Oct 25, 2012

raya puasa mahupun raya haji

Assalamualaikum semua :)

sedar tak sedar kita dah hampir menemui penghujung october bermakna november makin hampir. secara rawaknya, october nie hanya dilalui dengan aktiviti yang biasa2 saja. okey maybe ada yang tak luar biasa sepertinya secara live tengok Anugerah Blockbuater. tapi sedih nya tak dapat jumpa pelawak no 1 dihati, zizan razak. maybe next time. :) oh yea.bukan lah berseorangan p sana, ditemani bersama 4org lagi rakan. semestinya kesayangan saya, nawal izhar, rakan se-kolej, erryn, dan 2lagi rakan kepada nawal. :) thanks for everyone. baru2 nie jgk saya p genting bersama kekasihati. ini pertama kali p tempat yang jauh skit dari kebiasaan. jadi 1 pengalaman yang menarik. next time p nak main semua mainan. ritu p jalan2 je. kat rumah hanya lepak dengan family. asah skill buat air. itu ja mampu. haha. october jugak mungkin bukan setakat bulan yang mengembirakan tapi mungkin jugak kesedihan. it okey. lama2 akan biasa.

secaraa am nya saya tak mampu nak puaskan hati semua orang. kadang2 bila diberi pilihan antara 2, saya berharap saya mampu pilih ke2-2 nya. cuma ia nya takkan berlaku. tapi saya cuba untuk berlaku adil. 1 masa saya disini 1 masa saya disana. saya tak salahkan sesiapa kerana banyak hati yang sayangkan saya. cuma saya perlu bagi ruang untuk mereka. :)

selamat menyambut hari raya haji untuk semua. kepada yang menunaikan haji, lakukan lah dengan penuh keihlasan hati. moga haji anda diterima.

abah masa di vanuezela. tak dapat beraya bersama. selamat hari raya abah. kami menunggu kepulangan abah. miss you love you.

wassalam.

Oct 23, 2012

saya tak maksudkan nya. tapi saya happy utk awak.

Assalamualaikum semua :)

21oct2012, adalah tarikh yang penting untuk kesayangans saya. bubu, umi, dan sayang saya dak kecik nawal. saya sepatutnya bersama mereka meraikan detik2 bahagia itu, berkongsi hari yang bermakna dan buatkan mereka lebih bahagia tapi malangnya saya tak berbuat begitu. ye, saya tak pernah lupakan tarikh tu. seriuos. tapi pada hari yang sama mama saya sakit. malam sebelum tdo dia dah mengerang sakit keepala. badan panas. saya bangun dan picit kepalanya, tumbuk2 badan bg angin2 keluar. entah pukul berapa saya tertdo. bila bangun pagi, saya kejutkan mama. bgtau saya nak p convo tapi masa tu badan mama masih panas. jadi saya tak sampai hati nak tinggal mama. lama saya berfikir apa patut saya bgtau sayang saya. lama saya mencari mood yang sesuai. sampai 1 tahap saya rasa saya patut bgtaunya, jadi saya msg bgtau saya tak dapat hadir pada hari istimewanya. sebelum balik melaka saya pastikan semua kerja rumah dh siap sbb tak nak mama buat kerja banyak sangat. itu pun rasa berat hati nak balik.

dear sayang, nawal izhar.

 saya tau bunyinya macam saya memberi seribu alasan tapi saya tak boleh elak semua tu. saya tau, lepas je msg kamu yang terakhir tu bermaksud kamu marahkn saya. saya tau kamu kecewa dengan saya. saya tau kamu anggap saya yang terpenting. kamu kecewa bila oranG yang kamu sayang takde dihari istimewa kamu. maafkan saya sayang. saya tak bermaksudkannya. tapi saya betul2 tak boleh elak. 

 sayang, andai kamu baca titipan ini,
saya tau kamu sedang marah. tapi takpe. saya faham sebab semuanya salah saya. kamu banyak berkorban untuk saya tapi saya tak mampu lakukan apa2 untuk awak. slalu buat awak rasa kecewa. namun, saya tau awak sedang cari ketenangan disana. mencari ruang bersama keluarga baru kamu. saya disini gembira melihat awak gembira disana. dikelilingi dengan orang2 yang kamu sayang. 

