Oct 18, 2012

syukur. Alhamdullillah :)

Assalamualaikum semua :)

beberapa hari nie warga2 mmu memang tak boleh hidup tenang disebabkan result nak keluar. hari2 msg sayangs saya dan bgtau, "wei. aku takutt" "doakan kejayaan kita. harap kita masih ada peluang" berterusan selama 3hari. hanya Tuhan je tahu perasaan kami. menjadi student mmu bukan la mudah, bagi budak bernama NURATIKAH. too tough for me. untuk jadi student mmu kita perlukan kekuatan fizikal dan mental. sebabnya mmu penuh dengan kejutan. macam program realiti bai. tapi memang realiti. bukan lagi fantasi. secara jujurnya, masa study kat legenda dulu tak pernah rasa sebegini resah nak tunggu result keluar. tau2 je start sem semua p register dan time tuh jgk tau result. sekarang semua perlu dilakukan dengan sendirinya. takkan ada yang menolong. dan itu lah tujuan utama saya pilih mmu. nak lari dari suasana yang dilayan dengan manja. bukan nak cakap legenda tak baik, dan mmu tuh baik sangat. tapi itu la realiti. masing2 ada kebaikan. bila dekat mmu ada susah, baru fikir legenda tuh terbaik. bila fikir sudut lain plak, baru fikir mmu yang terbaik. jadi semuanya bergantung kepada individu. kat mana pun kita menuntut ilmu, kita kena terimanya dengan hati terbuka. baru ilmu tuh berkat. jadi dah berazam, sem akan dapat nak buat yang lebih baik. tak nak main banyak. kena fokus sebab mmu ada banyak benda yang kita kena ambil berat. banyak sangat. insyaAllah akan buat sehabis baik.

masa kat legenda dulu tak pernah fikir pasal mara. tapi sekarang, dalam otak asyik fikir pasal ptptn. yes. sebagai student yang sederhana macam saya dan kawan2, ptptn adalah penting. masa nie la akan fikir family. fikir mama dan abah. fikir duit pengajian. pengajian kat mmu makan duit yang sangat banyak. 1 sem boleh menelan sampai 4k kalau ambik 4 subjek. 1 subjek jatuh 3oo++ untuk 1 credit hour. 1 subjek minimun ada 3 credit hour. bayangkan. ia menjangkau 1k untuk 1 subjek. >.< belum masuk duit lain lagi. duit yang dibayar macam tak berbaloi. tapi itu lah kolej swasta. bersabar lah untuk 2 tahun lagi. insyaAllah.

so, tadi dah check result. Alhamdulillah. kami satu geng dapat result yang baik. takde lah gempak tapi memadai untuk teruskan hidup kat mmu. syukur. terima kasih Tuhan. terima kasih sahabat kerana banyak membantu. tapi mereka saya pasti tak dapat survive. terima kasih lecturer yang menolong kami semua. tambah2 mr.subar, lecturer computer network kerana luluskan kami. itu la subjek yang paling teruk masa final ritu. rasa macam down sangat lepas jawab paper tuh. tapi alhamdulillah sir dah bantu kami. terima kasih sir. terima kasih mama. terima kasih abah. eka akan cuba buat yang lebih baik lepas ni. doakan eka. :)

saya harap kami semua dapat tempuh dugaan yang mmu akan bagi lepas nie. dugaannya memang sangat mengejut dan mengerunkan. cepat2 la masa berlalu. dah tak sabar nak habiskan semua nie. masa untuk cari duit sendiri untuk bantu keluarga. ringankan beban abah. harap semuanya baik2 saja. :)

oh yea. hari nie cukup abah 8 bulan berlayar. abah dah tak sabar nak balik. mama tak sabar nak tunggu abah balik. ia akan ambil masa sebab abah tiba2 kena belayar jauh. harap abah sihat dan selamat. we love you abah. <3 p="p">
wasalam.