Dec 18, 2013
Interview part 1: HONDA MELAKA
Dear blog,
Sihat ? Harap sihat hendaknya. Okey, dikesempatan romie aku takde nie, boleh lah aku update blog yang bersawang nie. Pertama kali, aku nak story pasal pengalaman pertama aku pergi interview hari tuh. Interview untuk internship program. Kalau intern nie masuk kali kedua lah, tapi yang pertama dulu takde interview. Terus kena accept tapi kali nie ada plak interview.
HONDA, MELAKA
Pertama, aku, romie dan aini dapat interview kat honda melaka. Disebabkan apply sesama, sesama la jgk dapatkan. Hehe. Berfikir2 jgk nak pergi interview nie, yealah masing2 takde pengalaman kan, tapi kami fikir positif lah walaupun dah tau mesti takde rezeki sebabnya company besar kot. HONDA okey ! Memang besar lah kat melaka nie. Tapi nak pengalaman punya pasal, tetap harungi jgk.
Hari interview (RABU, NOV 2013) tuh ada 4 orangg candidate. 3 orang budak degree, seorang lagi diploma. Semua bidang IT. Panel plak ada 2 orang. Seorang melayu seorang cina. Dua-dua orang penting. Berpuluh tahun dah pengalaman dyorg dalam bab syarikat honda nie. HAHAHA.
Hari sebelumnya tak prepare apa2 sangat sebab busy siapkan assignment lah, exam lah. Bangun awal pagi iron baju, prepare sijil2 yang patut, siapkan diri. Appoinment pukul 2.30 tapi kteorg gerak awal. pukul 1 dah gerak memandangkan honda kat Alor Gajah, so takut jem nanti sebab ikot jalan dalam. (KONON DEDICATED GILA SAMPAI AWAL)
Sampai sana lapor diri then akak HR datang jemput kteorg. Relaks jap sebab tunggu panel. Sambil tuh sembang dengan akak HR. Akak tuh kebetulan dia pun intern kat situ tapi extend kerja sana sementara dapat kerja tetap. Dia graduan UKM kalau tak silap.
Masa sembang dengan akak tuh, dia ada bagitau rules kat company tuh. Antaranya, walaupun dalam jadual start kerja pukul 8am tapi dyorg kena datang seawal pukul 7am untuk rebut parking memandangkan ramai gila pekerja kat sana dan parking agak tak cukup. Tapi kawasan dia memamg luas gila. =_=
Selain sebab tuh, pada pukul 7.45am dyorg ada senaman lagi. Semua pekerja WAJIB join senaman tuh.
Sedia maklum yang honda kan syarikat Jepun, jadinya kerja pun cara orang jepun lah. Kena tepati masa. Masa itu emas bagi mereka. Dyorg jgk ada dress code, uniform semua dah tersedia. Pakai baju ala2 engineer bai, baju sarung putih. Perghh. benci gila putih. ==" Setiap orang pakai baju sarung putih tuh hari2.
Dyorg jgk sedang buat rule baru iaitu tak boleh guna telephone masa bekerja. Maksudnya kau tak boleh bawak telephone lah. Masa kteorg pergi ritu dyorg dah praktik dah. Ada seorang pekerja lelaki nie nak call siapa tah pinjam hp akak HR nie sebab pekerja laki nie takde telephone. Akak HR nie lepas bawak hp sebab dia kan nak handle budak interview so nak call sesiapa senang. Masa tunggu panel pun berapa kali dia buat panggilan sebab lama jgk kteorg tunggu. Tapi dyorg ada bantah rule tuh sebab susahkan kalau ada emergency case macam mana. Hurm. orang jepun kan displin, so mungkin dyorg tau yang orang malaysia nie buat kerja sambil lawa atau suka nau cari tulang, sebab tuh dyorg wujudkan rule tuh. Tapi tak tau masih berjalan ke tak rule nya sebab dah kena reject kan. HAHAHAHAAHAHAHA
Masa interview, panel nak 2 orang sekali gus, masuknya ada 2 sesi je. Aku dengan romie, aini dengan budak diploma. Masa aku dengan romie kena interview, gila nebes. Kena speaking bai ! Haishh. Macam aku cakap awal tadi, panel dia dah berpuluh tahun pengalaman dalam company honda plus dia berpuluh tahun jgk dalam bidang networking. Sekali dia test IQ kteorg pasal network, berterabur bagi jawapan. Padahal soalan senang je. YA ALLAH, malu gila. (menyorok belakang kerusi)
Macam2 soalan dia tanya, gelabah bai. Tobat lepas nie tak nak pergi interview lagi. BOLEH ? HAHAHAHA. Apa2 pun aku ambik sebagai pengalaman dan pengajaran. Berfikir POSITIF, walau dah malukan diri. =_=
Satu masalahnya honda nie nak budak start kerja awal dan habis lambat sebab katanya nak kena tolong dyorg buat audit tahunan apatah. Kami budak degree confirm la tak boleh sebab cutinya lambat lagi kan. Tapi budak diploma tuh boleh je sebab intern nie semester last dia dan sekarang dia dah cuti then lepas intern dah tak payah susah2 nak start class bagai, tapi dia pun kena reject. Then call aini tanya boleh start awal ke tak, boleh habis lambat ke, padahal dah cakap dah. And dyorg ada option untuk accept budak tuh. Kata takde kerja berat2, coding bagai so boleh la kan accept budak diploma tuh kalau setakat buat documentation. Mungkin takde rezeki budak tuh. =,=
Aduh. penatnya menaip. Aku sambung part 2 kisat interview aku k. Yang nie seronok sikit. Indah je rasa. HAHAHA. Bila aku free aku update lagi. Stay happy k blog tersayang. Aku kena siapkan tutorial nie. WHAT A HECTIC SEMESTER ! see you soon.
salam.
Dec 16, 2013
Dear blog,
pffttt. Lama jugak aku tak menjenguk kau kan. Maaf la sayang. Aku busy gila. Everyweeks got exam, so i dont have an enough time to spend with you (alasan =___=)
Sebenarnya, hurm. Aku ada luahan nak buat kat sni tapi mood masih belum sampai. Lately nie macammacam benda dah jadi. Ada baik, ada tak. Tapi seingat aku semua yang tak baik je. :'(
Bila aku ada masa aku singgah sni lagi okey. kena tunggu roomate tdo nyenyak dulu baru boleh buat luahan :P
Okey sayang, i got to go. See you again.
salam.
Oct 30, 2013
The paling HECTIC semester
Hai blog,
As u know, sekarang dah masuk semester baru. Sekejap je kan, rasanya baru hari tu bebel pasal exam bagai, tak sabar holiday lah, dah sekarang masuk mood stress nak buat assignment. Semester nie aku ambik 6 subjek, dan kesemuanya subjek yang berat. Seberat diriku ini =,=
5 dari 6 subjek tuh ada assignment, dan kesemua assignment tuh berat gila. Seberat diriku ini juga. Okey fine, assignment nya macam FINAL YEAR PROJECT ! aarrrgghhhh~ stress juga. Bila bincang pasal 1 assignment, risau pasal 1 lagi assignment. Bila bincang 1 assignment, terselit lagi 1 assignment. Dah habis pasal 1 assignment, sambung lagi 1 assignment. kalau dah 5 assignment, semua pakat berebut nak bincang. Due date pun boleh tahan. Tiap assignment kena buat proposal, submit next week. Tiap assignment ada banyak phase.
Buat masa sekarang, kteorg paling risau dengan assignment mobile and wireless, lecture dia paling scary. Scary gilossssss ! Assignment nya double scary. Macam FINAL YEAR PROJECT. Rasanya lepas buat assignment tuh dah boleh buat hard cover then submit je jadi FYP. =,=
Life last year student. sangaaatt~!
Esok ada 4 session talk Tundercloud and Lab mini. Kalau ikot semua kena pegi tapi ada plak clashing time antara session. Jadinya pegi mana yang patut je. Kena pegi supaya dapat idea pasal cloud system.
Salam.