 sayang saya,
saya setia menanti disini untuk awak. bila awak dah okey awak cari la saya. tetapi sebelum itu, maafkan la saya. maaf sayang. 

sahabat awak,
nuratikah zulkeffli

Oct 19, 2012

hidup takkan sempurna tanpa sahabat

Assalamualaikum semua :)

macam biasa, hari nie tdo lewat lagi. tengah layan jangan pandang belakang congkak 2 kat 131. sambil ber-tweet dengan kesayangans. gila lama kot ber-tweet tadi. padahal bertiga je pun. saya, sayang saya ninie jahufar dan adik syaira adila. tweet macam 10 org tengah merepek. setiap saat ada je tweet yang naik sampai pening nak baca. tweet punya syok sampai satu saat nak send tweet tuh keluar benda alah kat bawah nie. secara jujurnya, ini first time dapat popup macam nie. pernah dengar org cakap pasal tweet limit nie tapi tak pernah alami. sekarang dah terbukti. walau merepek dengan kesayangans saya je boleh cecah sampai over limit tweets.

saya ada malam yang indah bersama mereka. tak sabar nak balik jumpa mereka. banyak perkara yang nak dibincangkan. dari plan nak berfoya, nak makan mana, apa cerita menarik masa cuti, ber-gosip sakan, cakap pasal result, cakap pasal course structure sem akan datang, nak ambik subjek apa plak walaupun baru nak start sem baru,  sampai la masalah aku free kau takde class free. everything need to story. i miss them a lots.

macam jakun sikit print benda nie tapi siapa nak pedulikan.
>.<

saya sayang mereka. <3 p="p">
wasalam.






Oct 18, 2012

sayang itu mudah dilafaz dan susah untuk ditunjukkan

Assalamualaikum semua :)

weekend nie i have a plan. a lots of planning. harap ia menjadi. kalau tak, mungkin takde rezeki. tapi harap ada kesempatan itu. oh yeah. salah satunya, kesayangan saya punya convocation day. a big day for her and her's classmates. so, i wish i can be there for her. it will be a meaningful day. i wish i can. and another one is a hangout day with kekasihati. harap semua rancangan menjadi. kedua-dua nya adalah kesayangan saya. saya sayang mereka. dan mereka sayang saya :)

syukur. Alhamdullillah :)

Assalamualaikum semua :)

beberapa hari nie warga2 mmu memang tak boleh hidup tenang disebabkan result nak keluar. hari2 msg sayangs saya dan bgtau, "wei. aku takutt" "doakan kejayaan kita. harap kita masih ada peluang" berterusan selama 3hari. hanya Tuhan je tahu perasaan kami. menjadi student mmu bukan la mudah, bagi budak bernama NURATIKAH. too tough for me. untuk jadi student mmu kita perlukan kekuatan fizikal dan mental. sebabnya mmu penuh dengan kejutan. macam program realiti bai. tapi memang realiti. bukan lagi fantasi. secara jujurnya, masa study kat legenda dulu tak pernah rasa sebegini resah nak tunggu result keluar. tau2 je start sem semua p register dan time tuh jgk tau result. sekarang semua perlu dilakukan dengan sendirinya. takkan ada yang menolong. dan itu lah tujuan utama saya pilih mmu. nak lari dari suasana yang dilayan dengan manja. bukan nak cakap legenda tak baik, dan mmu tuh baik sangat. tapi itu la realiti. masing2 ada kebaikan. bila dekat mmu ada susah, baru fikir legenda tuh terbaik. bila fikir sudut lain plak, baru fikir mmu yang terbaik. jadi semuanya bergantung kepada individu. kat mana pun kita menuntut ilmu, kita kena terimanya dengan hati terbuka. baru ilmu tuh berkat. jadi dah berazam, sem akan dapat nak buat yang lebih baik. tak nak main banyak. kena fokus sebab mmu ada banyak benda yang kita kena ambil berat. banyak sangat. insyaAllah akan buat sehabis baik.

