Dec 21, 2012

emosi aku suka hati aku

Assalamualaikum semua :)

dear hati,

masih mencari cara yang berkesan untuk mengawal emosi sendiri. masih lagi hilang kawalan. suka marah2. suka ikot kepala sendiri. betul kata mama. aku memang kepala angin. garang. suka libatkan orang lain dalam masalah aku. cukup payah nak kawal masalah sendiri. kekadang aku kesian orang2 sekeliling aku. menjadi mangsa aku. tempat aku lepaskan geram. terutamanya aqilah, merangkap roomate aku. merangkap classmate aku. merangkap car-mate aku. merangkap semua lah. dia salah seorang yang slalu menjadi mangsa kemarahan aku. dia terpaksa menghadapi emosi aku yang tak menentu. sekajap aku okey. sekejap aku angin satu badan. sekejap aku gelak besar. sekejap aku diam membatu. aku rasa lama2 dia boleh bosan dengan sikap aku. selain dari dia, aini juga antara kawan yang terpaksa bertahan dengan aku. kekadang aku okey kekadang tak. aku pun tak faham macam mana nak kawal emosi aku. macam2 aku cuba buat. gembirakan hati sendiri. gelak ketawa tak ingat dunia. berdoa agar Tuhan lapangkan dada aku. tapi aku tetap gagal mengawalnya seperti emosi mengawal aku. apa emosi aku cakap, itu lah aku buat. kalau dia suruh aku bad mood, aku pun bad mood. darm ! aku tak suka. tiap kali dalam bilik air aku akan terkenang masalah aku. masalah emosi aku. masalah dunia yang tak pernah habis. mula lah nak menangis dalam bilik air tuh. hurm. itu je tempat yang aku ada untuk aku lepaskan semuanya. aku tak nak menangis depan roomate sendiri sebab aku takut dia tak faham masalah aku sebabnya aku sendiri tak faham apa masalahnya. jadi macam mana aku nak terangkan kat orang lain. aku harap satu hari nanti aku akan berjaya belajar mengawal emosi aku. yeah. aku perlukan mereka untuk memberikan kekuatan kat aku. aku mesti kuat. aku harap mereka masih sudi berkawan dengan aku walaupun perangai aku macam nie. buruk la jgk perangai aku nie. >.< bukan mereka je yang terbabit, kekasihati pun jua. aku sangat bersalah kat dia. slalu saja aku lukakan hati dia. buat dia runsing. sedih. kecewa dengan sikap aku. sedangkan dia berusaha keras untuk kami. mungkin aku perlukan seseorang yang kuat untuk buatkan aku kuat. tapi aku dah bersyukur adanya mereka semua. entah la. entry 2-3 menjak nie macam merapu tapi maaf la blog. ini je yang aku rasa sekarang. even sebenarnya banyak sangat benda nak cerita. next time aku story. semoga emosi aku pulih semula. :D

*curi2 taip entry supaya roomate tak tau tapi dia dah syak aku ber-blog*

malam nie ada lab test. esok pagi jua. jadi, doakan kami berjaya.

wasalam.

Dec 13, 2012

hati

Assalamualaikum semua :)

dear hati,

kenapa dengan kau ? ku rasa kau sangat berbeza dari biasa. kau selalunya gundah gelana.sepertinya kau punyai masalah. ku mengerti masalah kau tetapi tolong la jangan rasa begitu serba salah kerna kau cub sedaya upaya tapi kau hanya lah hati kecil yang lembut yang mudah terguris. persetan kan semua masalah. yang penting kau ada aku. akan ku jaga kau sebaiknya. insyaAllah. hanya kita faham satu sama lain. mereka belum tentu mengerti walau mereka katakan sebaliknya. tak perlu kau terus terseksa melihat orang lain bahagia sedangkan kau dah pun bahagia. dengan hidup kau. orang takkan pernah mengerti masalah kau wahai hati. kalau kita cakap kita tak mampu, orang akan anggap ia nya satu alasan tapi mereka pasti mereka rasa mereka tak punyai alasan dalam hidup nie kerna mereka tak punyai masalah seperti kau wahai hati. bergembira lah seperti mereka. biar mereka tahu kau pun wujud dalam dunia nie. hati2 la wahai hati. jangan sampai termusnah dengan diri sendiri. teruskan berjuang. kau ada banyak urusan yang perlu dilaksanakan. kalau mereka tak suka lantak lah.

okey hati. fokus fokus. not heart feeling. be strong. remember you still has i. :)

hati berkata "rindu kekasihati". he really busy with his work. very hardworking. but i understand. enough 1 call per 1 day. as long as i know his is okey. doesnt means, no phone call, no text message, no love anymore. sometimes distance is the best eacher for our relationship. accept they as they, dont change them followed by your way. sometimes it doesnt work at all. more worst.

pray for examination.

wasalam.