Sep 22, 2013
Aku bukan rajin
Dear blog,
Kau tau apa itu kebersihan ? kebersihan tuh kalau ikot definasi aku senang je, as long as benda tuh bersih dan tak menyakitkan mata aku, itu dah cukup. Baru aku sedar yang aku nie tak rajin atau pun boleh di kategorikan pemalas tapi aku nie tak suka tengok benda kotor. Kalau sikit2 takpe tapi kalau tahap sakit mata aku nak pandang, itu dah dikira kotor lah kan.
Perkara nie diakui mak aku sendiri. Berlaku satu kejadian dirumah makcik aku.
situasi pertama.
sesampai je rumah makcik aku;
Aku ke dapur mencari makanan, macam biasa lah kan. Sampai kat dapur tengok pergghhh berselerak, nie pun macam biasa. Walaupun makcik aku ada 5 anak perempuan tapi dapur dia tak pernah bersih. Kata erti bagi bersih disini ialah berselerak. Makan minum tak reti basuh. Pinggan tak terap. jadinya, bila dah aku yang pandang, terus lah aku basuh kemas sinki2 tuh. Pada ketika itu, makcik, adik, mama, syikin (anak makcik no 3) datang ke dapar.
Syikin: rajinnya kat eka nie basuh pinggan. selalu kalau datang mesti nak kemas dapur kami.
Aku: dah korg malas nak kemas, aku kemaskan lah.
Mama; *mencelah* kak eka hang nie bukan rajin tapi dia tak suka tengok benda kotor, jadinya dia kena lah buat srndiri.
tetba aku terfikir, betul jugak apa mama cakap. Aku memang bukan jenis rajin. Contohnya kalau mama cakap je nak mengemas, alih perabot semua, mesti aku akan cakap "tak payah lah ma. baru susun kan" Itu alasan aku yang paling tak berkesan lah. Selalunya mama ubah je even aku cakap tak payah. erkkk. Mama aku memang rajin. Rajin mengemas dan memunggah.
Bagi aku plak, rumah tuh tak payah barang banyak pun takpe asal kan ada ruang untuk berehat dan senang untuk aku mengemas. Benda paling aku pantang sekali ada habuk dan rambut berguguran atas lantai. Jadinya hari2 kena sapu rumah tuh sebab rambut masing2 asyik musim luruh je. HAHAHA. Tapi masalahnya rumah aku tuh bamyak sangat barang, memang tak lah kan, tapi aku selalu cekalkan je hati untuk menyampu. Memang tak senang kalau tak menyapu sehari. Rasa habuk tuh berkati walau hari2 sapu.
Tabiat menyapu nie aku bawak bila aku duduk asing dari keluarga. Dari zaman kolej sampai lah sekarang, bilik aku mesti ada penyapu sendiri untuk memudahkan aku menyapu bila2 masa. Dan aku tak suka kalau kongsi penyapu sebab orang lain tak pandai jaga penyapu tuh. Aku bukan nak tuduh tapi memang kenyataan. Kang mana2 dyorg campak penyapu tuh. Lepas tuh kotor. Lepas tuh dah sapu tak reti nak buang rambut yang lekat2 dekat penyapu tuh. Itu aku pantang. Geli lah rambut2 berkumpul kat penyapu. ggrrrr -,-
Jadinya lagi, memang aku je lah yang mengeemas. Bukan nak berkira tapi kadang2 takde orang appreciate pun. At least kalau dah tau diri tuh tak berapa nak rajin pegang penyapu so jangan lah buat sampah. Sudahnya hari2 aku kena menyapu. Tak paham betul macam mana dyorg boleh pandangggg je lantai tuh kotor bersepah. Kotor dalam konteks nie bukan lah kotor yang kotor tuh cumanya penuh rambut je, tak pun bekas pemadam tuh. Itu lagi 1 aku pantang, pantang nampak ! Dah padam tak reti2 nak sapu balik. Lepas tuh bersepah atas lantai. Aku pandang pun tak selera hitam2 kat bawah tuh. Nak jalan pun melekat. aiishhh. sakit pulok hati kita.
pffttt~ banyak plak ngadunya. sebenarnya banyak lagi. Tapi nie je aku mampu taip. Anyway, penyapu aku baru patah semalam akibat aku bunuh cicak. Penyapu tuh dah berjasa selama 2 tahun. Sedih betul. Tengah fikir nak sapu pakai penyapu apa. Terpaksa pinjam penyapu bilik sebelah. errkk. 0.0
Okey lah, Dah subuh nie. Bye.
salam.
Sep 13, 2013
Gila bayang, gila sungguh version 2
Dear blog,
Aku sebenarnya takde cerita pun nak menaip tapi jari jemari nie gatal nak menaip. Boleh ? Okey lah,aku cerita serba sedikit pasal apa dah jadi hari nie ok. :)
Pagi2 tadi pegi class crypto, class revision. Lecture crypto aku tuh boleh tahan la, berjaya jugak buat aku tergoda. HAHAHA. tapi Chinese lah. Dia superb okey ! Bukan aku nak kata or puji tapi lecture MMU memang superb ! Kan aku post pasal "Gila bayang, gila sungguh" itu post pasal lecture SE, itu pun hebat jugak. Baru lepas Phd (kalau tak silap) kat obersea. Aku slalu stalk dia, kat blog, instagram tapi malangnya dia dah private blog dengan instagram dia. Meroyan lah aku kejap. Sampai sekarang dok berkira2 sama ada nak follow insta dia or tak. Gila bayang kan. Gila bayang sampai lari topik. HAHAHA.
Okey back to story, lecture crypto aku nie kecik2 je orang dia. Tapi pertama kali jumpa dia dalam class, dalam hati terus cakap " Macam arwah sudirman ahh" , seyes. sama ! Dengan keciknya, putih. Muka arwah sudirman kan ala2 chinese skit so memang sama ah. Sejak tuh terus jatuh hati. Dia cakap pun lemah lembut je.
Hari tuh suppose kena present assignment dia tapi aku dgn group aku tak pegi sebab seyes blank pasal assignment tuh. Senang kata memang copy dari senior punya. Susah kot bagi aku yang tak teror programming nie. Dah tuh tak faham plak tuh. So ambik keputusan tak nak p presentation. 1st time ada niat macam tuh. So seperti yang dah dikatakan presentation berlangsung dan ketika itu aku dah selamat balik pedas. Zareef besar classmate aku siap call tanya kenapa tak datang, lecture suruh present jugak. Budak2 class bagi alasan tak present sebab aku balik kampung. Aku terus macam, "ha ? ala. macam mana nie"
Tapi disebabkan tak nak spoil mood kat rumah, tak nak mama tau, sebab kalau mama tau habis lah. HAHAHA so aku buat muka slamber je. Dengan relaks nya aku call kilah, bagitau apa yang berlaku. Masa tuh kilah dengan aini kat bilik SRM ada meeting. Lagi best lah. Aku skip presentation, skip meeting. Teruk sungguh ! HAHAHA
Then Zarif kecik plak boleh jumpa dyorg kat bilik SRM then buat dyorg cuak. Cakap lecture mengamuk bagai. Budak2 terus cuak betul2 ah. Balik rumah terus email lecture cakap sebab aku balik rumah ada hal kematian (ini tipu) katanya, Lecture replay, dia kecewa lah sebab takde sapa inform dia.
Tapi sebenarnya hari yang sama kteorg skip presentation marketing jugak. Basically aku skip 2 presentation dan meeting. Tapi kilah dengan aini tetap pegi presentation marketing sebab cuak dah kantoi pasal tak pegi present crypto. Jadinya alasan yang sama dyorg bagi kat lecture marketing aku. Baik punya cover. ppfffttttt Memang gila. Kan aku dah cakap, semester nie memang aku gila. Kami semua gila. Teruk gila ah ! Tak sanggup nak mengaku betapa teruknya kami. T_T
Next week nya kami pegi presentation, tapi sebenarnya tak ready pun. 2 jam sebelum pegi present, Netbean buat hal. Tak boleh run coding. Lagi lahh cuakk. Try dan try dan akhirnya boleh jugak run. Sebelum masuk bila dia sempat baca doa, hembus2 dulu sebab takut nak ngadap dia. Takut dia tanya soalan cepumas seperti "kenapa tak datang presentation" dan bla bla bla. Tapi dia cool je. Senyum je. Kami pun senyum je lahh. Sampaikan dia tanya soalan pun kami senyum je. Sengih je. Tak mampu nak bagi jawapan sebab kami takde jawapan. Yeala, dah tak faham macam mana nak tau kan. Dah tuh tak study dulu coding tuh. Lupa nak tukar declaration semua. Coding yang kteorg run declare lain, dalam report declare lain, memang takk ahhh. Tapi dia relaks je, macam biasa, senyum, tak marah. Buatkan aku cair. Oh lecture !