masa kat legenda dulu tak pernah fikir pasal mara. tapi sekarang, dalam otak asyik fikir pasal ptptn. yes. sebagai student yang sederhana macam saya dan kawan2, ptptn adalah penting. masa nie la akan fikir family. fikir mama dan abah. fikir duit pengajian. pengajian kat mmu makan duit yang sangat banyak. 1 sem boleh menelan sampai 4k kalau ambik 4 subjek. 1 subjek jatuh 3oo++ untuk 1 credit hour. 1 subjek minimun ada 3 credit hour. bayangkan. ia menjangkau 1k untuk 1 subjek. >.< belum masuk duit lain lagi. duit yang dibayar macam tak berbaloi. tapi itu lah kolej swasta. bersabar lah untuk 2 tahun lagi. insyaAllah.

so, tadi dah check result. Alhamdulillah. kami satu geng dapat result yang baik. takde lah gempak tapi memadai untuk teruskan hidup kat mmu. syukur. terima kasih Tuhan. terima kasih sahabat kerana banyak membantu. tapi mereka saya pasti tak dapat survive. terima kasih lecturer yang menolong kami semua. tambah2 mr.subar, lecturer computer network kerana luluskan kami. itu la subjek yang paling teruk masa final ritu. rasa macam down sangat lepas jawab paper tuh. tapi alhamdulillah sir dah bantu kami. terima kasih sir. terima kasih mama. terima kasih abah. eka akan cuba buat yang lebih baik lepas ni. doakan eka. :)

saya harap kami semua dapat tempuh dugaan yang mmu akan bagi lepas nie. dugaannya memang sangat mengejut dan mengerunkan. cepat2 la masa berlalu. dah tak sabar nak habiskan semua nie. masa untuk cari duit sendiri untuk bantu keluarga. ringankan beban abah. harap semuanya baik2 saja. :)

oh yea. hari nie cukup abah 8 bulan berlayar. abah dah tak sabar nak balik. mama tak sabar nak tunggu abah balik. ia akan ambil masa sebab abah tiba2 kena belayar jauh. harap abah sihat dan selamat. we love you abah. <3 p="p">
wasalam.





Oct 16, 2012

Dear Friendship :

Though miles may lie between us,
 we are never far apart,
for friendship never doesnt count miles
 it measure by the HEART.


but for me, miles can cause your heart blind. blind to measure a frienship that we have. because of that, 3 became 2. just 2 of us. i cant say that i didnt miss you but that feeling is doesnt means to you anymore. 

this word form me to you dear;

please change your attitude. dont blame others, but take a time to think what we have done to others, especially someone that love you. i always pray for your happiness. good luck in your life. take care.

     sincerly,
nuratikah zulkeffli

no worries because i have my kesayangan, my delitterone. i love and miss her than you know. opss. you dont know what is the love. sorry.

wassalam.

cerita hari ini

Assalamualaikum semua :)

cerita hari ni mcm biasa. rutinnya sama je dengan 2minggu yang lepas. sebelum tdo kena pastikan baju semua dah basuh dan bersidai dalam blik no3 so bangun2 tdo baju dah boleh keluarkan. so tdo, bangun tdo, mandi, tolong mama sikit2 kat dapur, sikit jela :D hidang makanan lunch with family, basuh pinggan, kemas dapur, angkat baju yang dah kering kat luar, kemas ruang tamu, layan tv, tdo balik, bangun, layan masterchef,  layan adam hawa, layan tv sampai pagi2 buta, lepas subuh tdo balik. esoknya bangun. itu lah rutin yang dibuat selama 2minggu. eh dah hampir 3minggu rutin tuh berulang. bosan ! okey. sedih bila semua org taknak bg saya part time dengan alasan cuti kejap sangat. salah mmu. paper saya habis lambat tapi bersyukur habis seminggu dari org lain. :D

eh. makin hari makin berdebar ni. tinggal berapa hari lagi je result nak keluar. ya Allah. tak dapat bayangkan. >.<

malam semalam kita minum air tea ais buatan sendiri tapi malam nie milo buatan sendiri plak. oh lupa. 1 lagi rutin hariannya yang tak terlepas, buat tea panas untuk mama. sehari 3 kali. lunch, minum petang dan malam. hari3 minum tea. kalau saya macam biasa la, tea ais. favorite forever ! cerita pasal tea, ada kenangan yang sangat manis. nak tau tak, abah mengorat mama dengan mengunakan air tea. hahaha.

