukan main syok lagi dyorg. jeles !
suka pic nie. :)
baiti!
tukang snap pic. dia ikot dyorg naik banana bot tapi dia naik bot la, tak naik banana. hehehe.
baju biru yang depan pengang bola tuh president SRM MMU.
semua pic muka yang sama je. nampak sangat tak ramai. tapi hakikatnya, sangat best join dyorg.
baru pergi PD sehari tapi pic dalam kamera saya dah dekat 200++.
gila banyak. sampai habis bateri saya. tak sempat nak simpan untuk BBQ malam tuh.
tapi banyak banyak tuh semua bukan muka saya.
pic saya sorang je ada 3 keping je.
how come??
takpela. bukan selalu kan.
yang tak boleh blah tuh, tukang bawak DSLR tuh boleh plak tak cas bateri kamera.
last cas 3minggu lepas.
boleh macam tuh?
aish~ kalau tak pic mesti gempak dah!
haha
thanks kepada semua exco sebab terima kami budak budak baru dengan hati dan tangan terbuka. langsung tak rasa macam kita baru kenal. rasa best sangat !
next event, daki gunung angsi. hope dyorg tukar tarikh pas mid term. nak sangat join.
ok la. dah habis story. macam apa je cerita nie. nak tulis banyak banyak tak boleh sebab laptop nie asyik heng je. geram!
nak kemas baju, naik balik penang. hope semuanya berjalan lancar. selamat pergi dan selamat balik.
doakan saya yea! :)