Habis je present rasa lega gila kot. Penat aku renyih kat dia dengan harapan dia mark yang memuaskan. Mark dia boleh lahh. 0,0
Okey kesimpulannya semester nie aku memang TERUK. Lecture aku HANDSOME, BAIK, COMEL ! weweweweeewewewe~~
Aku harap dia pass kan aku lah subjek nie. Tak nak ngadap subjek yang susah nie. Doa2kan lah. Nie pun tengah ngadap nota dia lah nie. grrr~ tapi yang aku tau lecture nie memang tak kedekut markah. Asal kau tulis benda logik yang kena dengan soalan, dia tetap bagi markah. Lecture HANDSOME aku memang baik. Macam lecture SE aku yang aku gila bayang tuh. HAHAHAHA.
Asal aku menaip panjang plak nie. Tadi takde idea. Masuk bab lecture HANDSOME BAIK COMEL terus berkobar nak menaip. HAHA.
Okey nak sambung study. Bye !
salam.
Sep 11, 2013
Entry salingan
Sedih BETOL !
Dear blog,
Aku nak buat luahan hati nie. Tadi roomie aku bagitau yang jadual MUET dah keluar. Apa tuh MUET ? Muet tuh maksudnya Malaysian University English Test. Peperiksaan nie wajib diambil oleh pelajar tingkat 6 dan jugak kebanyakan pelajar ipta dan ipts. Ada setengah ipts tak ambik pun takpe. Tapi bagi student MMU, memang WAJIB lah. Kalau idok tak dapat konvo nanti. Sijil pun tak dapat. Satu benda yang gerun pasal MUET nie adalah untuk lulus paling minimum pun Ban 3. Itu pun kira low level je. Kalau gempak ada je Ban 4 dan keatas.
Hari tuh aku, aini, roomie dengan fatah register sekali untuk MUET nie. Tempat pun kami ambik sama lah, dekat sekolah teknik area melaka jugak. Tak jauh pun sekolah tuh. Masalahnya sekarang speaking date aku tak sama dengan dyorg. Dyorg semua 30hb Oct nie, aku plak 29hb Oct. Memang menangis tak berlagu lah kan. Aahhhhh. Why this happen to me ?? -,- Kena pegi speaking sorg2. :(
Okey nak bawak diri. Anyway, harap2 ada sinar nak pegi batu pahat, kawan sanding. Target utama bukan nak jumpa pengantin pun tapi lebih kepada nak jumpa kakak2 kesayangan.
Okey chaw dulu. Kantoi tengah update blog dengan sayang. Bye !
salam.
Final Exam trisemester 1 2013/2014
Dear blog,
Do you miss me ? I miss you so much. Ecewah. Okey kau kena faham aku busy sekarang jadinya untuk bermanja dengan kau adalah sangat tak penting. :P eh. okey gurau. Aku rindu nak menaip sebenarnya. Banyak kali jugak aku bukak new post nie nak menaip tapi tak kesampaian. Asyik tulis padam tulis padam macam apa tah. Tak tau nak keluarkan cerita mana satu. (padahal takde cerita pun) HAHAHA
Sepertinya title diatas, mesti dah tau kan apa yang bakal aku luahkan kat sni ? Mesti lah pasal PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER !
OH DAMN ! boleh gila dibuatnya. semester nie antara semester yang paling gila yang pernah aku lalui. Macam2 kegilaan aku dah buat. Sampaikan minggu2 nak final nie pun boleh buat kerja gila. Aishh. Tak faham -,-
Sekarang tengah pulun lima subjek yang kesemuannya subjek PEMBUNUH. Gila kaw ! Study subjek nie teringat subjek lagi satu, pegang buku nie teringat buku lagi satu. Lama2 otak pun melelong. Tapi takpe, ku gagahkan jua.
Dalam kepala otak nie, bila dah final bukan setakat dia nak fikir pasal study je, siap dah fikir pasal cuti sekali. Cuti nak kerja mana, apa nak buat, nak cari duit, nak buat itu ini. Tapi masalahnya tak tau mana nak kerja. Ingat nak kerja kat kedai maksu je so boleh lah cuti bila2 pun tapi kena plak bincang dengan adik sebab dia kerja sana jugak. Tak nak lah bebankan maksu memandangkan kedai dia pun tak perlukan pekerja yang banyak and dia baru nak stabil selepas meniaga bulan puasa ritu.
So tengah berkira2 nie. Time2 nie lah nak kira2 bagai. Aishh.
Okey lah sayang, aku chow sin ce dulu. Nak p mandi. HAHAHA. Then sambung study. Busuk sangat nie. Nota dah memanggil dah. :D
Moga jumpa lagi sayang.
salam.
Aug 26, 2013
Spesis perasaan
Dear blog,
Tahun nie, tahun 2013 dari permulaan tahun bulan january sehingga la sekarang, detik 26 August 2013, dah bermacam perkara aku lalui. Ia nya spesis perasaan kebahagian, kegembiraa, kesedihan, kelukaan, dan segala macam lagi lah spesis perasaan yang ada dalam dunia nie.
Suku dari perasaan aku, aku dah luahan kan kat dalam nie. Mungkin kebayakannya kesedihan dan kelukaan yang aku dah lalu, hakikatnya itu lah yang paling susah untuk aku hadapi. Dan susahnya lagi bila kita berdepan dengan benda yang sesuatu kita tak jangka.
Walau aku belum sepenuhya terima segala hakikat itu, tapi aku masih dalam proses percubaan. Ia akan ambil masa, berapa lama, itu aku tak pasti. Cuma aku harap semua kembali normal.
Jika seseorang sudah mengambil keputusan untuk ambil langkah jauh dari kau, jangan cuba paksa untuk dia toleh kebelakang lagi. Mungkin ada 2 sebab;
1. Dia dah betul2 terluka, kecewa
2. Dia dengan sengaja untuk pergi dari kau sebab dia dah bosan.
Jika kedua-dua nya bukan, pergi lah tanya sendiri kenapa. Itu pun kalau dapat jawapan.
Tapi bila kita sedang bahagia, jangan pula kita rosakkan suasana tuh atas sebab orang lain. Aku bahagia bila aku dikelilingi sebahagian orang2 yang aku sayang. Sekurangnya aku tahu masih ramai yang sayang aku. Cukup lah bila dyorg ada bila aku perlukan dyorg. Masing2 ada peranan sendiri.
Terima kasih untuk perasaan yang pelbagai ini. Segalanya mengajar aku erti kehidupan :)
Oh ya. Blog adalah tempat aku menulis apa yang aku rasa. Mungkin kadang2 agak sensitif tapi ini saja tempat aku meluahkan perasaan aku. Secara pendek kata, aku suka menulis. Luah apa yang aku nak kata. Secara panjang kata, aku bukan jenis yang rajin menulis. Malas sekali nak ngadap lappy dan menaip. Tapi aku akan buatnya bila aku rasa aku nak. Got it ?
Aku perlu pergi. Banyak benda nak disiapkan sebelum hujung minggu nie. Lagi 3 minggu dan final. Harapnya ada sinar. InshaAllah. Semoga berjumpa lagi blog tersayang :)
Salam.
Aug 16, 2013
Aku tersedar
Manusia tak pernah lari dari buat salah. Kalau manusia tuh perfect, bukan namanya manusia.
Jul 21, 2013
No title
Dear blog,
Sedia maklum, ritu first puasa melaka cuti so harus la cuti2 pulang ke pedas kan. Dah kata HOME SWEET HOME. eh. :D Sepatutnya class cuti sehari je tapi memandangkan hari khamis class 1 jam je then class cisco cancel, apa lagi. ambik kesempatan la. And suppose balik jumaat pagi sebab class pukul 10 pagi tapi gedikkss sungguh, hati nie berat gila nak balik. So kesimpulannya saya cuti 5 hari termasuk sabtu ahad. Cuti sendiri yang paling heaven. HAHAHA. Dan sekarang terus rasa malas nak pergi class. Entah penyakit apa yang sampai.