Dec 11, 2012

midterm

Assalamualaikum semua :)

dear blog,

currenly im dating with all the notes. midterm exam around the corner. eh. esok dengan lusa je pun. haha. need to cover 13 chapters. so bored and lazy. hurm. 1st thing 1st. study ethical hacking and follow by software eng, the killer subject. because includes a lots of principle and fundamental. tak yakin boleh hafal semua. memandangkan sekarang pun masih berfoya. >.<

i faced lots of thing a few this weeks. thanks god im still have someone want to heard my problem. thats all. see you soon dear.

wassalam.

Nov 26, 2012

apa salah aku ?

Assalamualaikum semua :)

dear blog,

aku sangat runsing sekarang. hidup macam tak tentu arah. setiap masa fikirkan benda yang sama, "apa salah aku" "aku ada sakitkan hati org ke?" 'aku terkasar bahasa ke?" "apa yang aku dah buat?" "dimana salah aku?" semua menjadi tanda tanya yang tiada jawapanya. bukan aku tak cuba mencari tapi entah la. ada jgk aku selidik dari awal apa sebenarnya yang dah berlaku, tapi aku tak tau nak mula dimana dan apakah penghujungnya. kenapa ini semua berlaku ? macam mana aku nak dapat jawapan ? perlu ke aku bertanya sedangkan aku cuba utk tak menampakkan apa yang tak elok berlaku, tapi ia tetap nampak seperti ada sesuatu berlaku. aku cuba utk jadikan ia nya seperti biasa tapi..tiada respon dari sesiapa, menunjukkan sepertinya aku yang bersalah. benci utk terus rasa sebegitu tapi itulah yang aku rasa. menyebabkan orang sekeliling menjadi mangsa emosi aku. aku takde tempat mengadu seperti mereka. dengan siapa perlu aku bgtau rasa hati aku ? dengan siapa pun, jawapan mereka hanya "bersabar". tapi sampai bila ? sampai tiada siapa mahu bersahabat dengan aku atau pun tiada siapa lagi mahu mengaku yang aku nie kawannya ? aku dah pernah lalui semua ini tapi aku lupa cara menyelesaikannya kerana dahulunya ada sahabat yang setia membantu dan menyokong aku dari belakang dan sekarag bukan la semua orang peduli dengan apa orang lain rasa. terlalu banyak masalah orang lain dari nak dengar apa yang aku kata. tapi mujur la masih ada yang sudi mendengar bebelan aku walaupun bosan tapi at least aku dapat melepaskannya walaupun tiada jalan penyelesaian. mungkin aku perlu diamkan diri kerana jawapan takkan datang dengan segera. walau apa kita sedang lakukan, moga kita terus bahagia. teruskan mencapai cita2 yang kita bina, semoga Tuhan pemudahkan segalanya. amin.

wassalam.

Nov 10, 2012

darah oo darah

Assalamualaikum semua :)

dear blog,

aku sangat risau sekarang. sangat risau ! takut ! huhu. semua nie pasal darah. setiap kali orang cakap pasal darah, setiap kali tuh la otak rasa mereweng2 dan hati rasa berdebar. tadi adik p derma daran untuk pertama kalinya. dan dia dengan bangga bgtau yang darah dia jenis O sama macam abah. dia ada cakap, maybe aku darah ikot mama, maksudnya bukan O la tapi mama cakap aku mungkin ikot darah abah. which is O. dan bukan itu yang aku harapkan. memang aku ikot 90% perangai abah tapi harap darah lain la skit. haha.

kau nak tau kenapa. sebabnya kekasihati berdarah O. dan mengikut apa yang aku study dulu, pasangan darah O tak digalakan berkahwin sebabnya memberi kesan kepada zuriat nanti. aku pernah bgtau benda kat kekasihati tapi dia cakap relak je. takde apa pun. dan jawapan dia tak membantu langsung. dan mungkin pendekatan yang darah O tak boleh bersama tuh dah tertanam dalam fikiran aku jadi aku tak boleh terima jawapan dia langsung. entah la. dah search tapi tak dapat jawapan. dan sekarang masih risau. hurm.

blog, rasanya macm takde sapa nak dengar masalan aku sekarang, sebab tuh aku bgtau kau. harap kau tak bosan.

oh yea. sekarang nak layan masterchef sebab ada ammar. terasa hensem plak ammar tuh. hahaha. gurau je. :P okey la. chaw dulu. kita jumla lagi nanti k. be safe mh baby blog. see you soon. hugs !

wassalam.

