Dec 31, 2011

pengakhiran ; permulaan ;

2011 ;

penghujungnya sudah tiba. hari nie dah 31 Dec 2011. tengah malam esok tepat 12 am, kita dah masuk tahun baru. bagi saya, tahun 2011 banyak memberi kenangan, pengajaran, suka duka, segalanya yang dilalui penuh liku. even hingga ke saat ini, masih banyak benda yang berlaku. masalah menimpa nimpa diri saya. ada kala nya saya rasa hidup ini tak bermakna. saya rasakan saya punyai segalanya kekurangan, apa yang orang lain ada, saya takde. kadang kadang rasa hidup ini tak adil. tapi patut ke salahkan Maha Pencipta jika ciptaanNya sangat mudah lupakanNya. berdoa agar suatu hari nanti, bila saya bangun dari tidur, semua mimpi ngeri nie hilang begitu saja. yang tinggal hanya la insan yang saya sayang. FAMILY, SAHABAT, dan mungkin dia

saya inginkan kehidupan ini berubah, walaupun bukan sikit tapi sekurangannya saya mempunyai keistimewaan seperti orang lain. tapi apa guna mengharap kalau tak berusaha.
 " sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib seseorang jika dia tak berusaha untuk mengubahnya "

apa apa pun, Alhamdulillah, ada yang berjaya saya tempuh, pada masa yang sama ada yang sangat sukar untuk saya menhadapnya. tapi apa kan daya, semua perlu dilalui juga.  :)

selamat tinggal 2011, terima kasih kerana menyinari hidup saya selama 365 hari ini. pergilah dengan penuh bangga kerana anda berjaya memberi saya seribu, sejuta pengalaman dalam hidup remaja ini. terima kasih untuk segalanya. :')

2012 ; 

selamat datang tahun baru ! tahun yang akan memberi seribu sejuta sebillion semillion cabaran untuk seluruh makhluk atas muka bumi ini. dan yang pasti, segala cabaran untuk saya sudah pun menanti dihadapan. apalah nasib saya untuk tahun baru ini ? akan diketahui sehingga la penghujung 2012 plak. lepas tuh boleh senaraikan banyak banyak cabaran yang dah-di-tempuh. yang pastinya, pelajaran akan makin mencabar. degree akan makin memberi sejuta tekanan untuk saya. kalau silap langkah boleh bunuh diri. tak lari juga dalam persahabatan mahupun percintaan. semuanya akan memberi pengalaman baru dalam hidup. 

berdoa agar saya dapat menempuhi segalanya dengan mudah. doa dari keluarga, sahabat terchenta sangat diharapkan. dipermudahkan olehNya untuk mencapai impian 2012 kelak.



2012
-4 tahun-


entri terakhir untuk 2011
jumpa lagi di tahun baru
wish all the best untuk semua. semoga impian di tahun baru akan dicapai dengan penuh kejayaan.
:)