Sepanjang kat rumah 5 hari tuh, aku rasa best gila sebab aku tak boleh puasa so sewenangnya aku makan kat rumah siap buat milo tabur tengahari buta, kesian adik aku. Tapi apa boleh buat, mama asyik suruh makan. Aku cakap la segan, dia paksa jgk. Sayang sungguh kat aku. Sayangggg mama. :)
So, permintaan abah untuk balik awal ditolak atas sebab contract tak cukup 8 bulan katanya. Masa mama bagitau ritu aku okey je sebab dah biasakan raya abah takde so tak kisah la sebab dah faham. Tapi lepas tuh mama asyik cakap rindu abah lah, tak sabar tunggu abah balik la. Mood raya pun macam takde sebab baju dah siap, baju abah pun dah tempah so lagi sedih bila takde orang nak pakai baju tuh kan. Then aku yang hati tisu nie turut sedih sebab tengok mama macam tuh.
Aku dengan bijak bestari cemerlang gemilang pun bagi suggestion suruh abah mintak tolong kapten dia recommend kan abah kat pihak office untuk luluskan permohonan nie. Kononnya la kan -,- Sebenarnya masa cakap dengan abah tuh aku tahan je air mata nie. Kena stedi depan mama. Hahaha.
Tapi macam biasa, abah kalau orang cakap A, A lah dia. Tak reti bantah kalau dia rasa tak perlu, macam aku. eh :P Aku paksa2 abah suruh bagitau kapten dia macam tuh. Jawapan abah tetap sama "dah bagitau dah. Kalau ada rezeki ada lah" Itu je la jawapnya.
Bila dah asyik suruh abah buat macam tuh, adik plak marah aku. Katanya aku bagi harapan kat abah, sedangkan harapan tuh memang mustahil. Tapi entah la, aku memang rasa sebak sebenarnya. Kalau boleh nak abah ada juga sebab excited nak pakai sedondon pagi raya nie. Tapi rezeki mungkin takde. Jadinya kena tunggu abah balik hujung raya.
Itu satu hal. Dah plan dah bila ambik abah kat airport nanti kalau abah sampai petang, semua kena pakai baju raya. Sedondon. Abah tukar baju kat airport and mama cakap nak ambik gambar family memandangkan asyik tangguh plan tuh sebelum nie. Dan aku plan lagi, sebelum tuh suruh mama masak rendang ke apa yang patut ada masa pagi raya, masak2 then bawak bekal. Lepas ambik abah semua terus pergi berkelah mana2 macam sambut birthday abah dengan adik tahun lepas. Then gediks2 depan camera. Kalau abah sampai malam, plan dibuat hari berikutnya. InsyaAllah.
Mama ada ajak kekasihati ambik abah juga nanti then ambik gambar family sekali, aku dengan adik aku terus cakap "mana boleh, dia belum jadi family." Mama cakap, "kan bakal" Okey, bakal je belum sah. So aku dengan adik tak setuju. HAHAHA. Kejam gila aku. :D Aku kalau boleh nak spend time dengan family je so bebas aku nak gediks. :P
Tahun nie takde gambar family di pagi raya. Bakal cemburu nanti bila semua orang upload gambar raya kat insta. :(
Okey dah sebak. Rindu abah :')
Wassalam.
10julai dah lepas
Dear blog,
Been 11 days past since my birthday. Dah meningkat dewasa remaja dah aku nie. Haha. Pejam celik pejam celik dah 23 tahun. Rasa macam baru 12 tahun je. Huahuahua. Aku lebih rela ambik UPSR dari FYP akan datang. Grrr -,-
So aku just nak cakap,
Terima kasih untuk semua doa dari mereka. Semoga Tuhan merahmati kita semua, tak kira dimana kita berada, bersama siapa atau apa yang kita lakukan.
So agak2 dah layak kawen belum ? HAHAHA. Okey, itu je nak cakap. Selamat menyambut Ramadhan. :)
Jul 8, 2013
Julai dah tiba, Ramadhan makin menghampiri
Dear blog,
Sedar tak sedar lagi 2 hari kita nak menyambut Ramadhan. Bulan yang penuh keberkataan dan kemulian. Disambut oleh semua umat Islam di dunia nie.
Apa yang best nya Ramadhan kali nie, ia jatuh pada 10 julai 1990, hari lahir aku ! aahhhhhhh. meraung aku.
Kenapa aku excited sangat ? Sebab Ramadhan kot. Bukan senang tau. Selama 23 tahun aku hidup, ini pertama kali aku sambut pada Ramadhan yang pertama. Malangnya awal2 puasa aku dah tak boleh puasa.
So untuk kali nie aku tak mengharapkan lebih pada ulangtahun aku. Aku cuma excited bila ia jatuh sama hari dengan Ramadhan. Itu je.
Rasa sekejap je dah nak sambut ulangtahun ke 23th. Rasanya macam baru semalam sambut yang ke 22 tahun. Masa berlalu dengan pantas.
In advanced,
Selamat hari lahir untuk diri sendiri. Moga hidup akan terus diberkati. Moga sikap rajin kau bertambah dan buang sikap malas tuh. Habiskan degree cepat2. Then boleh kerja, bantu keluarga. Dan kawen. HAHAHA. And please buang sikap bad mood kau yang makin melampau tuh. Kasihankan orang sekeliling kau ! -,-
Jun 30, 2013
Lima Tahun Kita
Dear blog,
Sebenarnya malam nie officially aku dan kekasihati genal 5 tahun 1 bulan 6 hari. Cettt. Dah lepas sebenarnya. Saja nak heboh :P
5 tahun yang banyak gila kenangan. Pahit manis tawar perit. Segalanya. Perkenalan yang singkat di "ruang saya" membawa kepada perkenalan kami yang dah panjang nie. Setahun pertama perkenalan, kami masih bergelar student. Ketika itu, pertemuan hanya terbatas. Sebulan mungkin sekali. Yeala. Student kan. Msg pun tak lah rancak sangat tapi boleh la. Dengan gayut hp nya. Masa tuh boleh la, org kata "kentut pun bau wangi". Memang rasa bahagia je.
Masa tuh ada jgk dilanda masalah buat seketika. Tapi nasib baik la masalah tuh tak berlarutan dan selesai dalam masa yang singkat dan tak berulang lagi. Syukur. :')
Setahun kemudiannya, aku masih lagi bergelar student tegar, dan kekasihati dah bergelar seorang pekerja. Walaupun kerja masa tuh biasa2 je, tapi ada juga perubahan dalam hubungan nie. Dari sebulan sekali jumpa, mengenjak ke 2 kali sebulan. Hurm. Masa tuh rasa heaven gila. :D
Selepas 2 tahun, kekasihati dapat kerja baru. More better. Even not much but at least ada kan :) Satu sikap yang aku suka pasal kekasihati, dia tak pernah buang masa melepak sana sini, merayap dengan kawan2, buang duit kot arah bukan2, atau rasa nak rehat je kat rumah. Lepas dia habis je study terus dia part time, lepas tuh dapat kerja baru. But then still buat part time kat tempat lama. Dia dah la tak merokok. Duit jimat gila. Perkara paling tak boleh elak, dia suka buang duit kat aku. HAHAHAHA.