Nov 9, 2012

bulanbulandalamtahun

Assalamualaikum semua :)

hari nie hari yang memenatkan. bukan sebab class tapi penat duduk kat kibrary sambil tunggu movie di download. line tetba lambat nak mampus. itu line mmu. kalau ep lagi lambat la kan. ep stand for emerland park, apartment terchenta. >.< download death note. cerita dia sumpah tak faham sebab jepun punya bahasa. tapi nasib baik ada hero yang comel dan cute. so tengokkan la jua. hahaha.

8/11/2012 tarikh keramat bagi pasangan kembar ninie dan fatah. mereka berdua adalah classmate tersayang. okey, sini silap. yang sayang cuma ninie je. fatah, tak ! sebagai kawan yea. hahaha. hari lahir mereka tahun nie jatuh hari yang memenatkan. tapi kami sempat potong kek juga cuma fatah takde sebab celebrate dengan kawan. apa2 pun kek utk dia tak dilupakan. selama dua tahun nie, kiranya setiap org disambuat birthday. dimulakan dengan veni pada bulan 1, syaira bulan 4, suresh bulan 5, aku dan zarip bulan 7, aqilah bulan 9, waney bulan 10, siti, ninie dan fatah bulan 11. kira kembar nie penutup hari lahir utk setiap tahun. haha. maybe tak semua kami sambut dan bukan lah yang sambut tuh secara besar besarab pun tapi kami cuba sedaya upaya buat apa yang patut. dan semestinya kek adalah kewajipan. haha.

mungkin sekarang lebi selesa bahasakan diri sbgai 'aku' dengan blog terchenta sebabnya ianya takkan dibaca oleh sesiapa. haha.

okey la blog tersayang. aku nak tdo. esok class 8pg. need a energy. eceh. moga kita ketemu lagi. be safe. :)

sejak update blog guna tab, gambar tak diupload lg sebabnya lambat gilos. bila nak update guna lappy malas nak transfer gambar. makanya entry tanpa gambar. harap blog kesayangan tak bosan mendengar luahan aku.

wassalam.

Nov 6, 2012

tajuk itu subjektif :D

Assalamualaikum semua :)

sekarang dah pukul 3.37am and i am still cant sleep. penangan tdo petang tadi la nie. petang tadi kepala sangat la sakit. macam nak pecah kepala. lepas class terus tdo. itu sebab la malam tak boleh tdo. so dengan harapan lepas menaip nie mampu la mata nie pejam. esok class dah la pukul 9. adoyoi.

oh yea. tadi ada meeting srm and i got a new task. which is i need contact with srm ums for  next event, ngabas borneo 2012. ngabas borneo nie event tahunan srm, yang telah dijalankan 2 tahun yang lalu dan diteruskan hingga ke tahun nie. ngabas borneo nie kira kita p sabah sarawak atau brunei untuk melawat negeri mereka serta melakukan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan srm. tahun lepas dah p sarawak, 2 tahun lepas sabah dan tahun nie p sabah lagi. brunei belum mampu nak p sebab bajet yang besar diperlukan. insyaAllah one day :)

so, sebagai pegawai perhubungan awan, ter-mesti la mencari contact srm ums untuk meminta bantuan mereka untuk beberapa perkara seperti penginapan, pengangkutan, dan meminta bantuan untuk memberi maklumat beberapa tempat disana. banyak kerja la jadinya. balik2 meeting terus google contact number srm sana tapi tak dapat so terpaksa meminta bantuan kawan yang berada disana. harap dia dapat membantu. semuanya perlu disiapkan sebelum sabtu hadapan. derm !

trimester nie jgk ada banyak project yang perlu diselesaikan sebelum new year. tak tau la sempat ke tak sebab satu pun belum buat. haha. hope by this weeks dah boleh settlekan tajuk dan tugas. hopefully. awal bulan 12 plak dah start miderm without midterm break. trimester nie akan jadi lebih tough dengan adanya 5 subject. masih bermain difikiran. mampukah aku lakukannya ? kalau la aku mampu. tapi berdoa agar aku kuat. :)

dah pukul 3.55am. rasanya dah boleh tdo la kot. huhu. selamat malam blog tersayang. i will update later. hugs !

welcome november. please be good with me. :)

time fly too fast. its going be 5 years in 2 month. unofficially. ^^

wassalam.