23 tahun lalu......

mama bekerja di sebuah kilang. abah plak kebetulan menolong tokwan jual air kat kilang mama masa dia cuti sek. okey. masa tuh mama umur 18 dan abah 17. okey muda sangat ! untuk pertama kalinya mama p beli air kat van putih tokwan. masa tuh la abah jatuh cinta dengan mama. dari saat itu, hari2 abah akan buatkan air tea untuk mama so bila mama rehat abah dah siapkan air khas untuk mama. benda tu berulang2 setiap hari. itu la detik mereka.  mereka ada cerita yang sangat sweet. saya harap calon suami saya sweet mcm abah. bila saya ada masa saya tulis love story mereka. :D

okey. tengah tunggu baju yang sedang dibasuh. kena sidai sebelum tdo. takpe. layan siaran warna 132 dulu. ada jozan kejap lagi. kegemaran !


wassalam.

Oct 15, 2012

pandang depan jangan pandang belakang

Assalamualaikum semua :)

Malam2 mcm nie memang sedap kalau kita hirup air tea ais buatan sendiri tapi malangnya air buatan sendiri tuh jauh di dapur, ah dalam peti ais. malas nak bangun sebaba sedap menaip. okey takde lah sedap sangat tapi malas ya amat. terasa macam nak jadikan blog nie seperti diari ala2 ain hawanis tuh. tiap malam menulis sblm tdo, ala kitew tau awak tulis pasal abe adam awak kan. rindu la tuh. so saya rasa macam nak menaip kat sini memandangkan nak menulis tangan memang la malas. i hope i can :)

oh yea. sabtu lepas tanggal 13oct2012 sahabat sek men saya bertunang. okey nampak tak permainannya. sebab2 saya menulis malam nie. lain tak bukan nak cakap yang diri ini ke-cemburuan sebab salah seorg sahabat dah maju setapak. setakat ni kalau campur semua sahabat yang dah tak single mingle adalah dalam 7 org kot. itu yang diketahi, yang kawen diam2 belum kira lg. kawan tak rapat tak termasuk. setakat nie sahabat2 yang dah maju semua datang dari sek men dan sek ren. sahabat rapat dari kolej belum lgi yang maju. semua masih mencari kehidupan. masing2 masih bekerja dan bertungkus lumus menghadap buku. takde la cakap yang dah kawen semua bekerjaya, kebanyakkannya masih study dan baru merangkak dalam alam pekerjaan. tapi itu tak salah kan sebab benda baik memang kita ken percepatkam, itu pun kalau kita mampu. yedak.

macam diri sendiri nie ha, tak mampu tapi dah mengatal. itu semua nafsu. haha. okey sebenarnya bila fikirkan memang ikhlas hati saya nak ikot jejak sahabat sekalian tapi itu masih di luar kawal. kekasihati dah warning awal2, apa2 habiskan study. selagi tak habis study, selagi tuh jangan harap nak kawen. pweehhhh.

masa balik dari kenduri sahabat bertunang ritu, ada jgk bebel kat kekasihati, last2 diam tanya, "nak bertunang ke" memang tak tau la nak jawab apa. tapi mama dah cakap kalau bertunang dia tak nak lama2 cukup 2minggu je. lebih dari tuh tak boleh. pweeehhhh. abah pun dah cakap awal2, apa pun terjadi, majlis apa pun nak buat, keputusan apa pun akan dia buat. so kalau masuk minang masa dia takde memang kena reject. pwweeehhh.

so banyak benda kena settle kalau nak memajukan diri. pweeehhh. tapi dalam masa yang sama, saya mengharap saya boleh hadapi segala nota yang bakal mendatang dan habiskan degree nie dengan jayanya. harap sangat. impian buat sekarang. dan kalau bolehkejap lagi tdo, esok bangun dah boleh grad. boleh ? takboleh ! so bersabar untuk 2tahun lagi. assuming. oh. berdoa jgk agar result yang bakal keluar nie baik2 je. :)

selain dari angan2 nak kawen, impian untuk habiskan degree selama 2tahun lagi, saya jgk mengharap agar boleh berubah menjadi manusia yang berguna, yang pandai uruskan waktu, lebih taat kepada Tuhan dan ibubapa nya. harap makin lama makin tinggi.

bukan mudah untuk lakukan semua itu kalau tiada usaha. berubah la atikah ! pray for me dear. wish me good luck. anjakan paradigma please ! hewhewhew

wasalam.