Bila dia dah part time plus ada kerja tetap, lagi la sakan dia nak berjumpa. Boleh dikatakan tiap2 minggu. Kadang2 kesian dia. Kerja tunggang terbalik, tapi duit habis kat aku. Mama cakap " rugi man dapat awek kaki kikis " (aku kikis kadang2 je, yang lain dia merelakan sendiri -,- ) Tapi kekasihati selalu cakap " ala, duit yang kita cari bukan untuk orang lain. untuk sayang jgk. " (okey, bangga ! )
Bab kawen ? Memang slalu timbul lately nie. Start je dari kawan aku kat kampung dah kawen dalam 2 tahun lepas, start dari situ memang menanah lah telinga kekasihati duk dengar aku merepek pasal kawen. -,-
Ayat standard kekasihati " insyaAllah sayang. dah sampai masa kita kawen k :) " (okey smile tuh aku tambah T_T ) Kemudiannya BFF sendiri plak naik pelamin, memang teruk la kekasihati kena ngadap aku. Boleh dikatakan setiap kali kawan kawen je isu nie akan timbul. tapi jawapan kekasihati tetap sama. Nak marah tak boleh, nak paksa pun tak boleh. Ada jodoh insyaAllah
Kekasihati antara manusia yang faham perangai aku walaupun kekadang dia buat2 tak faham kerenah gila aku tapi dia antara insan yang paling sabar dengan aku setakat nie. Kalau aku marah dia try pujuk. Kalau dia merajuk aku pujuk. Tapi kalau dia marah, aku buat bodoh. Kalau 2-2 marah, 2-2 buat bodoh. Aku akan tunggu dia msg pujuk dulu. Ngegegeh~
Terima kasih sayang 5 tahun yang bermakna. Terima kasih untuk kali ke 5 tahun nie awak bawak saya naik bukit tinggi yang sejuk. Layan saya main mainan gila2. 5 tahun awak layan perut saya yang besau nie. Mengharap 5 tahun kehadapan, kita sambut dalam situasi yang lebih baik k. Terima kasih menyanyangi saya dengan penuh sabar. Halalkan makan minum saya :)
Semoga hubungan kita terus diberkati. InsyaAllah :)
Jun 9, 2013
surat buat kita
Apr 5, 2013
Untuk dia :')
Asaalamualaikum semua :)
Dear blog,
Malam nie aku terasa macam nak story pasal salah seorang sahabat baik saya atau lebih common we called as BestFriend. Yea, BFF. Seorang gadis yang cukup sopan santun, masa sekolah dulu ramai peminat, ayu, baik, pandai, berbudi bahasa, comel, dan segala waktu dengannya, beliau adalah Siti Aishah bt Amran. :) sedang menuntut di kolej kejurawatan di sg buloh dan sekarang sedang praktikal di semester yang terakhir dan kemungkinan lepas bulan 6 nanti akan posting di suatu tempat yang belum diketahui. Walaupun si gadis manis nie study kat sg buloh, kuala lumpur, percaya atau tak, aku belum pernah jumpa dia sebelum nie. Bermaksud selama 3tahun kat sana, kami sekali pun tak pernah keluar berjumpa. Si gadis manis nie ialah sahabat aku ketika di penang dulu. Kami satu sekolah. Satu asrama. Pernah satu dorm. Satu class, dari form 1-4. Duduk sebelah2. Pernah gaduh besar. Bayangkan lah bergaduh dengan sahabat baik sendiri dimana hari2 kau jumpa dia. Masa makan, mandi, tidur, belajar, dalam class, dalam dorm, kat sekolah, kat asrama, boleh jadi gila tau tak ! Tapi aku pun lupa kenapa kami bergaduh. Tapi sekali tuh je la aku gaduh dengan dia. Lepas tuh dah tak pernah lagi dah. Kami bertiga dulu. Aku, aishah, dan nana. Nanti2 aku story pasal nana plak, okey blog ;)
Si gadis manis nie dah pun berkahwin, dengan pilihan hatinya yang mana seorang guru. Aku tak kenal sangat dan tak pernah jumpa pun suaminya sebab aku kan jarang balik penang, dah tuh dia kat kl pun aku tak pernah jumpa dia. Sekarang dah jadi isteri orang baru nak jumpa. Hahaha. Last aku jumpa aishah adalah dalam 2 tahun lepas kot. Masa anak tokcik aku kawen. Time tuh sempat la jgk jumpa2 dyorg kat sana. Jumpa aishah, nana dan basirah. Kami geng ASPURI. Haha.
Masa dia nak kawen dulu, dia call aku then cakap
Aishah: eka, aku ada benda nak habaq kat hang.
Atikah: benda apa ?
Aishah: aku nak kawen.
Atikah: ha ? Biaq betul. *air mata mengalir*
Aishah: hang org PERTAMA aku bgtau.
Atikah: terharu aku.
Lepas je conversation tuh, aku jerit satu rumah, sambil menangis. Kenapa aku menangis ?
Sebab 1. Aku macam tak percaya sahabat aku sendiri nak kawen. 2. Aku terharu sbb aku org pertama yang tau. 3. Masih terkenang memory kami bersama 4. Aku tau, masa dia kawen mesti aku tak boleh balik :( 5. Confirm la aku jeles tengok kawan2 semua dah nak kawen. HAHAHAHA. Mama cakap, dah jodoh :')
So masa dia kawen, betul2 aku tak balik. Sebab apa ? 1. Aku tengah exam. 2. Tau2 je la masalah aku paling common. Jadinya aku rasa sebak. Aku tak pernah berkesempatan nak tengok sahabat2 aku kawen. Sebab yang kawen semua kt penang. Tapi aku gembira untuk dyorg, dari jauh. :')
Satu malam, kami ber-msg2 dan bermanja, yeala kan dia nak jadi isteri orang dah, so untuk kesempatam tuh aku manja2 untuk kali terakhir la. Hahaha. Dia berterima kasih kat aku tetba. Aku tanya kenapa. Dia cakap sebab aku slalu lindungi dia masa kat sekolah dulu. Kami berdua, dalam 1 class yang sama dimana dalam class tuh kami je budak asrama. Dan ada geng bajet gengster yang slalu buli kami. Tapi bukan la teruk2. Cuma bajet je dyorg tuh. Dyorg kira musuh kami la dulu. Sekarang nie, kira 0-0. Aku dah tak ambik port pasal dyorg. Sama jgk dengan aishah. Tapi dulu sebenarnya budak laki yang slalu backup kami bila budak bajet gengster tuh cari gaduh. Jadinya budak tuh lagi bengang tahap banggang la sebab budak laki slalu backup kami. Tapi sebenarnya aku pun tak pasti macam mana cara aku lindung dia masa tuh cuma mungkin aku garang sikit dari dia so aku lagi lantang bersuara menampakkan aku melindingi dia. Tapi memang tugas aku la kan lindungi sahabat sendiri masa tuh. Masa tuh la gunanya ada kawan. Aku terharu dan menangis kot masa dia cakap macm tuh. Terasa macam rupanya aku nie ada jgk gunanya kekadang. Hahaha.
Aku rindu si gadis manis nie. Bila kita nak ketemu nie. Sungguh lama rasanya. Aku tak sabar. Sayang, tunggu aku tiba, bila masanya aku akan berada didepan matamu. Eceehhh.
Dear siti aishah bt amran,
Terima kasih atas kasih sayang hang selama kita kenal dulu. Hang lah peneman aku ketika aku sunyi, ketika aku takut nak tdo sorang2, ketika aku sedih, ketika aku gembira, dan semua ketikanya, hang sentiasa berada disamping aku. Terima kasih kepada keluarga hang yang slalu caring pasal aku bila mana time weekend je aku keseorang bila tiada siapa datang melawat aku. Terima kasih kerana menyayangi aku hingga kini. Walau kita jauh, walau kekadang aku cemburu dengan apa yang hang ada, suami dan sahabat2 disana, aku slalu merasakan bahawa itu adalah nikmat untuk hang diatas semua kebaikan yang hang berikan pada aku. Walau kita jauh berbatu atau sejengkalnya kita, sayang kita sebagai sahabat tetap ada. Aku gembira tengok hang gembira. Layari lah kehidupan rumah tangga dengan sebaiknya. Kekalkan ke-comel-an hang dan keayuan hang tuh. Tapi kalau pun hang dah tak comel atau ayu, aku tetap sayang hang. Selamanya aku ada untuk hang disini andai hang memerlukan aku. Dan, terima kasih menerima baik buruk aku, kekurangan aku. Terima kasih kerna menganggap aku pelindung hang. Sesungguhnya aku rindu untuk bersama hang lagi. Jaga diri dan cepat2 berikan aku anak sedara yang comel2. Aku tak sabar nak jadi aunty lagi. :D tunggu kedatangan aku :')
Ikhlas :)
Wassalam.
Apr 3, 2013
Arjuna bakti fitri anak lelaki fynn jamal
Dear blog,
U know what i really wanna do every second in my day right now ?
It is..open instagram and scroll if i found picture of JUNA !