Oct 25, 2012

raya puasa mahupun raya haji

Assalamualaikum semua :)

sedar tak sedar kita dah hampir menemui penghujung october bermakna november makin hampir. secara rawaknya, october nie hanya dilalui dengan aktiviti yang biasa2 saja. okey maybe ada yang tak luar biasa sepertinya secara live tengok Anugerah Blockbuater. tapi sedih nya tak dapat jumpa pelawak no 1 dihati, zizan razak. maybe next time. :) oh yea.bukan lah berseorangan p sana, ditemani bersama 4org lagi rakan. semestinya kesayangan saya, nawal izhar, rakan se-kolej, erryn, dan 2lagi rakan kepada nawal. :) thanks for everyone. baru2 nie jgk saya p genting bersama kekasihati. ini pertama kali p tempat yang jauh skit dari kebiasaan. jadi 1 pengalaman yang menarik. next time p nak main semua mainan. ritu p jalan2 je. kat rumah hanya lepak dengan family. asah skill buat air. itu ja mampu. haha. october jugak mungkin bukan setakat bulan yang mengembirakan tapi mungkin jugak kesedihan. it okey. lama2 akan biasa.

secaraa am nya saya tak mampu nak puaskan hati semua orang. kadang2 bila diberi pilihan antara 2, saya berharap saya mampu pilih ke2-2 nya. cuma ia nya takkan berlaku. tapi saya cuba untuk berlaku adil. 1 masa saya disini 1 masa saya disana. saya tak salahkan sesiapa kerana banyak hati yang sayangkan saya. cuma saya perlu bagi ruang untuk mereka. :)

selamat menyambut hari raya haji untuk semua. kepada yang menunaikan haji, lakukan lah dengan penuh keihlasan hati. moga haji anda diterima.

abah masa di vanuezela. tak dapat beraya bersama. selamat hari raya abah. kami menunggu kepulangan abah. miss you love you.

wassalam.

Oct 23, 2012

saya tak maksudkan nya. tapi saya happy utk awak.

Assalamualaikum semua :)

21oct2012, adalah tarikh yang penting untuk kesayangans saya. bubu, umi, dan sayang saya dak kecik nawal. saya sepatutnya bersama mereka meraikan detik2 bahagia itu, berkongsi hari yang bermakna dan buatkan mereka lebih bahagia tapi malangnya saya tak berbuat begitu. ye, saya tak pernah lupakan tarikh tu. seriuos. tapi pada hari yang sama mama saya sakit. malam sebelum tdo dia dah mengerang sakit keepala. badan panas. saya bangun dan picit kepalanya, tumbuk2 badan bg angin2 keluar. entah pukul berapa saya tertdo. bila bangun pagi, saya kejutkan mama. bgtau saya nak p convo tapi masa tu badan mama masih panas. jadi saya tak sampai hati nak tinggal mama. lama saya berfikir apa patut saya bgtau sayang saya. lama saya mencari mood yang sesuai. sampai 1 tahap saya rasa saya patut bgtaunya, jadi saya msg bgtau saya tak dapat hadir pada hari istimewanya. sebelum balik melaka saya pastikan semua kerja rumah dh siap sbb tak nak mama buat kerja banyak sangat. itu pun rasa berat hati nak balik.

dear sayang, nawal izhar.

 saya tau bunyinya macam saya memberi seribu alasan tapi saya tak boleh elak semua tu. saya tau, lepas je msg kamu yang terakhir tu bermaksud kamu marahkn saya. saya tau kamu kecewa dengan saya. saya tau kamu anggap saya yang terpenting. kamu kecewa bila oranG yang kamu sayang takde dihari istimewa kamu. maafkan saya sayang. saya tak bermaksudkannya. tapi saya betul2 tak boleh elak. 

 sayang, andai kamu baca titipan ini,
saya tau kamu sedang marah. tapi takpe. saya faham sebab semuanya salah saya. kamu banyak berkorban untuk saya tapi saya tak mampu lakukan apa2 untuk awak. slalu buat awak rasa kecewa. namun, saya tau awak sedang cari ketenangan disana. mencari ruang bersama keluarga baru kamu. saya disini gembira melihat awak gembira disana. dikelilingi dengan orang2 yang kamu sayang. 

 sayang saya,
saya setia menanti disini untuk awak. bila awak dah okey awak cari la saya. tetapi sebelum itu, maafkan la saya. maaf sayang. 

sahabat awak,
nuratikah zulkeffli

Oct 19, 2012

hidup takkan sempurna tanpa sahabat

Assalamualaikum semua :)

macam biasa, hari nie tdo lewat lagi. tengah layan jangan pandang belakang congkak 2 kat 131. sambil ber-tweet dengan kesayangans. gila lama kot ber-tweet tadi. padahal bertiga je pun. saya, sayang saya ninie jahufar dan adik syaira adila. tweet macam 10 org tengah merepek. setiap saat ada je tweet yang naik sampai pening nak baca. tweet punya syok sampai satu saat nak send tweet tuh keluar benda alah kat bawah nie. secara jujurnya, ini first time dapat popup macam nie. pernah dengar org cakap pasal tweet limit nie tapi tak pernah alami. sekarang dah terbukti. walau merepek dengan kesayangans saya je boleh cecah sampai over limit tweets.

