Assalamualaikum semua :)
Malam2 mcm nie memang sedap kalau kita hirup air tea ais buatan sendiri tapi malangnya air buatan sendiri tuh jauh di dapur, ah dalam peti ais. malas nak bangun sebaba sedap menaip. okey takde lah sedap sangat tapi malas ya amat. terasa macam nak jadikan blog nie seperti diari ala2 ain hawanis tuh. tiap malam menulis sblm tdo, ala kitew tau awak tulis pasal abe adam awak kan. rindu la tuh. so saya rasa macam nak menaip kat sini memandangkan nak menulis tangan memang la malas. i hope i can :)
oh yea. sabtu lepas tanggal 13oct2012 sahabat sek men saya bertunang. okey nampak tak permainannya. sebab2 saya menulis malam nie. lain tak bukan nak cakap yang diri ini ke-cemburuan sebab salah seorg sahabat dah maju setapak. setakat ni kalau campur semua sahabat yang dah tak single mingle adalah dalam 7 org kot. itu yang diketahi, yang kawen diam2 belum kira lg. kawan tak rapat tak termasuk. setakat nie sahabat2 yang dah maju semua datang dari sek men dan sek ren. sahabat rapat dari kolej belum lgi yang maju. semua masih mencari kehidupan. masing2 masih bekerja dan bertungkus lumus menghadap buku. takde la cakap yang dah kawen semua bekerjaya, kebanyakkannya masih study dan baru merangkak dalam alam pekerjaan. tapi itu tak salah kan sebab benda baik memang kita ken percepatkam, itu pun kalau kita mampu. yedak.
macam diri sendiri nie ha, tak mampu tapi dah mengatal. itu semua nafsu. haha. okey sebenarnya bila fikirkan memang ikhlas hati saya nak ikot jejak sahabat sekalian tapi itu masih di luar kawal. kekasihati dah warning awal2, apa2 habiskan study. selagi tak habis study, selagi tuh jangan harap nak kawen. pweehhhh.
masa balik dari kenduri sahabat bertunang ritu, ada jgk bebel kat kekasihati, last2 diam tanya, "nak bertunang ke" memang tak tau la nak jawab apa. tapi mama dah cakap kalau bertunang dia tak nak lama2 cukup 2minggu je. lebih dari tuh tak boleh. pweeehhhh. abah pun dah cakap awal2, apa pun terjadi, majlis apa pun nak buat, keputusan apa pun akan dia buat. so kalau masuk minang masa dia takde memang kena reject. pwweeehhh.
so banyak benda kena settle kalau nak memajukan diri. pweeehhh. tapi dalam masa yang sama, saya mengharap saya boleh hadapi segala nota yang bakal mendatang dan habiskan degree nie dengan jayanya. harap sangat. impian buat sekarang. dan kalau bolehkejap lagi tdo, esok bangun dah boleh grad. boleh ? takboleh ! so bersabar untuk 2tahun lagi. assuming. oh. berdoa jgk agar result yang bakal keluar nie baik2 je. :)
selain dari angan2 nak kawen, impian untuk habiskan degree selama 2tahun lagi, saya jgk mengharap agar boleh berubah menjadi manusia yang berguna, yang pandai uruskan waktu, lebih taat kepada Tuhan dan ibubapa nya. harap makin lama makin tinggi.
bukan mudah untuk lakukan semua itu kalau tiada usaha. berubah la atikah ! pray for me dear. wish me good luck. anjakan paradigma please ! hewhewhew
wasalam.