Juna or BAKTI ARJUNA FITRI son of fynn jamal and husb.
Ini budak, masyaAllah sungguh comel. Kecomel-lan nya membuatkan aku tak tdo lena. Ecehh. Padahal berdengkur je. Haha. Tapi serius, aku rasa sekarang fenomena tengok gambar si cilik juna. 1 hari kalau tak tengok gambar dia rasa macam, "ala. Mana budak comel nie." "Aishh. Kenapa takde gambar pun." "Eh sikitnya gambar". Kalau boleh instagram tuh nak penuh dengan gambar juna je. Juna cute sangat. Senyuman menawan kau. Cair haku. Hahaha. Tapi disamping nak tatap gambar juna, aku sebenarnya suka caption kakping (nama gelamor kak fynn jamal). Caption beliau kekadang boleh buat aku menangis, terfikir sejenak, kadang2 buat aku faham keadaan dunia atau masalah2 tertentu. Membuatkan gambar2 juna lebih bermakna. Dan aku rasa beliau adalah yang TERBAIK !
Dari dulu lagi aku suka sangat dengan lagu kakping, 150juta. Kalau play mediaplayer, confirm lagu ni dulu aku play sebab, lagu nie sangat simple dan mudah aku nak faham. Hari2 ulang lagu nie pun aku tak kisah. Lagi pun lagu ni banyak maksud kot. Memang kena sangat dengan zaman percintaan sekarang. Dah lama selepas tuh, sekarang lagu nie dah dimainkan dicorong2 radio, dinyanyikan semua oleh ainan tasneem. Tapi bagi aku kakping lagi power, itu tak bermaksud ainan tak power. Cuma aku lagi suka lagu dia yang bertajuk Ada Saja. Berbalik pada juna, dia memang HANDSOME. Hahaha
Masa mula2 aku sign up instagram lagi aku dah usha insta kakping nie tapi aku tak follow. But, hari2 aku search manual la nak bukak tengok gambar2 yang kakping upload. Aku memang tau jugak kisah2 juna dari kecik sebab kakping memang slalu upload pasal juna. Aku start follow kakping bila roomie aku pun addict dengan juna. Mula2 dia follow, then aku tak tahan terus aku follow. Start dari hari tuh dan sampai sekarang kami antara peminat tegar juna. Haha. Hari2 kalau buka insta mesti "comelnya juna" "geramnya dengan budak nie" lepas tuh masing2 tatap gambar juna lama2 then ulang dialong yang sama. Hahaha. Boleh gila tengok juna.
Aku salute gila dengan kakping, perempuan yang sangat tabah. Gila kau tak tabah. Lantang bersuara tapi kena pada masa dan ketika. Tak pernah aku baca kakping maki2 hamun kat insta beliau even ada je orang dengki dengan kehidupan beliau sekeluarga. Malah kakping memberi respon dengan caranya tersendiri. Penuh puitis dan bermakna. Itu lah kakping. Well kita tak boleh nak puaskan hati semua orang yedak. Tapi kakping always think in positive side.
Kakping,
Walau kita tak pernah pun kenal, tapi kakping slalu buat kami yang bergelar follower kakping nie rasa macam kita dah lama kenal. Rasa macam dekat walau jauh.
Untuk itu,
Moga kakping, juna dan husb akan hidup dengan penuh keberkatan dan kegembiraan. Adanya arjuna yang kacak dan comel macam tuh, semua orang pun gembira. Hidup dengan cara kita asal kita bahagia. Terima kasih untuk kata2 yang bermakna, mengajar apa itu dunia. Kehidupan sementara. :)
Arjuna Bakti Fitri,
Membesarlah dengan keluarga yang penuh kegembiraan. Jadilah anak soleh dan buat mummy daddy bangga. Bila besar nanti dah hensem kacak bergaya, jangan jadi player tau. Ingat pesan mummy, kalau bekenan terus minang. Hahaha. Stay cool and be good boy :)
Wassalam.
Apr 1, 2013
Mar 26, 2013
PROKAM 4 siri 1 :)
dear blog,
last weekend i had a biggest event ever which is we call PROKAM (Program Keperihatinan Anak Melaka) yang sebenarnya bukan la program sendiri. owh yea, program ini dianjurkan oleh club UNiversitu Peer Group or UPG dengan kerjasama dengan Sekreteriat Rakan Muda MMU Melaka (Srm). both are from mmu melaka. actually PROKAM nie dah ada 4 siri dan setiap siri ada lagi siri2 bawah nya. banyak betul siri. huhu. PROKAM di-handle oleh pihak upg. so yang kali nie PROKAM 4 siri 1 yang dilaksanakan bersama pihak srm. pertama kali pihak upg berkolaborasi bersama pihak luar dan srm dipilih atas dasar kepercayaan.
untuk melaksanakan program nie kami tempuh banyak sangat masalah. dari awal sampai habis masalah tak putus2 timpa. tapi atas gigih dari kedua2 pihak, alhamdulillah semuanya dah tamat. program nie program pertama yang aku join dan handle secara mendalam jgk. pertama kali tuh sangat susah okey. masing2 pun belum biasa dengan setiap cara kerja yang lain. walaupun kedua2 club adalah dibawah satu naungan campus yang sama, kami tak semestinya faham apa yang club lain fikir dan macam mana cara mereka berkerja. jadi banyak masalah disitu. apa2 pun banyak yang aku belajar dari semua pihak. thanks to mereka kerna menjayakan program nie. ;)
next, program tahunan srm sendiri iaitu NGABAS BORNEO 13'. program terbesar jgk. dalam perancangan akan terbang ke sabah dalam cuti nest trimester. cant wait for that.. :) but before that, lot of work need to be done. aku sebagai public relationship (PR), ada banyak benda kena confirm kan. ada ramai org aku kena call. tapi 1 pun belum start. haha. wish me luck :)
wassalam.
Mar 18, 2013
trisemester 3 2012/2013 short semester
dear blog,
okey, kita off cerita hati dan perasaan dulu. sekarang aku nak story pasal life aku sebagai student mmu trisemester 3 2012/2013. which is short trisemester. semester nie aku ambik 3 subjek iaitu arabic languange, workplace commmunication and probabilistic and statistics. oh, the killer subject ever ! dengan penuh yakin aku ambik subjek nie. prob and stat antara subject yang susah dan 4 credit hours. subject nie bermain dengan formula mathematics dimana math 2 pun aku belum ambik tapi yakin sungguh ambik prob and stat. aku harap aku boleh bawak walaupun baru chapter 2 dah pening nak hafal formula.
short trisemester ada 8 minggu. dalam minggu ke 4 macam tuh start la midterm exam dan minggu ke 6 dah start kena submit assignmeny. minggu ke 7 presentation dan minggu ke 8 FINAL ! too short and time fly too fast. semester nie class macam biasa je. takde yang menarik, tak macam sem lepas. ada MR A. hahaha.
class arabic antara class yang best jgk. lecturer nya nama mr.najib muka macam ustaz don cuma ustaz don hensem sikit. haha. tapi boleh la. lecturer baik. class tak tension sangat. dan paling best belajar arab dimana pelajaran arab antara pelajaran yang dah lama ditinggalkan. bila belajar dengan student bangsa lain seperti cina dan india dan international, terasa macam arab tuh hebat sangat. bila ustaz sebut itu ini berkaitan arab dan dyrg respon "wow", dalam hati macam bangga lah ! tadi belajar cara2 nak tulis arab dan tetba sayang saya aini tanya "aku pelik la. dulu cikgu aku tak ajar pun semua nie tapi tba2 aku pandai menulis. macam mana tuh ?" aku jawab "entah. aku lahir2 je dah tau arab kot. *sambil gelak*"
tuh jelaa yang aku nak cerita kat kau blog. aku baru balik class workplace communication nie. penat jgk tapi class takde lah bosan sangat. okey aku chow.
wassalam.
kata dari aku
dear blog,
aku tak pernah ada niat nak sakitkan hati sesiapa, apa yang aku katakan atau aku coretkan dalam blog nie, smuanya hanya lah luahan hati aku yang aku rasa aku tak mampu nak luahkan pada sesiapa. itu cuma apa yang aku rasa dan kekadang mungkin aku nak orang faham perasaan aku walau aku tahu semuanya dah terlambat tetapi sekurangnya bila aku dah takde, orang akan ingat apa yang aku cuba sampaikan.