saya ada malam yang indah bersama mereka. tak sabar nak balik jumpa mereka. banyak perkara yang nak dibincangkan. dari plan nak berfoya, nak makan mana, apa cerita menarik masa cuti, ber-gosip sakan, cakap pasal result, cakap pasal course structure sem akan datang, nak ambik subjek apa plak walaupun baru nak start sem baru,  sampai la masalah aku free kau takde class free. everything need to story. i miss them a lots.

macam jakun sikit print benda nie tapi siapa nak pedulikan.
>.<

saya sayang mereka. <3 p="p">
wasalam.






Oct 18, 2012

sayang itu mudah dilafaz dan susah untuk ditunjukkan

Assalamualaikum semua :)

weekend nie i have a plan. a lots of planning. harap ia menjadi. kalau tak, mungkin takde rezeki. tapi harap ada kesempatan itu. oh yeah. salah satunya, kesayangan saya punya convocation day. a big day for her and her's classmates. so, i wish i can be there for her. it will be a meaningful day. i wish i can. and another one is a hangout day with kekasihati. harap semua rancangan menjadi. kedua-dua nya adalah kesayangan saya. saya sayang mereka. dan mereka sayang saya :)

syukur. Alhamdullillah :)

Assalamualaikum semua :)

beberapa hari nie warga2 mmu memang tak boleh hidup tenang disebabkan result nak keluar. hari2 msg sayangs saya dan bgtau, "wei. aku takutt" "doakan kejayaan kita. harap kita masih ada peluang" berterusan selama 3hari. hanya Tuhan je tahu perasaan kami. menjadi student mmu bukan la mudah, bagi budak bernama NURATIKAH. too tough for me. untuk jadi student mmu kita perlukan kekuatan fizikal dan mental. sebabnya mmu penuh dengan kejutan. macam program realiti bai. tapi memang realiti. bukan lagi fantasi. secara jujurnya, masa study kat legenda dulu tak pernah rasa sebegini resah nak tunggu result keluar. tau2 je start sem semua p register dan time tuh jgk tau result. sekarang semua perlu dilakukan dengan sendirinya. takkan ada yang menolong. dan itu lah tujuan utama saya pilih mmu. nak lari dari suasana yang dilayan dengan manja. bukan nak cakap legenda tak baik, dan mmu tuh baik sangat. tapi itu la realiti. masing2 ada kebaikan. bila dekat mmu ada susah, baru fikir legenda tuh terbaik. bila fikir sudut lain plak, baru fikir mmu yang terbaik. jadi semuanya bergantung kepada individu. kat mana pun kita menuntut ilmu, kita kena terimanya dengan hati terbuka. baru ilmu tuh berkat. jadi dah berazam, sem akan dapat nak buat yang lebih baik. tak nak main banyak. kena fokus sebab mmu ada banyak benda yang kita kena ambil berat. banyak sangat. insyaAllah akan buat sehabis baik.

masa kat legenda dulu tak pernah fikir pasal mara. tapi sekarang, dalam otak asyik fikir pasal ptptn. yes. sebagai student yang sederhana macam saya dan kawan2, ptptn adalah penting. masa nie la akan fikir family. fikir mama dan abah. fikir duit pengajian. pengajian kat mmu makan duit yang sangat banyak. 1 sem boleh menelan sampai 4k kalau ambik 4 subjek. 1 subjek jatuh 3oo++ untuk 1 credit hour. 1 subjek minimun ada 3 credit hour. bayangkan. ia menjangkau 1k untuk 1 subjek. >.< belum masuk duit lain lagi. duit yang dibayar macam tak berbaloi. tapi itu lah kolej swasta. bersabar lah untuk 2 tahun lagi. insyaAllah.

so, tadi dah check result. Alhamdulillah. kami satu geng dapat result yang baik. takde lah gempak tapi memadai untuk teruskan hidup kat mmu. syukur. terima kasih Tuhan. terima kasih sahabat kerana banyak membantu. tapi mereka saya pasti tak dapat survive. terima kasih lecturer yang menolong kami semua. tambah2 mr.subar, lecturer computer network kerana luluskan kami. itu la subjek yang paling teruk masa final ritu. rasa macam down sangat lepas jawab paper tuh. tapi alhamdulillah sir dah bantu kami. terima kasih sir. terima kasih mama. terima kasih abah. eka akan cuba buat yang lebih baik lepas ni. doakan eka. :)

saya harap kami semua dapat tempuh dugaan yang mmu akan bagi lepas nie. dugaannya memang sangat mengejut dan mengerunkan. cepat2 la masa berlalu. dah tak sabar nak habiskan semua nie. masa untuk cari duit sendiri untuk bantu keluarga. ringankan beban abah. harap semuanya baik2 saja. :)

oh yea. hari nie cukup abah 8 bulan berlayar. abah dah tak sabar nak balik. mama tak sabar nak tunggu abah balik. ia akan ambil masa sebab abah tiba2 kena belayar jauh. harap abah sihat dan selamat. we love you abah. <3 p="p">
wasalam.





Oct 16, 2012

Dear Friendship :

Though miles may lie between us,
 we are never far apart,
for friendship never doesnt count miles
 it measure by the HEART.


but for me, miles can cause your heart blind. blind to measure a frienship that we have. because of that, 3 became 2. just 2 of us. i cant say that i didnt miss you but that feeling is doesnt means to you anymore. 

this word form me to you dear;

please change your attitude. dont blame others, but take a time to think what we have done to others, especially someone that love you. i always pray for your happiness. good luck in your life. take care.

     sincerly,
nuratikah zulkeffli

no worries because i have my kesayangan, my delitterone. i love and miss her than you know. opss. you dont know what is the love. sorry.

wassalam.

cerita hari ini

Assalamualaikum semua :)

cerita hari ni mcm biasa. rutinnya sama je dengan 2minggu yang lepas. sebelum tdo kena pastikan baju semua dah basuh dan bersidai dalam blik no3 so bangun2 tdo baju dah boleh keluarkan. so tdo, bangun tdo, mandi, tolong mama sikit2 kat dapur, sikit jela :D hidang makanan lunch with family, basuh pinggan, kemas dapur, angkat baju yang dah kering kat luar, kemas ruang tamu, layan tv, tdo balik, bangun, layan masterchef,  layan adam hawa, layan tv sampai pagi2 buta, lepas subuh tdo balik. esoknya bangun. itu lah rutin yang dibuat selama 2minggu. eh dah hampir 3minggu rutin tuh berulang. bosan ! okey. sedih bila semua org taknak bg saya part time dengan alasan cuti kejap sangat. salah mmu. paper saya habis lambat tapi bersyukur habis seminggu dari org lain. :D

eh. makin hari makin berdebar ni. tinggal berapa hari lagi je result nak keluar. ya Allah. tak dapat bayangkan. >.<

malam semalam kita minum air tea ais buatan sendiri tapi malam nie milo buatan sendiri plak. oh lupa. 1 lagi rutin hariannya yang tak terlepas, buat tea panas untuk mama. sehari 3 kali. lunch, minum petang dan malam. hari3 minum tea. kalau saya macam biasa la, tea ais. favorite forever ! cerita pasal tea, ada kenangan yang sangat manis. nak tau tak, abah mengorat mama dengan mengunakan air tea. hahaha.

23 tahun lalu......

mama bekerja di sebuah kilang. abah plak kebetulan menolong tokwan jual air kat kilang mama masa dia cuti sek. okey. masa tuh mama umur 18 dan abah 17. okey muda sangat ! untuk pertama kalinya mama p beli air kat van putih tokwan. masa tuh la abah jatuh cinta dengan mama. dari saat itu, hari2 abah akan buatkan air tea untuk mama so bila mama rehat abah dah siapkan air khas untuk mama. benda tu berulang2 setiap hari. itu la detik mereka.  mereka ada cerita yang sangat sweet. saya harap calon suami saya sweet mcm abah. bila saya ada masa saya tulis love story mereka. :D

okey. tengah tunggu baju yang sedang dibasuh. kena sidai sebelum tdo. takpe. layan siaran warna 132 dulu. ada jozan kejap lagi. kegemaran !


wassalam.

Oct 15, 2012

pandang depan jangan pandang belakang

Assalamualaikum semua :)

Malam2 mcm nie memang sedap kalau kita hirup air tea ais buatan sendiri tapi malangnya air buatan sendiri tuh jauh di dapur, ah dalam peti ais. malas nak bangun sebaba sedap menaip. okey takde lah sedap sangat tapi malas ya amat. terasa macam nak jadikan blog nie seperti diari ala2 ain hawanis tuh. tiap malam menulis sblm tdo, ala kitew tau awak tulis pasal abe adam awak kan. rindu la tuh. so saya rasa macam nak menaip kat sini memandangkan nak menulis tangan memang la malas. i hope i can :)