aku tak pernah salahkan orang lain. bagi aku setiap orang ada pendapat masing2 cuma mungkin kita tak sehaluan. bagi aku, aku cuma perlukan mereka disisi walau aku tahu mereka jauh disana. bergembira dan bersuka seadanya. aku juga begitu. tapi hati dan perasaan orang kita tak boleh baca. ada banyak cara untuk kita gembirakan hati. dan kekadang kegembiraan kkta disalah tafsir dan disalah ertikan. mungkin itu jugak apa yaang aku rasa. aku rasa kosong dan sebak memikirkan nya.
kalau ada yang terasa, aku, nuratikah zulkeffli meminta maaf atas semua kesilapan aku. atas semua kekasaran aku, paksaan aku, terlanjur kata aku. halalkan makan minum aku. aku cuma berharap esok bila aku bangun dari tidur aku akan dapat sinar baru. sinar yang aku tunggu selama nie. kembalinya orang yang aku sayang. pergi jauh bergembira bersama orang lain dan menganggap aku telah melupakannya dan merasakan dia dah tak diperlukan. harap ada sinar itu.
sekian. wasalam.
hati aku ingin berbicara
dear blog,
i just wondering, what happen now and next. nobody never tell me the true story. i disspointed for that. u know what blog, i fell so heart broken when i think about it. i just think, what happen to all my friends ? why they dont bother me ? they just go and do their stuff while im here thinking about each of them. i felt hurt. one night at home, i suddenly think about one of my friend, chilhood friend for exact. and i sms her but didnt delivered. reject sms. and i ask my mum "mama, mama rasa tett dah ada anak kedua belum ? sebab dah lama cek x dengar berita dia. msg pun x balas. " mum replied "entah la. cepat sangat ada anak 2. tapi mungkin la." then the next day i whatsapp one of my friend at penang, she the one will told and update the news for me, she told "hang tau dak tett dah beranak lagi sorg ? anak laki. best la dia dah sepasang" and i "yeake ? aku baru cakap2 pasal tett ritu dengan mak aku. sbb aku rindu dia. aku msg tp rejected" and she gave a a new number of tett. but untill now i didnt sms or whatsapp her yet because i quite busy.
eh. masalahnya sekarang, aku bukan nak cakap yang aku nak berkira sangat dengan kawan2 aku. aku tak kisah pun kalau nak msg dyorg if aku banyak credit memandangkan aku jarang topup, biasalah student sengkek macam aku kan. but kekadang aku terfikir, dyorg yang bekerja pun bukan msg aku sangat pun. padahal dyorg bergaji kalau dibandingkan dengan aku la. terfikir jgk aku, dyorg tak rindu aku ke ? jarang msg satu hal, post wall facebook pun takde. ini lah antra sebab kenapa aku jarang bukak facebook. kalau dulu dah jarang sekarang langsung tak bukak. sampaikan kena marah sebab tak alert dengan news disebabkan tak check facebook. aku bukan taknak bukak, boleh je aku ngadap facebook tuh tapi aku tak tahan kadang2 tengok org lain duk berseronok dengan orang lain sampai buat aku nie tak wujud. aku tak mendoakan musibah utk dyorg tapi itu apa yang aku rasa. hidup aku rasa macam tersisih kekadang. banyak benda aku dah terlepas. sekarang nie lagi aku rasa kehilangan semua benda.
aku pun ada ramai kawan, macam2 jenis kawan aku ada. tapi aku rasa aku takde lah obses dengan satu puak kawan je. dulu kalau aku merepek dengan seorg kawan tapi aku still aku cari kawan yang lain utk di-repekkan. bukan lah aku abaikan semua org sebab bagi aku facebook antara sosial network yang terbaikk. mungkin aku jarang sms dyorg tapi aku still guna kan facebook sebagai penghubung. sampai lah satu hari yang aku rasa twitter dan facebook tuh menjahanamkan jiwa aku.
aku tak tau salah aku dimana. bukan aku tak pernah tanya salah aku tapi orang yang taknak bgtau apa salah aku. orang buat aku macam tongsampahbusuk yang tinggal masa nak dimusnahkan je. eh. teruknya aku rasa. =,=
kadang2 aku rasa macam, "oh. okey memang salah aku. aku yang buat keadaan jadi lagi teruk. kalau lah aku tak buat itu ini, mungkin semua ini tak berlaku, kalau lah aku boleh jadi sahabat yang baik dan caring, mungkin aku tak kehilangan sahabat. tapi...apa salah aku ? kenapa takde orang nk dengar perjelasan aku ? maknanya dyorg anggap aku je la yang salah ? eh. betul ke dyorg tak salah ? eh betul ke apa yang dyorg buat tuh ? eh dyorg anggap dyorg baik sangat ke ? eh dyorg rasa dyorg dah buat terbaik ke ? eh apa la ku banyak sangat fikir" aku tak pernah nak buang dyorg dari hidup aku. TAK PERNAH. jauh mana pun dyorg, dyorg tetap dalam hati aku. aku marah sekalipun aku tak pernah nak benci dyorg. cuma aku tak keadaan nya sekarang macam mana tapi aku berdoa dyorg balik kepangkuan aku. aku tau, masa sekarang bukan macam dulu lagi dah. hari nie adalah yang terbak buat mereka tanpa aku. tapi bagi aku, aku sakit sebab aku kehilangan mereka. melihat kegembiraan mereka adalah racun bagi aku. tapi aku harap itu lah yang terbaik buat mereka.
kesilapan dulu banyak mengajar aku erti sebuh perhubungan. biar kekasih atau kawan. thanks god sebab aku masih memiliki mereka, mereka yang ada ketika aku susah. tempat aku luahkan isi hati aku secara lisan. aku harap hubungan ini takkan berakhir dengan tragedi. tapi aku perlu bersedia untuk segala kemungkinan.
aku sayang se muanya tanpa batasan sehinggakan aku rasa dah terbabas. tapi aku bersyukur, walaupun aku terbabas aku pasti mereka pernah ada dalam kamus hidup aku, kalau ditakdirkan ada yang pergi jauh tinggalkan aku lagi lepas nie, aku hanya mampu berdoa kejayaannya, dan ingatlah anda masih sahabat saya walaupun saya tak pasti apa kedudukan saya dalam hidup anda. itu saja.
sekian.
Feb 7, 2013
jb here i come !
dear blog,
aku dah habis exam. yeahh ! sengsara nak habiskan 5 papers. macam2 dugaan. harap semuanya okey saja nanti amin :) ha, exam dah tamat so kita cutiiiiiiiii. semangat gila nak cuti. sebab ? esok nak p jb jumpa kakak2 kesayangan. siapa lagi kalau bukan kak dila dan kak dada. plan nak ajak classmate yg lain tapi tak sempat sebab busy. jothi pun tak dapat join sebab busy intern. maka nya p sorg2 la tapi takpe. janji akak2 kesayangan ada kat sana. esok awal2 pagi bertolak dari sni. yang bestnya kak dila dah ambik cuti esok khas untuk aku. menyebabkan aku sayang lebih kat dia. haha. esok sehari lepak dengan dia je. then malam baru kak dada datang. aku taktau program kat sana macam mana sebab aku suruh kak dila yang uruskan. aku p je. haha.
1 masalahnya bila nak travel jauh ni adalah, masalah nak pack barang. banyak mana baju kena bawak. baju apa. kasut apa. adoyai. sadis. fail bab2 nie. so tadi ambik je baju apa yang ada. dalam 4helai jgk bawak. tak tau cukup atau terlebih. bawak je la. haha. itu la kelemahan. nanti bila dah p balik rasa macam nyesal bawak banyak2 tapi kalau tak bawak tak tau nak pakai apa. hahaha. nanti balik ahad dengan kak dila dan officemate dia. dyorg nak p afamosa. so kak dila akan drop kat tol alor gajah. mama ambik sana. bermakna baju malam nie pun kena hangkut p jb. menyebabkan beg lagi berat. nasib naik kereta. haha. nasib la. :D
tak sabar sebenarnya nak tunggu esok. doakan perjalanan saya :)
wassalam.