oh yea. sabtu lepas tanggal 13oct2012 sahabat sek men saya bertunang. okey nampak tak permainannya. sebab2 saya menulis malam nie. lain tak bukan nak cakap yang diri ini ke-cemburuan sebab salah seorg sahabat dah maju setapak. setakat ni kalau campur semua sahabat yang dah tak single mingle adalah dalam 7 org kot. itu yang diketahi, yang kawen diam2 belum kira lg. kawan tak rapat tak termasuk. setakat nie sahabat2 yang dah maju semua datang dari sek men dan sek ren. sahabat rapat dari kolej belum lgi yang maju. semua masih mencari kehidupan. masing2 masih bekerja dan bertungkus lumus menghadap buku. takde la cakap yang dah kawen semua bekerjaya, kebanyakkannya masih study dan baru merangkak dalam alam pekerjaan. tapi itu tak salah kan sebab benda baik memang kita ken percepatkam, itu pun kalau kita mampu. yedak.

macam diri sendiri nie ha, tak mampu tapi dah mengatal. itu semua nafsu. haha. okey sebenarnya bila fikirkan memang ikhlas hati saya nak ikot jejak sahabat sekalian tapi itu masih di luar kawal. kekasihati dah warning awal2, apa2 habiskan study. selagi tak habis study, selagi tuh jangan harap nak kawen. pweehhhh.

masa balik dari kenduri sahabat bertunang ritu, ada jgk bebel kat kekasihati, last2 diam tanya, "nak bertunang ke" memang tak tau la nak jawab apa. tapi mama dah cakap kalau bertunang dia tak nak lama2 cukup 2minggu je. lebih dari tuh tak boleh. pweeehhhh. abah pun dah cakap awal2, apa pun terjadi, majlis apa pun nak buat, keputusan apa pun akan dia buat. so kalau masuk minang masa dia takde memang kena reject. pwweeehhh.

so banyak benda kena settle kalau nak memajukan diri. pweeehhh. tapi dalam masa yang sama, saya mengharap saya boleh hadapi segala nota yang bakal mendatang dan habiskan degree nie dengan jayanya. harap sangat. impian buat sekarang. dan kalau bolehkejap lagi tdo, esok bangun dah boleh grad. boleh ? takboleh ! so bersabar untuk 2tahun lagi. assuming. oh. berdoa jgk agar result yang bakal keluar nie baik2 je. :)

selain dari angan2 nak kawen, impian untuk habiskan degree selama 2tahun lagi, saya jgk mengharap agar boleh berubah menjadi manusia yang berguna, yang pandai uruskan waktu, lebih taat kepada Tuhan dan ibubapa nya. harap makin lama makin tinggi.

bukan mudah untuk lakukan semua itu kalau tiada usaha. berubah la atikah ! pray for me dear. wish me good luck. anjakan paradigma please ! hewhewhew

wasalam.

Sep 5, 2012

sekian lama. saya tetap rindu.

Assalamualaikum semua. :)

lamanya tak ber-blogging. rindu untuk menulis memang ada tapi kekangan masa dan ketiadaan mood serta lappy yang rosak, membuatkan semua terbatas. walaupu sekarang saya mempunyai tab, tapi ia sangat terhad untuk bert-twitter dan main game. haha. oh. this present from my dearest sayang, my girlfriend. i think i miss many story to write but i dont has many time.

banyak perkara dah berlaku sejak beberapa bulan nie, bermula dengan sambut kelahiran yangke 22 tahun iaitu tanggal 10july2012 sehingga la ke saat nie. kesedihan, kegembiraan silih berganti. cuma yang tak pasti, adakah gembira lebih banyak atau sebaliknya.

dikala bateri tab pun dah tinggal 8% lebih baik saya undur diri dulu. nampak tak bertapa bnyak halangan untuk menulis. arrgghhhh.

sehingga kita berjumpa lagi wahai blog tersayang, take care and be safe. love you.

wassalam.

Apr 7, 2012

RuangSaya ^_^




I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more 

Apr 6, 2012

kita hanya merancang, Allah yang menentukan :)

sekarang, dalam perancangan untuk pergi vacation sekali lagi bersama ex-classmate tercinta. tapi bukan lah mudah untuk handle semua plan nie disebabkan banyak sangat halangan. masing masing dah jauh, masing masing busy. =,= actually, yang dah bekerja tak kisah bila bila pun boleh, masalahnya sekarang nie yang belajar. ada yang tak nak pergi time semester, ada masalah peribadi, dan ada yang hilang tak dapat dihubungi. grrr ! sabar jela. berdoa agar semuanya berjalan lancar. kalau tak dapat pergi tahun nie, insyaAllah tahun depat nak fly jauh sikit. dengar kata AirAsia ada promotion. :) 

selain itu, geng Datacom Joyah pun ada plan nak pergi Penang. wah ! tempat tumpah darahku ! ^_^ tapi nie lambat lagi nak perginya. cuma plan je awal awal. :) dah start kumpul duit. ;)

penunh perancangan tahun nie, tapi kita hanya mampu merancang, walau hebat mana pun perancangan tuh, kalau Dia tak izinkan, benda takkan berlaku. hanya mampu berdoa ! 


memori first vacation
A'famosa Resort 
the memories of the day !
graduation of Ninie
:)

harap apa yang dirancang, dipermudahkan Allah. Amin
missing my Cik Nizskyhigh !

Apr 5, 2012

long time !

sudah lama tak menaip, dah tak tau nak start macam mana.

ok bai ! <3

Feb 5, 2012

Jan 9, 2012

....

macam biasa belum tido. buka facebook kejap. macam biasa, saya masih lagi mengharapkan dia online waktu
sekarang sebab bagi dia sekarang masih siang wahal kita dah nak pagi. macam biasa dia online. seperti hari hari lepas, saya tetap tegur dia kat im facebook. hari hari lepas tiada jawapan. senyap je. malam nie dia reply.
dia cakap dia sakit. saya percaya dia sakit sebab saya tau keadaan dia macam mana, apa yang buat saya tak percaya bila dia cakap dia tak pandang hp dia dan tak boleh reply bbm saya. sedangkan dia selalu up status. dia balas komen komen status. hakikatnya, balas komen orang lain lebih dari kami menegur dia difacebook. kami agak kecik hati. = = "  
dan akhirnya tergerak hati saya nak memberi msg sepanjang ini untuk dia. apa dia nak anggap terpulang la. at least saya dah sampaikan benda yang sepatutnya. 





kamu, saya tau kamu tak nak tahu pasal dia, tapi saya tak terdaya nak sembunyikan benda nie dari kamu. mahupun sembunyi hakikat dari dia yang kamu sangat risaukan dia. saya beritahu kamu melalu blog ini. jadi kamu jangan marah bila saya tak bagitau kamu direct tau. :D

saya sayang kamu berdua. <3

Jan 8, 2012

tomorrow :)

tomorrow her birthday. already plan something for you dear.
 i think this time will be more fun. 
i hope so. 
i hope u will really really surprise the day. really hope that, the plan will stick until the end and no more changes. 
* penat tau nak tukar plan banyak banyak kali :D *

krishnaveni rajendran
sweet 23 !
:)
waiting for tomorrow :)

Jan 5, 2012

salah ke ?

tak salah sekiranya awak nak bercinta. nak berseronok. nak menikmati kehidupan awak yang serba bebas di sana tapi tolong la ingat, tolong la mengerti bahawasanya ada insan yang bernama SAHABAT yang setia menungggu disini, yang mengharapkan perhatian dan ingatan awak terhadapnya. insan ini terlalu bermakna dalam hidup awak, awak kena paham. Dia terlalu berjasa untuk kita. tolong la awak ingatkan diri awak yang dia adalah SAHABAT awak bukan KAWAN awak. dia terlalu sayangkan awak. awak segalanya bagi dia. tolong la ubah sikap awak. jangan kerana seorang lelaki yang awak baru kena seminggu dua awak terus lupakan SAHABAT awak. saya kesal dgn awak. 


kalau lah saya mampu ungkapkan semuanya kepada awak. kalau lah saya mampu mengubah segalanya. 

Jan 4, 2012

selamat datang 2012 ! :)

SELAMAT DATANG TAHUN BARU. 
semoga tahun baru ini memberi seribu makna dalam hidup saya dan hidup hidup anda. :)

tahun nie saya rasa sambutan tahun baru lain daripada yang lain. bukan la saya nak kata saya pergi sambut tahun baru bersesak sesak dalam kesibukan orang ramai, SORRY TO SAY, NO. HEHE.

tahun baru dimulakan dengan hari yang indah bersama mereka. TAK BANYAK GAMBAR DI TANGKAP SEBAB TAK SEMPAT ! but, lets some picture story how wonderful that day :)


bunga api.
time nie dah pukul 1 lebih dah. 
kteorg lepak dekat Perkampungan Portugis, Melaka.
before tuh kteorg pergi tengok wayang dulu, habis wayang lambat.
so keluar je dari jusco semua dah senyap sunyi. 
tapi still ada beberapa das tembakan bunga api.
^^


here is my Girls.
oppss. belakang tuh tak termasuk. 
how happy ending with them, GREAT !
:)


here is my Boy. ehem ehem.
for the first time in 3 years we celebrate a new year. not really celebrate it.
thanks sayang for coming to Melaka for me, even last minute planning. 
<3

so, that my day for the last day of 2011. 
Please Be Good 2012. :)