Feb 4, 2013
mood holiday
dear blog,
sekarang tengah berperang dengan nota2 data struct. arrgghh tension bila kena ambik subjek nie sorg2. tapi nasib baik la ada jgk classmate yang slalu ingat kat saya. kalau ada je tips mesti bgtau walaupun last minute, haha. so sekarang tengah fokus kat tips je. budak2 nie cakap coursework mark tinggi pejam mata pun boleh jawab. tapi kalau tak tau apa2 macam mana nak jawab, yea dak. hahaha.
mood holiday dah berbuak nie sayang saya si ninie tuh tak habis2 homesick. tak sabar nak balik. mood study dah melayang ke mana dah. sama macam saya. hahaha. mood nak p jb membuak2. weee~ nak p jumpa kakak2 kesayangan. kak dila dan kak dada since dah lama tak jumpa dyorg. last masa convo 2tahun lepas. oh. lama jgk. so dikesempatan nie kak dila weekend dah cuti and kak dada memang sentiasa free weekend, aku pun bawak la diri p sana. sebenarnya aku ada ajak jothi tapi dia tak dapat join sebab busy dengan intern. zarip plak ada kenduri kat muar. yang lain aku tak tanya sebab aku busy sangat. takut nak tanya awal2 sebab mama tak confirm kan lagi masa tuh. once dah confirm terus busy dengan exam semua. nak contact pun susah sebab credit slalu takde. facebook ? hurm, anti sosial.malas nak bukak tak tau kenapa. twitter pun entah kemana. rasa macam dah lost contact dengan orang lain. melainkan ada yang wassup aku then aku balas. kalau tak memang tak la. sekarang lebih kepada instagram. upload gambar dan like gambar. skodeng dan stalk-ing. itu la kerja harian. rasa2 aku bakal anti sosial dengan instagram tak lepas nie ? harap tak. hahahaha.
okey blog. aku nak sambung study. tiil then, see ya !
kan best kalau esok dah 8hb. i cant wait that day. time please make faster. good night.
wasalam.
Jan 17, 2013
kenapa mengapa ? ada sebabnya.
dear blog,
since aku kat legenda lagi mama slalu pesan "baik macam mana pun kita dengan kawan kita jangan la duduk satu bilik. biar satu class, biar slalu berjumpa tapi sebilik, bukan satu yang baik." mama keep repeating to me whenever i ask her. and now i know why i cant do that. the reason are:
1. hot temper. im a not good person in controlling my min or feeling. i can be good and bad at the same time. that what im do right now. i dont realize when this bad habit come but what i know is i always make others makan hati.
2. kepala angin. it is same with hot temper ? i guess ya. so same reason. extend, fikir apa yang dia nak je kalau tak, memang hancur. mama cakap "ini budak kepala banyak batu itu duk dalam" maksudnya keras kepala tahap quari
3. bad communication. i dont how to describe but maybe.
4. mudah terasa. okey, mum said aku muka ganas, gengster. that what one of my boy friend call me when i was at legenda. bila jumpe je dari jauh dia jerit "ooii gengster" satu kolej boleh dengar >.< tapi hakikatnya aku tak boleh rasa orang lain lebih dari aku atau orang kata silap sikit kat aku, then lepas tuh dunia boleh musnah. aku boleh terus rasa down dan silent mood dalam paras bahaya. bila aku silent mood bermakna aku marah. bila marah bermakna aku tak suka. bila aku tak suka aku akan ada dalam dunia aku je.
5. pemarah. aku dah terang dalam ayat no4.
6. keras kepala. aku dah terang dalam ayat no2.
so blog, aku rasa sebab tuh mama tak bagi aku sebilik dengan sahabat sendiri dulu. walaupun sebenarnya best sebab dia lah classmate kita, groupmate kita, makan-mate kita,tapi dia bukan lah soulmate yang kita boleh buat tidur bersama. itu lah aku. aku hanya boleh hidup dalam dunia aku. orang lain boleh masuk sekali sekala tapi bukan lah slalu. walau aku cuba dan terus cuba aku tetap tak mampu. ia dah sebati. aku tak pasti macam mana tapi aku haraap aku boleh lari dari perangai nie. please help me ! please pull me out from my world. !
wassalam.
Jan 16, 2013
nothing to say
Jan 11, 2013
Gila bayang, gila sungguh
dear blog,
kau tengok sekarang. jam dah dekat 3am tapi mata bukan main segar. semalam suruh study mata bukan main laloq lagi mengantuk bagai. sampai menghafal pun sambil pejam mata akibat mata tak mampu nak bukak. lepas subuh bukan main segar. haih mata. bila disuruh study confirm mengantuk. bila relak macam nie mampu berjaga sampai ke pagi. padahal satu hari nie penat gila. T.T
you know what my dearest blog, they said aku gila bayang. but they said the truth. i dont know why but melampau plak nak gila bayang bagai. HAHA. tapi tak pernah la rasa macam nie, EH yeake ? maybe ada tapi takde la sampai rasa down bila kena exam dekat lain2 room. HAHAHA. kelakar la. tapi sebenarnya perasaan nie tak lebih dari rasa bangga dan teruja dengan nya. tertarik dengan cara nya bercakap, penampilan nya walaupun banyak rumusan yang orang lain buat tapi aku tak rasa macam tuh pun terhadap nya. seperti nya sempurna sangat. pedulikan apa orang kata tentang nya. aku hanya tahu apa yang aku pandang dan aku rasa sahaja. yang lain biar mereka nilaikan sendiri.
ayat malam nie macam power je, asal ek ? maybe teruja juga kot. HAHAHA. okey dearest blog. sebenarnya ada lagi isi hati nak diluah tapi next entry la okey. :) moga malam nie boleh mimpi nya. mampu ? HAHAHAHA. sorry girls ! ^_^
wasalam :)
Jan 6, 2013
huruf + nombor = years.
dear blog,
2013, 5 years already.unoffically. :) 4 years 7 month and 13 days. remaining 5 month. offically. more years to go. im going miss him everyday.
wasalam.
Jan 5, 2013
welcome 2013
dear blog,
happy new year. 2012 is over. welcome 2013 :) alhamdulillah, masih diberi peluang untuk teruskan kehidupan ini. apa yang dah berlaku di masa lampau kita lupakan. cuba fokus masa hadapan. :) permulaan 2013 yang agak baik sebabnya sambutan kali nie sangat berbeza. jarang sekali menyambut apa2 perayaan dengan meriah macam tahun baru or hari kemerdekaan, tapi tahun nie agak meriah sambutanya sebab sambut bersama kesayangan iaitu aqilah, aini dan veni. serta suresh. kami sambut di portugis settelment. perkampungan portugis yang penghuninya majoriti kristian. apa yang menarik disana adalah kampung mereka sendiri. dekat dengan laut dan jgk rumah2 dipenuhi dengan banyaakkk lampu. dekorasi rumah pelbagai gaya. kerana cristmas kan 25hb so alang2 je kot dyorg hias rumah tuh. kata suresh dyorg ada pertandingan antara rumah. maybe jgk sebab tahun lepas pun kampung dyorg meriah dengan lampu2. tapi serius rumah2 kat sana sangat meriah. jeles jgk sebab raya pun tak semeriah tuh. tapi setiap bangsa ada adat dan gaya tersendiri bila menyambut sesuatu perayaan. kita memang sederhana dalam semua aspek. :) oh yea. 1st jan 2013 jgk merupakn anniversary 1st veni dan suresh. sangat jeles sebab dyorg sambut bawah pancaran bunga api yang begitu banyakk. banyakkk gilaaaaa. itu la sebabnya sambutan kali nie yang terbaik. tak pernah seumur hidup tengok bunga api yang banyak tuh. dah tuh dapat plak sambut dengan kesayangan. lagi best la. at least masih ada yang sudi bersama saya. :D so secara tak offically nya tahun nie dah tahun ke-5 aku dan keksihati. pwweefftttt. long journey. masih banyak tahun untuk ditempuh. berdoa agar aku terus kuat. :) azam tahun nie ? hurm. tak pernah ada azaam dalam hidup. LOSER ! cuba yang terbaik. insyaAllah.
wasalam.